Assalamualaikum & Selamat Sejahtera :)
"Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurnia Nya), lagi Maha Mengetahui. (Surah An-Nur : 32)
Sabda Rasulullah S.A.W. "Apabila datang kepadamu seorang lelaki untuk meminang, yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya, maka nikahikah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi." [HR At-Tirmidzi & Ahmad]
"Di antara kebaikan wanita adalah mudah urusan melamarnya, mudah maharnya (mas kahwin), dan mudah rahimnya (mudah melahirkan zuriat)." [HR Ahmad & Ath-Thabrani. Majma' as-Zawa'id, 4/516, no.7482]
11 tahun berkejaran di alam persekolahan, 3 tahun berpayah di peringkat Diploma dan 3 tahun lagi meniti jerih pada peringkat Ijazah Sarjana Muda. Alam pekerjaan mungkin belum sempat ditempuh, namun itu semua tidak menjadi penghalang untuk mereka melayari bahtera rumahtangga. ^_^
Begitulah kisah kebanyakkan daripada Alumni IKRAM UiTMPP. Alhamdulillah.. Jodoh mereka dipermudahkan untuk bernikah di usia yang muda. Allah percepatkan mereka bergelar suami isteri agar mereka dapat memberi sokongan antara satu sama lain secara sah di sisi syariat. Insya'Allah..
Di kesempatan cuti panjang Tahun Baru Cina, beberapa orang Alumni & ahli IKRAM telah berjaya menghadirkan diri ke majlis perkahwinan Alumni serta kakak kepada seorang Alumni.
Hari Pertama
Tarikh : 09.02.2013
Hari : Sabtu
Tempat : Meru, Klang, Selangor
Pengantin : Mohd. Khairul Izuan (Alumni) & Siti Dafina
Penyeri : Achik, Awe, Shaz
~ Majlis Perkahwinan Khai-Fina ~
Hari Kedua
Tarikh : 10.02.2013
Hari : Ahad
Tempat : Sg.Soh, Kuantan, Pahang
Pengantin : Mohd. Nor Shafiq (Alumni) & Roseliszai
Penyeri : Awe, Cha, Chaol, Shaz
~ Majlis Perkahwinan Shafiq-Eja ~
Hari Ketiga
Tarikh : 11.02.2013
Hari : Isnin
Tempat : Ampang, Kuala Lumpur
Pengantin : Tasneem (kakak Hannan) & Abdul 'Asim
Penyeri : Awe, Temah, Hannan, Fadhilah, Shaz
~ Majlis Perkahwinan Tasneem-'Asim ~
Melayar Bahtera
Tempoh pertunangan diharungi penuh sabar
Menguak segala cabaran dan dugaan
Menguji setiap detik kesabaran
Meniti setiap saat perancangan
Kini tiba masa untuk disatukan
Melayari bahtera berlayarkan iman
Mengemudi bahtera berpaksikan Tuhan
Menepis ombak yang menjadi cabaran
Meredah belantara yang penuh kehijauan
Bersama-sama bergandingan tangan
Imam dan makmum merela perjuangan
Membentuk ummah tunggak & harapan
Itulah perkahwinan yang bertungjangkan Islam
Allah sentiasa terpahat di jiwa
Amalan mulia terpapar sentiasa
Menghadapi dugaan penuh redha
Usaha dan tawakkal menjadi ikutan
Andai datang badai gelora
Ingatlah Allah di mana saja
Doa dan hatimu sentiasa di dengarNya
Menghulur bantuan dengan cara tersendiri
Agar syukur di bibir selalu terpateri
SELAMAT PENGANTIN BARU SEMUA!! ^_^
MAFIA : Andai telah sampai masa untuk mendirikan rumahtangga, hantarlah wakil yang dipercayai untuk menguruskan segala persiapan majlis. Bersederhanalah dalam setiap urusan nescaya Allah akan permudahkan segala urusanmu. Janganlah disebabkan ingin menjadi RAJA SEHARI kita terpaksa merana 10 TAHUN. :)
Nabi Tahu Soalannya
“Mintalah fatwa dari hatimu.”
Ini hadis Nabi. Nak faham hadis
kenalah rujuk kitab syarah hadis. Sebelum itu, mari kita telusuri satu kisah
yang melatari hadis ini.
Seorang lelaki bernama Wabishah bin
Ma’bad r.h. datang berjumpa Nabi SAW. Belum sempat dia membuka mulut,
Rasulullah SAW meneka,
“Kamu hendak tanya tentang
kebaikan?”
Terkejut Wabishah mendengar
tepatnya sangkaan Nabi. Wabishah yakin, Nabi tidak mengetahui perkara mendatang
(termasuk perkara ghaib) kecuali apa yang Allah beritahu kepadanya. Ini satu
mu’jizat. Wabishah lantas mengiyakannya.
“Benar!”
Baginda lalu menjelaskan satu ilmu
yang sangat penting, “Mintalah fatwa dari hatimu. Kebaikan adalah apa yang
mententeramkan jiwa dan hati. Dosa adalah apa-apa yang meresahkan jiwa dan
meragukan hati, meskipun orang-orang memberi fatwa membenarkanmu.” (Hadis hasan
riwayat Ahmad dan Ad-Darimi).
Hadis yang lain daripada an-Nawas
bin Sam’an diriwayatkan Muslim dalam al-Bir
wa ash-shilah, bab Tafsir al-birr wa al-itsm. Nabi mengajar kita,
“Kebaikan adalah akhlak yang baik,
sedangkan dosa adalah segala hal yang meresahkan jiwamu dan engkau tidak suka
jika orang lain melihatnya.”
Singkat dan padat. Begitulah
istimewanya hadis ini. Kebaikan itu mencakupi semua perbuatan baik. Dosa pula
mencakupi semua perbuatan buruk samada kecil atau besar.
Fitrah: Tenang Dengan
Kebaikan, Resah Dengan Dosa
Salah satu (bukan satu-satunya)
cara mengenal kebenaran ialah dengan fitrah. Buktinya, apa yang Nabi katakan
dalam hadis ini. Kebaikan itu mententeramkan hati dan jiwa. Allah yang maha baik menciptakan kita untuk
mengetahui kebenaran. Kita tenang dengannya. Menerimanya.
Allah tanamkan tabiat kepada kita
cintakan kebenaran. Bahkan, menurut kajian sains, apabila kita membuat
kebaikan, hormon kortisol akan terembes. Ia menyebabkan kita rasa seronok.
Rasa nak buat lagi.
Kita lahir dalam keadaan baik.
Suci. Bersih.
“Setiap anak Adam lahir dalam
keadaan fitrah.” Abu Hurairah yang meriwayatkan hadis ini seterusnya membaca
ayat al-Quran,
“(Tetaplah atas) fitrah Allah yang
telah menciptakan manusia menurut fitrah itu.”
(Ar-Rum: 30)
Tatkala kita dilanda dilema,
“Ini baik ke buruk?”
Tanyalah hati, ia condong ke mana?
Mana yang hati tenteram, itulah kebaikan. Apa yang hati tidak merasa tenang
dengannya, itulah dosa bagi kita. Meskipun dari sudut fatwa hal itu masih
dibolehkan.
Baik Bagi Orang Baik,
Buruk Bagi Orang yang Dekat Dengan Allah
Ada perkara yang hasanatul abrar, wasayyiatul muqarrabin.
Bermaksud, baik bagi orang-orang baik tapi buruk bagi orang-orang mendekatkan
diri kepada Allah SWT. Cuba lihat. Seorang ulama misalnya al-Qaradhawi
memfatwakan alat muzik seperti gitar yang digunakan dengan syarat tertentu,
hukumnya dibolehkan.
Peranan mufti antaranya memberikan
batas ‘minimum’ tentang fiqah. Fatwa diberikan dengan melihat yang zahir. Berdasarkan
ilmu bukan nafsu. Fatwa ini diberi secara umum untuk semua manusia, bukan untuk
golongan tertentu sahaja. Jika gitar itu difatwakan haram secara mutlak, sudah
tentu masyarakat Islam di Eropah yang ‘bernafas’ dengan alat muzik sejak kecil
akan mengalami kesempitan dan kesusahan dalam agama. Muzik pula menjadi
fenomena di seluruh dunia tika ini.
Namun begitu, dari sudut amal,
ulama ini memilih apa yang paling taqwa. Hatinya secara fitrah tidak menyukai
bermain gitar. Maka, beliau tidak menggunakannya. Kerana, boleh jadi gitar itu
baik bagi orang lain tapi buruk baginya.
Dari segi akhlak pula, beliau tidak
pula merendah-rendahkan orang yang bermain gitar. Ramai pendakwah yang bermain
gitar dengan tujuan yang baik. Beliau
berbaik sangka dan berlapang dada. Merendah-rendahkan orang yang melakukan
perkara ‘harus’(baginya) kerana menyangka diri sendiri bertaqwa, tidaklah cocok
dengan akhlak seorang muqarrabin.
Jika Ragu,
Tinggalkanlah
Hadis ini mengajar kita agar
meninggalkan fatwa jika ia bertentangan dengan hati dan menimbulkan keraguan di
dada. Imam an-Nawawi memberikan contoh
kes.
Seorang perempuan memberitahu
bahawa dia menyusu dengan si A. Mufti
berfatwa bahawa anak si A boleh menikahinya kerana tiada kesempurnaan dalam
jumlah susuan. Fatwa tersebut masih tidak menghilangkan keraguan (syubhat).
Sebaik-baiknya dia bersikap wara’ (hati-hati) walaupun manusia memfatwakan
kebolehannya.
Jika fatwa dikuatkan oleh dalil
syar’i, maka wajib bagi seorang Muslim mengambil fatwa itu dan berpegang
dengannya, walaupun dadanya tidak senang menerimanya. Contohnya ketika Nabi
memerintahkan para sahabat menyembelih binatang korban dan tahallul pada umrah Hudaibiah.
Sahabat sangat berat menerimanya
tapi mereka akhirnya taat. Perintah Allah dan Rasul tidak boleh dibelakangkan
hanya kerana menurut fatwa hati.
Isyarat Hati
Sihatkan hati dengan banyak
mengingati Allah. Kata Allah, “Ingatlah, hanya dengan mengingati Allahlah hati
menjadi tenang.”
Ada dua tanda dosa. Khusus untuk
perkara yang kita samar tentangnya. Jika perkara yang jelas hujah dan dalilnya,
itu soal lain. Dua tanda tersebut ialah:
1)
Tanda dalam- hati rasa benci, tak tenang, resah
dan tertekan. Hadis sahih daripada Ibnu Mas’ud
menyebut, “Dosa itu menyakitkan hati.”
2)
Tanda luar- tidak suka diketahui manusia.
Kebencian atas dasar agama. Bukan kebencian saja-saja.
Hadis ini menempatkan kedudukan
hati di kedudukan yang istimewa dalam Islam dan boleh meminta fatwanya sebelum
beramal.
Hadis ini juga memberi petunjuk
untuk berakhlak dengan akhlak yang mulia, kerana akhlak yang baik merupakan
kebaikan yang paling besar.
Syumulnya Islam. Ia menjadi
pengatur dan pengawas internal dari dalam diri dan juga eksternal. Berbeza
dengan undang-undang buatan manusia yang hanya menjadi pengawas eksternal.
Jom sihatkan hati! Agar kita tidak
memiliki raja yang ‘evil’ dalam kerajaan diri.
(Sila rujuk lanjut
buku Al-Wafi, Syarah Hadis Arbain, Imam Nawawi, karangan Dr. Mustafa Dieb
al-Bugha dan Syaikh Muhyiddin Mistu)
Assalamualaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh.
Alhamdulillah.
Selesai sudah Program Semarak Kasih 27 yang telah diadakan di SMK Teluk Air
Tawar pada 8 hingga 10 Februari yang lalu. Program ini telah melibatkan
pelajar daripada tingkatan 3 dan tingkatan 5 yang bakal mengambil peperiksaan PMR dan SPM.
Kepada
semua adik-adik SMK Teluk Air Tawar, tahniah diucapkan kerana sudi menyertai sekaligus menunjukkan kesungguhan terhadap Program Semarak Kasih ke-27 anjuran Kelab Ikatan
Kasih Rumpun Anak-anak Melayu (IKRAM) ini.
Kami telah mendapat pelbagai respon yang positif daripada adik-adik melalui borang-borang yang telah diedarkan. Turut dihargai, kritikan dan cadangan yang membina daripada adik-adik akan kami gunakan untuk memantapkan lagi program kami yang seterusnya.
|
Slot 'Ini Hidup Saya' |
|
|
|
|
|
Kuliah Maghrib oleh fasilitator Shah |
|
Slot 'Ice Breaking' |
|
Aktiviti 'Explorace' |
Kami berharap agar adik-adik dapat memanfaatkan segala perkongsian yang telah diberikan sepanjang program ini berlangsung. Kami hanya diumpamakan membuka pintu bagi kejayaan adik-adik. Terserahlah kepada adik-adik sama ada ingin memasuki dan meneroka apa yang ada melalui pintu tersebut atau sebaliknya. Kami sentiasa mendoakan kejayaan adik-adik.
Semoga adik-adik berjaya di dunia dan akhirat ! :)
“Sesungguhnya engkau tidak mempunyai keupayaan untuk menyabarkan diri supaya bersabar denganku!” kata Khidir alayhi al-Salam.
Dua kali sabar.
Bukan sekadar sabar.
Tetapi menyabarkan diri untuk bersabar.
Demikian ‘ugutan’ Khidir terhadap hasrat Musa ‘alayhi al-Salaam yang
mahu mengikutinya bermusafir demi belajar dan mendapat AL-RUSHD!
Petunjuk, yang membezakan antara hitam dan putih, betul dan salah, haq
dan batil, sebagai matlamat sebuah pembelajaran.
“Dia (Khidir) menjawab: “Sesungguhnya engkau (wahai Musa), tidak sekali-kali akan berupaya untuk bersabar bersamaku” [Al-Kahf 18: 67]
Menimbulkan ancaman atau Tarhib
bukanlah sesuatu yang bertentangan dengan semangat belajar. Dalam kita
menggalakkan pembelajaran, ada juga unsur-unsur pemeriksaan realiti yang
mesti dilakukan. Sama seperti Luqman, tatkala menasihati anaknya agar
mendirikan solat, mengajak manusia kepada makruf dan mencegah mereka
daripada mungkar [Luqman 31: 17], Luqman mengingatkan anaknya supaya
bersabar dengan apa yang pasti menimpa lanjutan daripada itu.
Sesungguhnya ada sesetengah perkara, ia hanya boleh dilakukan dengan keazaman yang bulat, teguh, tekad!
Bukan hangat-hangat tahi ayam.
GERTAKAN JADI KEPERLUAN
Ada sebab mengapa Khidir menggertak Musa.
Sukar untuk mencari upaya sabar, kerana apa yang bakal dipelajari oleh Musa bukan sesuatu yang biasa di dalam silibus.
Ia berbeza.
“Dan bagaimana engkau akan sabar terhadap perkara yang engkau tidak mengetahuinya secara meliputi?” [Al-Kahf 18: 68]
Apa yang bakal Musa pelajari bukan
sesuatu yang sudah tersedia di dalam silibus, jelas kelihatan pangkal,
tengah dan hujungnya. Terang learning outcomes (hasil pembelajaran) seperti yang sering ditemui dalam proses biasa.
Kali ini, Musa bakal belajar sesuatu tanpa big picture.
Semasa belajar, tidak diketahui apakah makna benda yang dipelajari.
Sesuatu yang tidak boleh difahami secara pantas. Ia bagai
kepingan-kepingan puzzle yang memerlukan kepingan itu dihimpun lengkap,
dicantumkan dengan betul untuk mendapat kefahaman mengenai apa yang
dipelajari.
Mungkin matlamat akhirnya bukan apa yang dipelajari.
Tetapi proses belajar itu sendiri.
Bahawa dalam usaha menuntut ilmu, ada
sesetengah perkara yang kita perlu belajar tanpa memahami apakah
tujuannya benda itu diajar. Belajar dahulu. Biar pun jemu, kabur,
menimbulkan keliru.
KHABAR DAN KHUBR
Apatah lagi, subjek yang dipelajari bukan KHABAR tetapi KHUBR.
Khabar adalah maklumat yang diketahui melalui pengajaran dan pembelajaran manusia.
Khubr adalah sesuatu yang hanya diketahui
hakikatnya daripada Allah, sama ada melalui wahyu, atau melalui proses
memahami hikmah yang jauh dan tersembunyi.
Yang kesemua itu diatasi dengan komitmen kepada satu sahaja, yakni matlamat akhir belajar iaitu beroleh al-Rushd.
“Nabi Musa berkata kepadanya
(Khidir): Bolehkah aku mengikutmu, supaya dengannya engkau mengajarku
dari apa yang telah diajarkan oleh Allah kepadamu, ilmu yang menjadi
petunjuk bagiku?” [Al-Kahf 18: 66]
Bukan mudah untuk belajar sesuatu yang kita tidak jelas apa tujuan ia datang sebagai pelajaran kepada hidup kita.
Sebahagian besar hal seperti ini hadir di luar buku, di luar kelas.
Semasa belajar, kita jatuh sakit. Terkunci
di dalam rumah dan tidak boleh ke dewan peperiksaan, bencana alam,
pensyarah mengajar falsafah Islam sambil meletakkan kakinya di atas
meja, benda-benda yang menimbulkan kemarahan, kekecewaan, tanda tanya,
rasa ingin membantah, tetapi akhirnya kita diuji untuk menterjemahkan
semua itu dengan sesuatu yang akhirnya membantu kita beroleh AL-RUSHD.
Membezakan kebenaran daripada kebatilan.
Kemahiran, hasil daripada misteri yang
datang dalam bentuk yang tidak disilibuskan ia kepada kita. Tetapi hadir
dalam kejadian yang menguji diri untuk bersabar mencari hikmah, bukan
melatah membatalkan hasanah.
Sungguh.
Al-Rushd itu mahal.
Sulit sekali upaya sabar.
Musa harus bersedia.
Khidir tanpa berselindung mengandaikan kebarangkaliannya.
Dan Khidir bukan mempertikaikan Musa sama
ada beliau seorang penyabar atau tidak. Khidir hanya menegaskan bahawa
Musa mungkin mengalami masalah untuk bersabar ketika bersama dengannya.
Itu sahaja.
MENGALAH ATAU MENYAHUTNYA
Dan ancaman itu tidak menjadikan Musa goyah tekad dan berundur sebelum melangkah.
Musa mengambilnya sebagai cabaran.
“Nabi Musa berkata: “Engkau akan dapati aku, Insha Allah: orang yang sabar; dan aku tidak akan membantah sebarang perintahmu” [Al-Kahf 18: 69]
Mereka yang bercita-cita mahu menjadi ustaz, ulama’, pewaris Anbiya’.
Mereka yang bercita-cita mahu menjadi doktor, membantu umat manusia.
Mereka yang bercita-cita mahu menjadi bapa mithali, pemimpin keluarga bertaqwa menuju Syurga.
Dalam galakan ada ancaman.
Bahawa kejayaan bukan murah boleh dijual beli, pinjam pulang, ambil tinggal sesuka hati.
Ia memerlukan komitmen.
Tekad.
Yang adakalanya lebih perlahan daripada sambungan internet dial-up.
Yang generasi Y tidak berpeluang merasai kesabaran menggunakannya.