Assalamualaikum w.b.tYa Allah! Mungkin terlalu lama sudah terbengkalai blog IKRAM. Blog sememangnya mempunyai masalah terutama dari segi penstoran gambar. Pihak Editorial ingin memohon kemaafan kepada ahli-ahli IKRAM. Namun, kami mempunyai alternatif lain untuk memaparkan hampir ke semua gambar-gambar aktiviti yang dilakukan oleh IKRAM. Kesemua gambar-gambar itu dipaparkan di dalam IKRAM Friendster Profile
(Jutaan Terima Kasih kepada Nurul Amin ^^ )Mungkin blog IKRAM memerlukan lebih banyak perubahan. Setelah berfikir panjang, pihak editorial memutuskan untuk menyiarkan berita mengenai segala aktiviti yang dilakukan oleh IKRAM termasuklah beberapa keping gambar SAHAJA. Kami meminta maaf kerana hal yang sememangnya tidak boleh dielakkan.
Setakat ini, pihak editorial akan menumpukan pada fakta-fakta sejarah mengenai IKRAM. Buat masa ini, kami baru sahaja memaparkan tampuk kepimpinan sejak tertubuhnya IKRAM. Lebih banyak lagi yang akan dipaparkan.
Dari semasa ke semasa, kami akan memastikan blog ini sentiasa up to date! Kami menghargai semua usaha sama oleh ahli-ahli IKRAM dari generasi awal tampuk kepimpinan sehingga kini!
Academic excellence and self development centreYANG BENAR
Editor Blog
KEMBARA'09 SEDIM
2008_Sesi_02
ORIGINALLY by MrAwan
Assalamualaikum w.b.tAlhamdulillah setelah sedikit pengubahsuaian dan memikirkan banyak perkara untuk memperbaiki apa yang patut, akhirnya blog IKRAM keluar version yang kedua! Namun, setakat nie jika kita dapat lihat, masih lagi terdapat beberapa kekurangan di laman blog ini. Pihak editorial ingin memohon seribu kemaafan atas kelewatan kerja yang disebabkan masalah teknikal yang sering melanda (Aduh!). Akhir kata, berilah editor sedikit masa lagi untuk memperbetulkan kesalahan yang ada.
Academic excellence and self development centreYANG BENAR
Editor Blog
VISI
- Menjadi sebuah kelab yang unggul dan berjaya menghasilkan ramai ahli yang mampu memimpin diri sendiri, sahabat dan juga sebuah komuniti, malah berbakti kepada masyarakat
MISI
- Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi akademik dan kokurikulum
- Menyuntik keyakinan dalam diri setiap pelajar
- Melatih pelajar supaya mampu mengendalikan sesebuah organisasi
- Melahirkan individu yang mampu dipimpin dan memimpin
- Kesimpulannya, I.K.R.A.M ingin menghasilkan bakal graduan minda kelas pertama- individu yang berpengatahuan, berdaya saing, memiliki budaya, berprestasi tinggi dan mempunyai nilai moral yang utuh
- Untuk menghasilkan kelab dan pelajar yang cemerlang malah mampu membina diri dari segi akademik dan modal insan yang terpimpin serta mampu memimpin.
- Untuk menghasilkan satu unit kaunseling perantara pelajar yang mampu mendidik rakan sebaya terutamanya tentang persediaan diri dalam menghadapi atau membendung gejala-gelaja merbahaya dari segi sosial dengan mengerakkan aktiviti yang mampu memecahkan kitaran keganasan dan diskriminasi pada diri dan pandangan seseorang atau kelompok itu.
- Untuk membina satu kelompok yang mampu memberi khidmat masyarakat melalui bimbingan kaunseling dan akademik terutamanya kepada pelajar sekolah sejurus memegang kepercayaan sekolah sebagai pelajar (hasil) dari pusat pendidikan (UiTM) dengan khidmat yang diberi.
- Untuk menyeru generasi muda menjadi insan berketerampilan dan mempu mengendali sebarang urusan secara profesional, malah mampu berbakti kepada negara dan UiTM sendiri, juga menjaga imej sebagai rakyat/pelajar Malaysia yang proaktif dan produktif.
- Untuk memegang imej sebagai perantara melalui pergerakan mahasiswa sebagai salah satu unit aktiviti UiTM dengan masyarakat
- Untuk menjadi satu pendekatan atau altenatif UiTM dalam membina pelajar yang mampu menjadi produk pendidikan yang berwawasan, nilai kendiri yang tinggi malah mampu menjana serta memupuk
- Untuk Mengusahakan kerja-kerja bagi pelajar/remaja untuk melibatkan diri ke dalam aktiviti membina berbakti didalam hidup mereka dan dengan ini mereka dapat dihargai sebagai sumber tenaga, imaginasi dan semangat yang mampu berkembang didalam komuniti .
PSK 1
SM SAINS TUN SYED SHEIKH SHAHBUDIN
BUKIT MERTAJAM PULAU PINANG
100 Pelajar ||10 Pasang Fasilitator || 4 Urusetia
PSK 2
SM TUNKU SYED PUTRA
KANGAR, PERLIS
100 Pelajar ||12 Pasang Fasilitator || 5 Urusetia
PSK 3
SMK GUAR PERAHU
PERMATANG PAUH, PULAU PINANG
PSK 4
SM TEKNIK BALIK PULAU
PULAU PINANG
PSK 5
SM SUKAN MUTIARA IMPIAN
SIMPANG AMPAT, PULAU PINANG
PSK 6
SMK BATU 17
PADANG LUMAT, KEDAH
PSK 7
SRK & SMK RKT BERSIA
GRIK, PERAK
PSK 8
SMK GULAU
SIK, KEDAH
PSK 9
SMK PAYA KELADI
KEPALA BATAS, PULAU PINANG
PSK 10
PSK 11
PSK 12
PSK 13 [2-4/10/2009]
SMK AIR KUNING
KAMPAR,PERAK
PSK 14 []
SMK PINANG TUNGGAL
Sumber Maklumat : Shazwani bt Mohd Ismail
iKRAMIES 2007-09
FARIS B. SHAMSUDIN
TIMBALAN PENGARAH 1
'AYUNI NAZIHAH BT. AWALUDIN
TIMBALAN PENGARAH 2
KHADIJAH BT AZMAN
SETIAUSAHA
NUR DINAH BT. HANAFI
BENDAHARI 1
ASRAF B. SAZMEL
BENDAHARI 2
AINAA SYAZANI BT. ROSLI
KETUA FASILITATOR 1
MUHAMMAD SHAFIQ B. SA'AD
KETUA FASILITATOR 2
MOHAMAD FIRDAUS B. YUSOFF
EXCO MAJLIS DAN PROTOKOL
MUHAMMAD SHUKRY BIN KHALID
EXCO MULTIMEDIA DAN PUBLISITI
MOHAMAD SYARAFUDDIN B. ABU BAKAR
EXCO KEUSAHAWANAN
TUAN MOHAMMAD IZRAM B. TEH SOH
EXCO SUKAN DAN REKREASI
MUHAMMAD RAFIDI BIN ABD RAHMAN
EXCO KEBAJIKAN DAN KEROHANIAN
AHMAD KHUDHAIRI B. MANSOR
NABILAH BT. ABDUL WAHAB
EXCO TEKNIKAL DAN LOGISTIK
ROSLE B. AZIZAN
EXCO TUGAS-TUGAS KHAS
ALIA NABILA BT. ABD AZIZ
LATAR BELAKANG I.K.R.A.M adalah akronim bagi Ikatan Kasih Rumpun Anak-anak Melayu. Kelab ini telah diasaskan oleh para pelajar kejuruteraan semester tiga pada awal tahun 2003 di UiTM Pulau Pinang dengan tujuan membantu siswa-siswa dan siswi-siswi di UiTM serta para pelajar sekolah di sekitar Pulau Pinang dalam kaedah pembelajaran dan motivasi diri, secara sukarela. Para fasilitator dan tutor (tenaga pengajar) I.K.R.A.M adalah terdiri daripada pelajar-pelajar cemerlang di UiTM. Pada peringkat awal penubuhannya, kelab ini hanya terdiri daripada 10 orang pelajar semester 3. Dari satu semester ke semester berikutnya, berlaku peningkatan dalam jumlah pelajar dan tutornya sendiri. Kebanyakkan pelajar terdiri daripada pelajar Pra-Sains, semester 1 dan 2. Tutor yang membimbing para pelajar ini merupakan pelajar-pelajar yang cemerlang dan beroleh Anugerah Dekan. Sewaktu belajar di Kampus Permatang Pasir, kelas tuisyen I.K.R.A.M telah diadakan di Kolej Mutiara Pangsapuri Idaman dengan menggunakan 2 buah rumah kosong di blok siswa (4-G-6 dan 4-G-7). Pada usia setahun jagung itu, bantuan dan khidmat nasihat amat diperlukan bagi memantapkan lagi kelab ini. Oleh yang demikian, Tuan Haji Ismail Bin Sualman (Timbalan Pengarah Kampus HEP) dan Puan Sucitra Nair (Pensyarah) telah dilantik sebagai penasihat kelab ini. Setelah berpindah ke Kampus Bukit Mertajam, kelab ini menjadi lebih kukuh dan kelas-kelas tuisyen tetap diteruskan seperti semester-semester sebelumnya. Namun begitu, bagi menjalankan kelas-kelas tuisyen, bilik-bilik kuliah di Bangunan Perdana dan Bangunan Annex dijadikan kelas tuisyen. Kelab ini telah mendapat penasihat baru iaitu Puan Che Pauziah Bt. Haji Md. Lazim (Kaunselor UiTM) menggantikan Puan Sucitra Nair dan mengekalkan Tuan Haji Ismail Bin Sualman. Sepanjang penubuhan kelab ini, banyak aktiviti telah dirancang dan dalam perancangan. Kelab ini bukan sahaja terhad kepada kelas-kelas tuisyen tetapi juga membabitkan aktiviti-aktiviti pembangunan diri dan program-program motivasi. Majlis Tertinggi Kelab I.K.R.A.M telah dengan sedaya upaya berusaha menjayakan setiap aktiviti yang diadakan. Dengan motto kami:ACADEMIC EXCELLENCE AND SELF-DEVELOPMENT CENTRE diharapkan agar I.K.R.A.M akan diiktiraf sebagai sebuah pusat bertujuan mendidik dan mengembangkan potensi diri pelajar dengan berpegang kepada konsep bahawa Setiap insan adalah dilahirkan sebagai seorang juara Kewujudan I.K.R.A.M adalah tepat pada ketikanya dalam usaha melonjakkan nama UiTM Pulau Pinang sebagai World Class University. Sesungguhnya tiada yang lebih bermakna selain daripada melihat anak-anak bangsa sendiri benar-benar mampu untuk bangkit dan bersaing setaraf dengan bangsa-bangsa lain di seantero dunia. Dengan wujudnya konsep pelajar bantu pelajar yang diamalkan oleh kelab IKRAM akan menjadi satu budaya baru di UiTM Pulau Pinang dan memberi satu impak yang positif kepada perkembangan akademik dan sahsiah diri pelajar. Sumber i-CASE 07 / Kak Shaz