Disebut dibaca setiap sehari,
Di siang hari juga di malam hari,
17 kali dalam sehari,
Menjadi sebati dalam diri.
1) DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG
2) SEGALA PUJI BAGI ALLAH, TUHAN SELURUH ALAM
3) YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG
4) PEMILIK HARI PEMBALASAN
5) HANYA KEPADA ENGKAULAH KAMI MENYEMBAH DAN HANYA KEPADA ENGKAULAH KAMI MEMOHON PERTOLONGAN
6) TUNJUKKANLAH KAMI JALAN YANG LURUS
7) IAITU JALAN ORANG-ORANG YANG TELAH ENGKAU BERI NIKMAT KEPADANYA, BUKAN JALAN MEREKA YANG DIMURKAI, DAN BUKAN PULA JALAN MEREKA YANG SESAT
Inilah dia 7 ayat yang dibaca oleh umat Islam setiap kali menunaikan solat 5 waktu sehari semalam dan wajib dibaca pada setiap rakaat. Dan secara asasnya, 7 ayat yang bermakna ini dibaca sebanyak 17 kali dalam sehari. Jika kita membuat perkiraan, 17 x 7 = 119. Subhanallah, kita telah dapat membaca 119 ayat Al-Quran walaupun ayat yang dibaca adalah sama dan secara berulang!
Tetapi, adakah ayat-ayat ini hanya meniti di bibir kita tanpa meniti di hati kita? Jika difahami dan dihayati surah Al-Fatihah ini menggunakan akal dan hati, surah ini merupakan 1 doa yang lengkap bagi kita – Iaitu bagi hamba yang lemah dan tidak berkuasa. Yang perlu mengharap segalanya kepada tuannya iaitu ALLAH.
Surah ini dimulai dengan puji-pujian bagi Allah yang merupakan salah satu daripada adab berdoa. Kemudian diteruskan dengan ‘luahan-luahan’ yang mesti diluahkan oleh seorang hamba. InsyaAllah dapat menjamin keselamatan dan kebahagiaan hidup kita di dunia juga akhirat kelak.
Alangkah bermaknanya, jika di saat kita mengungkapkan ‘Amiin’ di akhir surah ini ketika solat, kita betul-betul mengharap supaya doa ini didengari dan dimakbulkan.
Wallahua’lam.
Sempena Ramadhan yang bakal menjelang tiba, marilah kita bersama-sama melatih diri sedikit demi sedikit dengan berpuasa sunat di bulan Sya’aban ini. Bagi sesiapa yang ada berhutang puasa, jangan lupa untuk bayar balik ye. (^_^)
Allah menyatakan
"sesungguhnya berungtunglah orang yang menyucikan jiwanya dan rugilah orang yang mengotorinya." - Surah asy-syam, ayat 9-10
Mendirikan solat lima waktu sudah tentunya sama dengan menyucikan jiwa,apalagi jika di-iringi dengan solat sunat dan amalan-amalan sunat yang lain. kadang-kadang sebagai umat islam kita kerap alpa, lupa dan mengambil mudah mengenai amalan ibadah kita, mungkin kita meletakkan "owh, kami sudah islam, mengapa perlu bersungguh-sungguh melaksanakan ibadah, kerana kita telah dijanjikan syurga, cukuplah sekadar solat lima waktu". namun dengan kata-kata ini, adakah ia membuktikan solat lima waktu kita itu berkualiti, dan apa pula jaminan kita akan kekusyukan solat yang kita laksanakan selama ini.
Dalam islam, setiap nilai ibadah selalu diimplikasi pada kehidupan seharian yang bersifat muamalah ataupun sosial. oleh itu, senang dan jelaslah jika peribadi dan sikap seseorang itu dalam mengatahui kualiti solat mereka.
"... iaitu orang yang beriman dan hati menjadi tenteram jika mengingat Allah. Ingatlah hanya dengan mengingat Allah, hati menjadi tenteram" - surah ar-rad 28
Solat selama ini belum mengubah sifat keluh-kesah lagi kikir menuju jalan Allah, perlu bagi kita mengusahakan solat yang mampu mencerminkan perilaku hidup yang penuh dengan rasa syukur, ikhlas dan dapat membuang sifat-sifat serta fikiran-fikiran negatif.
mengapa ia begitu? baik juga kita mendalami solat kita selama ini, setiap hari perlukan pembaharuan dan ia bersifat konsisten, tidak perlukan pelaksanaan yang terlampau besar. seperti hari ini kita melaksanakan solat seperti biasa, esoknya kita terus melaksanakan solat sunat bagi setiap solat sebagai ibadah tambahan, bukan maknanya untuk menghalang amalan seseorang, tetapi disini... kita perlu tahu kadar kemampuan dan tahap kesedaran perlaksanaan ibadah keatas diri kita. lebih baik kita mula dengan sedikit demi sedikit diiringi dengan displin.
"Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh-kesah lagi kikir. Apabila ditimpa kesusahan, ia berkeluh-kesah dan apabila ia mendapat kebaikan ia menjadi kikir KECUALI orang yang MENGERJAKAN SOLAT DENGAN TETAP" al-ma'arij 19-23
Sebelum menunaikan sebarang ibadah terutamanya Solat Wajib, pendahuluan NIAT yang ikhlas sesungguhnya kerana ALLAH dan kita lakukan demi ALLAH dan mengharapkan hanya redha ALLAH,malah tidak rasa terpaksa dalam melaksanakan ibadah, maka USAHA kita seperti perlaksanaan solat dapat dilaksanakan dengan baik. dan akhir sekali begitulah tuntutan ber-DOA sebagai Tawakkal moga solat atau usaha ibadah menjadi
efficient serta berkualiti.
Ada
lima kriteria dalam batasan-batasan Solat,yang meliputi :.
Mu'aqqib(pengintai),
Muhasib(Penghitung),
Mukaffara'anhu (penerima ampunan),
Mutsab(penerima pahala),
Muqarrab min Rabihi(Peraih kedekatan dengan Tuhan) lima kriteria ini menunjukkan golongan atau kelompok pelaksana solat, ada solat yang tidak bernilai langsung, ada pula hanya sekadar solat pelaksanaan dan ada yang berada diperingkat tertingi malah disukai Allah swt.
- Mu'aqqib(pengintai) :. Golongan yang termasuk didalam kelompok ini adalah golongan yang menganiayai diri sendiri,ia boleh dilihat kerana sangat berkurangan dari segi kesempurnaan,rukun dan tertib didalam wuduk serta perlaksanaan solatnya.
- Muhasib(Penghitung) :. Golongan ini mampu menyempurnakan wuduk serta tertib solatnya namun malangnya tidak mampu menguasai hati untuk kusyuk kepada Allah.
- Mukaffara'anhu(penerima ampunan) :. Meraka mampu memperhatikan tata dan menyempurnakan wuduknya serta solatnya tepat pada tertib serta rukunnya,disamping itu meraka sering berjuang menguasai hati dan melawan nafsu.
- Mutsab(penerima pahala) :. Kelompok yang mempu menyempurnakan segala kewajipan,rukun-rukun serta hatinya sibuk menjaga solatnya daripada lalai segala potensi dikerahnya bagi mencapai solat yang sempurna.
- Muqarrab min Rabihi(Peraih kedekatan dengan Tuhan) :. Kelompok yang sama dengan mereka ditahap mutsab, ia ditambah dengan usaha menempatkan diri dihadapan Allah yang maha Agung, sering beribadah seakan-akan mereka melihat Allah dan secara langsung hadir didepan Allah, mereka mampu mengendalikan hati hingga sentiasa kusyuk melaksanakan solat atau apa-apa ibadah, dan sudah pasti kelompok ini amatlah istimewa.
Sebagai konklusi, anda kalian fikirkan dan hisablah diri sebelum Allah menghisab diri kita, lihatlah ditahap manakah kedudukan solat kita, dan yang paling penting, perbaiki dan permantapkan lagi dalam usaha mencapai kedudukan yang paling istimewa di pandangan Allah, moga kita dijauhi segala keburukan dan kemurkaan-Nya.
rujukan:.
- megnet Rezeki Solat Dhuha.(PTS)
- indahnya Saat Bersama-Mu: panduan praktikal Qiamullail (Telaga Biru)
PENGENALAN
0.1 Apa Itu FORUM KOMUNITI
Ia merupakan satu lagi medan 'extansion' kepada blog rasmi ikram, FORUM komuniti merupakan satu aplikasi khas yang mengunakan konsep FORUM dalam membincangkan sesuatu, ia agak mudah namun masih baru untuk sesetengah pengguna.
Forum komuniti ini lebih fokus dalam menyatukan semula ukhwah ahli-ahli kelab dan kerana perlaksanaannya tidak semudah itu melainkan ahli sendiri memainkan peranan untuk bersatu didalam satu kominiti ummah
klik LINK ini---->
KOMUNITI I.K.R.A.M
0.2 BAGAIMANA MENGUNAKANNYA?
Diatas merupakan menu utama pengunaan FORUM
Bagi pertama kali, klik DAFTAR untuk memastikan anda dapat LOG IN kedalam FORUM.klik I AGREE TO THESE TERMS
MASUKKAN informasi anda untuk
LOG IN seperti USER NAME ,email ADDRESS dan PASSWORD
dan SAVE
KEMUDIAN memastikan PASSWORD serta KOD kepastian pendaftaran ... dan SAVE sekali lagi
Apabila selesai, pastikan anda
CLicK HERE to return to the index
Setelah DAFTAR, bolehlah
LOG IN Kedalam FORUM KOMUNI IKRAM, Masukkan USERNAME dan PASSWORD seperti yang telah anda daftarkan.
klik pada FORUM untuk melihat SENARAI pilihan PERBUALAN FORUM
yang di HIGHLIGHT dengan warna KUNING adalah pilihan FORUM, klik pada pilihan forum yang di HIGHLIGHT seperti bawah untuk memilih
pada menu FORUM ini juga terpaparnya siapa yang sedang ONLINE dan update ahli juga POSTS terbaru.
(wah, mengapa banyak sangat nama awecloud) SETELAH memilih salah satu TOPIK besar, anda akan dibawa ke TOPIK tersebut, contoh diatas adalah TOPIK PERNIAGAAN, jadi...bagi ahli yang berminat dan ingin tahu berkenaan TOPIK tersebut, bolehlah berkongsi, POST baru atau Balas Post dari ahli yang lain...
Diatas adalah contoh topik pilihan anda, klik GERAi IKRAM Sempena MDS/MMS
Dari sini, jika anda ingin Membalas
POST, cari Butang
POST REPLY
Jika mahu buat
POST baru, cari pula
NEW TOPIC
<<<---
0.3 MENU-MENU
|
Portal-mempamerkan muka depan yang penuh, segala update post terbaru,ahli dan maklumat terkini akan dipamerkan disini |
|
Kalendar - mempamerkan taqwim kelab, segala upadate bertarikh berkenaan program ada disini |
|
Gambar Album - DALAM PROSES KEMASKINI, seKARANG HANYA MAMPU MEMUATKAN 20mb BAGI SEMUA ahli ( bukan satu orang... SEMUA...) |
|
Carian - mungkin ada topik yang anda mahu terus tanpa perlu klik yang banyak |
|
Profile - mempamerkan STATUS penuh penguna(anda) UBAH AVATAR( gambar pamer pada profile anda) dan segala MAKLUMAT anda disini |
|
KURANG FAHAM - berkenaan dengan FORUM - bahasa inggeris |
|
JUMLAH ahli yang berdaftar... |
|
KUMPULAN AHLI yang wujud.. contoh DESIGNER, ALUMNI.. dll |
|
Ah... saya mahu keluar... sudah masuk waktu solat... |
0.4 MAKLUMAT TAMBAHAN...
Icon Ahli | Posting dari anda |
|
|
Baru Merayau | 1 post |
| |
Tengah seronok | 10 post |
| |
Gang!!! | 25 post |
| |
Tetamu Kehormat | 50 post |
| |
Kaum Kerabat | 100 post |
ada lagi... biarkan ia rahsia seketika... +++ post