Jumlah Paparan Halaman

Sejarah Penubuhan IKRAM

LATAR BELAKANG I.K.R.A.M adalah akronim bagi Ikatan Kasih Rumpun Anak-anak Melayu. Kelab ini telah diasaskan oleh para pelajar kejuruteraan semester tiga pada awal tahun 2003 di UiTM Pulau Pinang dengan tujuan membantu siswa-siswa dan siswi-siswi di UiTM serta para pelajar sekolah di sekitar Pulau Pinang dalam kaedah pembelajaran dan motivasi diri, secara sukarela. Para fasilitator dan tutor (tenaga pengajar) I.K.R.A.M adalah terdiri daripada pelajar-pelajar cemerlang di UiTM. Pada peringkat awal penubuhannya, kelab ini hanya terdiri daripada 10 orang pelajar semester 3. Dari satu semester ke semester berikutnya, berlaku peningkatan dalam jumlah pelajar dan tutornya sendiri. Kebanyakkan pelajar terdiri daripada pelajar Pra-Sains, semester 1 dan 2. Tutor yang membimbing para pelajar ini merupakan pelajar-pelajar yang cemerlang dan beroleh Anugerah Dekan. Sewaktu belajar di Kampus Permatang Pasir, kelas tuisyen I.K.R.A.M telah diadakan di Kolej Mutiara Pangsapuri Idaman dengan menggunakan 2 buah rumah kosong di blok siswa (4-G-6 dan 4-G-7). Pada usia setahun jagung itu, bantuan dan khidmat nasihat amat diperlukan bagi memantapkan lagi kelab ini. Oleh yang demikian, Tuan Haji Ismail Bin Sualman (Timbalan Pengarah Kampus HEP) dan Puan Sucitra Nair (Pensyarah) telah dilantik sebagai penasihat kelab ini. Setelah berpindah ke Kampus Bukit Mertajam, kelab ini menjadi lebih kukuh dan kelas-kelas tuisyen tetap diteruskan seperti semester-semester sebelumnya. Namun begitu, bagi menjalankan kelas-kelas tuisyen, bilik-bilik kuliah di Bangunan Perdana dan Bangunan Annex dijadikan kelas tuisyen. Kelab ini telah mendapat penasihat baru iaitu Puan Che Pauziah Bt. Haji Md. Lazim (Kaunselor UiTM) menggantikan Puan Sucitra Nair dan mengekalkan Tuan Haji Ismail Bin Sualman. Sepanjang penubuhan kelab ini, banyak aktiviti telah dirancang dan dalam perancangan. Kelab ini bukan sahaja terhad kepada kelas-kelas tuisyen tetapi juga membabitkan aktiviti-aktiviti pembangunan diri dan program-program motivasi. Majlis Tertinggi Kelab I.K.R.A.M telah dengan sedaya upaya berusaha menjayakan setiap aktiviti yang diadakan. Dengan motto kami:ACADEMIC EXCELLENCE AND SELF-DEVELOPMENT CENTRE diharapkan agar I.K.R.A.M akan diiktiraf sebagai sebuah pusat bertujuan mendidik dan mengembangkan potensi diri pelajar dengan berpegang kepada konsep bahawa Setiap insan adalah dilahirkan sebagai seorang juara Kewujudan I.K.R.A.M adalah tepat pada ketikanya dalam usaha melonjakkan nama UiTM Pulau Pinang sebagai World Class University. Sesungguhnya tiada yang lebih bermakna selain daripada melihat anak-anak bangsa sendiri benar-benar mampu untuk bangkit dan bersaing setaraf dengan bangsa-bangsa lain di seantero dunia. Dengan wujudnya konsep pelajar bantu pelajar yang diamalkan oleh kelab IKRAM akan menjadi satu budaya baru di UiTM Pulau Pinang dan memberi satu impak yang positif kepada perkembangan akademik dan sahsiah diri pelajar. Sumber i-CASE 07 / Kak Shaz

Selasa, Ogos 26, 2008. KATEGORI . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

3 komen for �Sejarah Penubuhan IKRAM�

  1. i still remember those day...even it's already like 4 years ago..
    the days i get to know Ikram....the tuition class,camping @perlis...
    who is abg men,abd daus,kak syaz,kak nad,...etc etc..haha
    miszz dat day..
    seriusly miszz dat time that moment...
    the the new members of IKRAM...ganbante...keep on the glory of IKRAM...

  2. TAK SYG FAHMI SBB SALAH EJA NAME KAK.. HAHAHA.. TP STILL SYG FAHMI SBB TAK LUPE KAT IKRAM N BG SOKONGAN KAT JR2 KTE.. I NOE DAT IKRAM HAD CREATED ITS OWN LEGACY N WILL B REMEMBERED THRUOUT OUR LIFE.. LOVE U ALL SO MUCHHHH!!! MUAAAXXX!!

  3. jajan fahmi

    lalala...ala just misspelling je
    hehe

Ulasan baru tidak dibenarkan.

POST TERKINI

KOMEN TERKINI

MEDIA dan GALERI