Ia merupakan satu lagi medan 'extansion' kepada blog rasmi ikram, FORUM komuniti merupakan satu aplikasi khas yang mengunakan konsep FORUM dalam membincangkan sesuatu, ia agak mudah namun masih baru untuk sesetengah pengguna.
Forum komuniti ini lebih fokus dalam menyatukan semula ukhwah ahli-ahli kelab dan kerana perlaksanaannya tidak semudah itu melainkan ahli sendiri memainkan peranan untuk bersatu didalam satu kominiti ummah
Bagi pertama kali, klikDAFTAR untuk memastikan anda dapat LOG IN kedalam FORUM.klik I AGREE TO THESE TERMS
MASUKKAN informasi anda untuk LOG IN seperti USER NAME ,email ADDRESS dan PASSWORDdan SAVE
KEMUDIAN memastikan PASSWORD serta KOD kepastian pendaftaran ... dan SAVE sekali lagi
Apabila selesai, pastikan anda CLicK HERE to return to the index
Setelah DAFTAR, bolehlah LOG IN Kedalam FORUM KOMUNI IKRAM, Masukkan USERNAME dan PASSWORD seperti yang telah anda daftarkan.
klik pada FORUM untuk melihat SENARAI pilihan PERBUALAN FORUM
yang di HIGHLIGHT dengan warna KUNING adalah pilihan FORUM, klik pada pilihan forum yang di HIGHLIGHT seperti bawah untuk memilih
pada menu FORUM ini juga terpaparnya siapa yang sedang ONLINE dan update ahli juga POSTS terbaru.
(wah, mengapa banyak sangat nama awecloud) SETELAH memilih salah satu TOPIK besar, anda akan dibawa ke TOPIK tersebut, contoh diatas adalah TOPIK PERNIAGAAN, jadi...bagi ahli yang berminat dan ingin tahu berkenaan TOPIK tersebut, bolehlah berkongsi, POST baru atau Balas Post dari ahli yang lain...
Dari sini, jika anda ingin Membalas POST, cari Butang POST REPLY
Jika mahu buat POST baru, cari pula NEW TOPIC <<<---
0.3 MENU-MENU
Portal-mempamerkan muka depan yang penuh, segala update post terbaru,ahli dan maklumat terkini akan dipamerkan disini
Kalendar - mempamerkan taqwim kelab, segala upadate bertarikh berkenaan program ada disini
Gambar Album - DALAM PROSES KEMASKINI, seKARANG HANYA MAMPU MEMUATKAN 20mb BAGI SEMUA ahli ( bukan satu orang... SEMUA...)
Carian - mungkin ada topik yang anda mahu terus tanpa perlu klik yang banyak
Profile - mempamerkan STATUS penuh penguna(anda) UBAH AVATAR( gambar pamer pada profile anda) dan segala MAKLUMAT anda disini
KURANG FAHAM - berkenaan dengan FORUM - bahasa inggeris
JUMLAH ahli yang berdaftar...
KUMPULAN AHLI yang wujud.. contoh DESIGNER, ALUMNI.. dll
Ah... saya mahu keluar... sudah masuk waktu solat...
0.4 MAKLUMAT TAMBAHAN...
Icon Ahli
Posting dari anda
Baru Merayau
1 post
Tengah seronok
10 post
Gang!!!
25 post
Tetamu Kehormat
50 post
Kaum Kerabat
100 post
ada lagi... biarkan ia rahsia seketika... +++ post
Assalamualaikum W.B.T.. Penulisan artikel ini bertujuan sebagai salah satu perkongsian ilmu buat diri kita semua khususnya kaum Hawa. Apa yang baik kita ambil dan apa yang buruk kita tinggalkan. Pernahkah anda mendengar lagu Impian Kasih yang dinyanyikan oleh kumpulan nasyid In-Team? Saya ingin mengambil sedikit rangkap lagu itu yang berbunyi “wanita hiasan dunia,seindah hiasan adalah wanita solehah”. Antara cara untuk mencapai matlamat itu adalah dengan mengikut segala perintah Allah dan meninggalkan laranganNya. Salah satu syariat yang telah ditetapkan oleh agama kita kepada kaum hawa ialah menutup aurat(seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan) dan apa yang saya ingin fokuskan di sini ialah mengenai berhijab (bertudung).
Sabda Rasulullah S.A.W : “Wahai anakku Fatimah!adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka yang di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya” (riwayat Bukhari & Muslim)
Mungkin ada antara kita yang berkata tak semua perempuan yang bertudung baik-baik belaka. Ya,memang betul tapi apa yang ingin saya ceritakan di sini ialah memakai tudung bukan tanda seorang itu sudah baik, tetapi untuk seseorang memperbaiki diri dia harus memakai tudung dengan sedar (full of consciousness). Bukan dia baik dengan alasan dia bertudung, sebaliknya kalau hendak jadi baik, kenalah bertudung kerana ia persis seperti apa yang ditetapkan oleh syariat Islam.
Orang kata, perempuan dan cermin tak dapat dipisahkan. Ya, saya setuju dengan penyataan itu. Sekarang, mari kita sama-sama tanya diri kita balik. Apabila kita melihat cermin sambil memperelok rupa kita,pernah tak terfikir kenapa kita memakai tudung? Adakah betul-betul kerana tuntutan syariat ataupun masih kurang jelas tujuan pemakaiannya?
Cubalah kita tanya orang di sekeliling kita kenapa mereka bertudung. Pasti ada pelbagai macam jawapan. Mungkin disebabkan budaya,fesyen,suasana sekeliling ataupun ikutan sejak dari kecil. Kita di Malaysia ini sepatutnya bersyukur kerana Negara Malaysia adalah sebuah Negara Islam dan kita bebas untuk melaksanakan tuntutan agama kita. Jika dibandingkan perempuan Islam yang berada di Negara sekular seperti Belanda, Perancis, Belgium dan United Kingdom sekarang, mereka beriya-iya mempertahankan hak mereka untuk betudung dan berpurdah walaupun pelbagai undang-undang telah diwartakan oleh negara masing-masing.
Tetapi kenapa mereka beriya-iya menjaga dan mempertahankannya sedangkan kita di Malaysia ini pula sebaliknya? Adakah kerana tiada kefahaman dan penghayatan? Ataupun kerana tiada cabaran ataupun halangan untuk mempertahankan Islam sendiri? Seorang perempuan boleh diibaratkan seperti intan permata yang perlu dibalut, disimpan dan dijaga dengan rapi supaya kilauannya terus bersinar dan tidak dicuri orang.
Merujuk kembali kepada apa yang saya katakan sebelum ini mengenai memakai tudung dengan sedar, apa yang dimaksudkan di sini ialah kita faham serta menghayati tujuan pemakaian tudung. Islam itu indah dan sempurna. Setiap apa yang ditetapkan mempunyai sebab-sebab yang logik dan rasional dan bukan dengan tujuan yang sia-sia. Seperti pemakaian tudung juga, ia bertujuan untuk memelihara maruah dan keselamatan seseorang wanita daripada pandangan jahat serta gangguan manusia.
Allah Taala berfirman yang bermaksud: “Katakanlah kepada perempuan yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung hingga ke dadanya…” (an-Nur:31)
Berdasarkan firman Allah di atas, pemakaian tudung yang sempurna juga ada syarat-syaratnya iaitu kain tudung hendaklah labuh menutupi dada serta tidak menampakkan susuk tubuh dan ianya tidak jarang hingga boleh menampakkan rambut dan susuk leher.
Proses memakai tudung yang sempurna bagi seorang perempuan adalah sama seperti proses berhenti merokok bagi seorang lelaki. Ia memerlukan pengorbanan yang besar.Kita sering merasa tak berupaya melakukan sesuatu perubahan itu sekaligus dan berazam untuk melaksanakannya sedikit demi sedikit. Perubahan yang sedikit-sedikit itu memang baik tetapi sekiranya tidak disediakan program yang tersusun ke arah mencapai matlamat yang diingini, kita tidak akan mendapat hasil seperti yang diharapkan.
Bagi mereka yang sudah bertudung dengan sempurna pula, anda adalah imej kepada agama Islam. Oleh itu, jagalah akhlak Islamiyyah dan tunjukkan contoh serta peribadi yang mulia kepada orang lain. Akhir kata, the beauty of Islam will be reflected from the ‘beauty’ of the people.
PEREMPUAN YANG DISAYANGI
Adalah pencinta TuhanNya....
Yang mengalir cinta,takut dan harap...
Yang menguasai perjalanan penghidupannya...
Dari waktu ke waktu....
Dari hari ke hari....
Sehingga perjalanan di antara....
Jasad dan nyawanya berakhir......
PEREMPUAN YANG DIRINDUI.........
Adalah perempuan yang dimata dan wajahnya....
terpancar sinar Nur Ilahi...
Lidahnya basah dengan zikrullah...
Di sudut hati kecilnya.....
Sentiasa membesarkan Allah....
PEREMPUAN YANG DICINTAI...
Yang menutup auratnya....
Dari pandangan mata ajnabi...
Kehormatan dirinya menjadi mahal nilainya....
Di sanjung tinggi......
Penduduk langit dan bumi....
PEREMPUAN YANG DIIMPIKAN...
Adalah yang mendekatkan...
Hatinya yang telah jauh...
Kepada AR-Rahman,AR-Rahim...
Di saat orang lain dilamar kebendaan....
PEREMPUAN YANG DIKASIHI...
Yang bersyukur dengan apa yang ada...
Yang bersabar pada yang tiada....
Cinta pada hidup yang sederhana....
Yang tidak bermata benda.....
PEREMPUAN YANG DISUKAI...
Menjadi diam pada dirinya sendiri....
Menjadi pelita untuk putera-puterinya....
Yang bakal dilahirkan......
untuk menyambung perjuangannya di kemudian hari....
hari itu hari yang indah
hari itu hari yang cerah
mereka datang dengan harapan
membawa memegang satu impian
senyum suka gelak tawa
muka manis riang gembira
bersama teman rakan sahabat
ditempat baru mereka melihat
bermacam ragam bermacam rupa
si cakap banyak dan si senyap sahaja
ada di hujung tersenyum manja
ada pula bertutur mesra
badan kuat penuh semangat
minda ligat jiwa terhormat
memasang telinga mendengar cerita
membuka mulut meluah segalanya
pagi diisi ilmu di dada
petang berlari tak ingat dunia
di dalam hati penat tak terhingga
penat ditelan, kerna ingin berjaya
tidak dapat lagi menahan
cerita itu mengundang tangisan
di minda hanya ibu dan bapa
indahnya andai kukucup tangan mereka
gerakkan kepala, tangan dan kaki
jalan ke sana pusing ke sini
di atas pentas itu diajar caranya
di bawah pentas pula mengikut gembira
kulihat wajah-wajah sedih itu
datanglah kesini ingin ku katakan sesuatu
mereka mendengar penuh perhatian
menitis air mata, semuanya takkan ku lupakan
usai solat, kuih dijamah
walau sedih, inilah lumrah
tiap pertemuan, adanya perpisahan
gambar diabadi tanda kenangan
gelas itu mulanya tak berisi
akhirnya penuh, rasa puas hati
SMT TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA
kudoakan agar dikau berjaya:)
::fatimah zahrah, 17:40, jun 5, 2010::
"PSM mmg sgt memorable despite all the loops here and there..worth it the whole last week spent in uitm..one of psk that i would never forget..:)rndu same sume org y menjayakn psk 15 tuu..huahuahua..-_-.. "
-hannan nasharudin, fasilitator-
"basically PSM nie nampaklah teamwork sume orng...
especially BIRO2....as for me...saye dah nampak korang sume komited since before PSM start lg...sbb ade beberape meetng BIRO yg saye attend yg menampakkan korng pnyer hardwork...so good job guys...either FASI or BIRO&AJK.....
walaupun ade yg chaos ckit...normal lah kan...x de ape yg perfect....enhance drpd ape yg tlah berlaku....SO THANX GUYS...SAYE HAPPY...haha... "
-ainaa syazani, fasilitator-
"it is great...i've enj0y my self "
-ashraf idris,urusetia-
"semarak minda...??!!
hurm...pda sya ok ja...
best...cool n sya enjoy spanjang program...
member2 pown rmai yg ckap...kalu bley deorang nk kmbali ke msa tu blek... "
-wan wanie, peserta-
*maaf andai terlanjur kata tersilap bahasa, terima kasih kepada semua yang menjayakan Program Semarak Minda secara lansung mahupun tidak lansung. jasamu dikenang ^.~
*this is my third entry for ikram's activity, sorry i post it a bit late coz im finding a hard time editing the pictures. it is so heartbreaking seing ikramies who are not going to join us next semester. im sorry, this entry is a bit late, i shoul've post this earlier. sorry guys :(
*kepada ahli ikram yang akan meneruskan perjuangan ke peringkat lebih tinggi, praktikal, mahupun yang akan memasuki alam pekerjaan, selamat maju jaya saya ucapkan. terima kasih di atas segala ilmu dan tunjuk ajar. dan terima kasih kerana menyertai program ini, ini adalah satu pengalaman yang tidak akan penulis lupakan:) kudoakan yang terbaik untuk kalian. selamat maju jaya ^.~