MINGGU ERATAN + HARI ERATANprogram sesama ahli
Eratan adalah program kemuncak yang bertemakan mengeratkan silaturahim sesama ahli,
Lain sedikit dari TAUTAN KASIH, Eratan adalah program bukan formal,
Mengfokuskan penghargaan sesama ahli,
Juga merupakan Hari Keluarga Bagi kelab I.K.R.A.M
sebelum ini hari keluarga ikram tidak dinamai ERATAN, dan akhirnya secara rasmi dinamai pada awal tahun 2008 oleh saudara Achik
PSiprogram kedua formal(ADVANCE)
|
PSI pertama pada 2008 |
Program Semarak Ilmu
Program yang berfokuskan khidmat masyarakat, kebiasaan adalah umum disekolah atau seumpamanya, kali ini fokus kepada golongan anak-anak yatim, golongan emas mahupun kurang upaya.[program yang lebih serius dan kritikal, memerlukan kemahiran diri,berkumpulan dan interaksi yang tinggi]
program pertama PSi adalah bersama anak-anak yatim[awal tahun 2008] bersama MUFTI Pulau Pinang dan Kelab Penyayang[uitmpp]
Bersifatkan Fasilitator Kritikal
Fokus: Interaksi kritikal, Peningkatan diri
2i [iNTERVIEW & iNDUKSI]program formal
Program ini lebih menumpukan Operasi sesama ahli[...]
Merupakan Pemerhatian awal kepada ahli yang baru berdaftar
Program ini dimulakan dengan sesi temuduga- tujuan: melatih kemampuan ahli untuk berhadapan dengan soal jawab kritikal dan kemampuan penyampaian maklumat,kekemasan diri dan sebagainya...
Induksi (program lanjutan dari temuduga) adalah sebagai program untuk memastikan konsep dan persepsi ahli kepada kelab, bersifat cabaran emosi, latihan berkumpulan dan latihan kendiri
TAUTAN KASIHprogram formal
Merupakan program penutup kepada program utama,
"Masa untuk merai perjuangan ahli"
Ahli yang akan tamat belajar berdasarkan semester di UiTM (tempat belajar) diraih bersama bagi menghargai kenangan bersama didalam kelab.
Bersifat ukhuwah yang diterap supaya tidak menjadi sekadar kenangan.
PSKprogram utama/program formal
FASILITATOR: ahli kelab, pelajar UiTMPP(setakat ini)
Berbentuk interaksi masyarakat, pengurusan dan latihan peribadi dan kemahiran diri(softskill)
Target pelajar: Islam,Melayu,Menengah atau rendah
Sejak dari permulaan penubuhan kelab IKRAM UiTMPP, kelab ini mengusahakan interaksi dengan pelajar sekolah luar dalam melaksanakan motivasi dan peningkatan kendiri.bermula dengan program tutor disekolah dengan 10 orang fasilitator, ahli kelab IKRAM mengendalikan 100 orang pelajar, seterusnya tercetusnya Program semarak/simfoni kasih menjadi program utama dalam khidmat masyarakat, program ini berbentuk program fasilitator disekolah, kerana kesedaran dalam mendidik anak bangsa bukan sahaja penumpuan pada pendidikan, malah juga dari skop dalaman iaitu emosi dan juga rohani.
SKOP MODUL
Modul berbentuk latihan dalam kumpulan (LDK) Ice-breaking (Ta-aruf), Peningkatan daya pemikiran kreatif dan inovatif, pembinaan kerjasama berkumpulan, interaksi sesama rakan, fokus cara belajar, halatuju kehidupan, dan juga usaha memupuk insan yang mempunyai pemikiran kelas pertama islam.
KEMBARA MAHASISWAprogram utama
Program Lasak yang bertemakan CAMPING
Merupakan program penting bagi mengikat satu ikatan ukhuwah sesama ahli,
Berbentuk kendali kerja berpasukan, ketahanan diri secara fizikal dan emosi, malah satu cara menghargai bumi indah ciptaan ILAHI
+[...]
Kelab IKRAM juga mendapat jemputan khas selain dari program RASMI PSK, kelab ikram pernah menyumbangkan khidmat kepada MARA dalam melaksanakan program motivasi khas,
Senarai ahli yang betul-betul mantap dipilih iaitu hanya 10 orang untuk mengendalikan 100 orang pelajar atau lebih sekolah (mengikut kesesuaian modul).
[sebarang maklumat akan ditambah lagi nanti... insyaALLAH]