
Sayang sekali, setelah pekeliling naik, jiwa kacau melanda untuk program terdekat kerana terpaksa ditangguhkan [
tarikh program sepatutnya ---kembara- 24 julai] ,Gara-gara gelombang H1N1 ... cuti pertengahan semester Sesi Julai-November2 009 secara rasmi dipinda
ke tarikh baru ,iaitu bermula pada 27 Julai dan berakhir 2 Ogos 2009 (26 Julai
hingga 1 Ogos bagi UiTM Kelantan Terengganu dan Kedah). tarikh baru cuti ini adalah
berkuat kuasa seluruh sistem UiTM kecuali UiTM Cawangan MelaKa kampus Lendu
sahaja, itulah yang dinyatakan oleh TAN SRI DATO'SERI PROF DR IBRAHIM ABU SHAH.
namun ini tidak semestinya melemahkan kita sebagai IKRAMIes kan?(boleh la tahan), apa-apapun, kita tunggu apa yang akan berlaku, dan... datang meeting nanti ye...[notis akan naik, atau pun, tunggu mesej]
PELAJAR UiTM Shah Alam berbaris menunggu bas untuk balik kampung selepas pihak universiti mengumumkan cuti semester lebih awal ekoran wabak H1N1 (PENANG???)
Academic excellence and self development centreYANG BENAR
Editor Aier Suam
Alhamdulillah, selesai sudah sesi temuduga pengambilan ahli IKRAM sesi 02/2009 pada 11 julai 09 . Setelah perancangan disusun atur, namun beberapa cabaran tetap menyusul tanpa menjangka, yang bagusnya ia dapat diselesaikan dengan baik... apa yang ingin disampaikan dini adalah, bukannya masalah yang kita hadapi, tetapi cara kita selesaikannya dan ia diselesaikan dengan baik tanpa perlu melepaskan sebarang tekanan kepada ahli lain. toleransi adalah amat penting bagi melaksanakan perkara dengan keadaan pintar akal sebagai manusia waras melaksanakan tugas. tahniah kepada saudara Amir yang mengambil tugas sebagai pengarah program dengan penuh jayanya.disini juga,saya sebagai wakil ---mengambil kesempatan jika ada salah silap, cacat cela pelaksanaan diantara semua yang terlibat terutamanya ahli yang bertugas dan ahli yang baru melangkah masuk ke dunia I.K.R.A.M, harap diampun baikkan. moga kita dapat berentap lagi dimasa yang akan datang. -sekian
Academic excellence and self development centre
YANG BENAR
Editor Aier Suam
Assalamualaikum WBT
Salam keampunan, terutamanya bagi penulis dan ahli yang sudah lama menantikan ketibaan majalah edisi pertama (IKATAN#01) terpaksa ditangguhkan atas sebab yang tidak dapat dielakkan, jesteru itu, kami dibahagian publisiti telah bersetuju untuk melaksanakan projek mega 100 ms bagi menggantikan projek majalah yang asal, diharap ahli-ahli dapat memberi sokongan padu dan doa kejayaan kepada kami yang melaksanakan tugas. dengan kesempatan ini juga, saya berharap agar ahli-ahli dapat juga memberi idea bernas mahupun pandangan membina bagi memperbaik-mantapkan majalah kelab yang akan dikeluarkan tidak lama lagi.
MAJALAH IKRAM PROJEK MEGA 100 m/s
Pengisian
#NUKILAN
#ASAL-SILAH
#misi-visi
#PROGRAM - UTAMA 2i? / KEMBARA /PSK /Tautan
#PROGRAM IKATAN - MINGGU ERATAN
#HPA
#SUARA IKATAN-SUARA KONVO
#Pesanan Khalifah
#Cinta Agung
#UiTMPP Whatsup??
#Apa aim kami
#Department
#Operasi Mahasiswa
#Design
#Harapan
#Perjuangan
#Gambar kami
TARGET UTAMA MAJALAH IKATAN#01
Bertujuan menjadi menu rujukan utama tentang kelab kepada ahli-ahli, disebabkan tidak semua akan melapangkan masa untuk melayari blog kelab, 'ikhtiar hardcopy' diusahakan bagi memberi sentuhan jitu tentang perjuangan sebenar kelab, dalam masa yang sama, ia menjadi kenangan bersama didalam kelab.
Academic excellence and self development centre
YANG BENAR
Editor Aier Suam