Assalamualaikum WBT salam ikatan salam ukhwah
Dengan berkat usaha kurniaNYA, dan junjungan besar nabi Muhammad s.a.w. Program utama yang menjadi asas kepada laluan perkembangan kehidupan ahli telahpun berlalu sebagaimana mula ia berjalan.EASu berasa amat bangga dengan pelajar UiTMPP yang dapat hadirkan diri bersama kedalam program kelab IKRAM sesi temuduga dan sesi induksi.
Sabtu malam,pada 30/01/2010_ perjalanan perancangan berjalan dengan baik, boleh dikatakan pelajar yang ditemuduga hanyalah dalam lingkungan 30 pelajar, namun kesungguhan yang ditonjolkan oleh kedua-dua belah pihak ahli baru dan senior,secara tidak langsungnya menggambarkan kualiti pelajar yang hadir atas dasar tanggungjawab dan bukan sekadar suka-suka atau paksaan.EASu sangat teruja dengan atmosfera ini setiap kali ia berlangsung, dalam sekian semester EASu bersama dengan Kelab IKRAM, memang sukar dinafikan akan kemampuan pelajar UiTM atau ahli kelab, dapat beroperasi dengan berpakaian kemas malah mengikuti tata tertib seorang yang profesional,satu kehebatan walau dihari minggu,yang kebiasaannya menjadi ruangan untuk di isi dengan aktiviti harian mereka, lebih-lebih lagi waktu malam yang menjadi waktu utama kita sendiri nikmati sebagai hari yang berkualiti untuk berehat.
kemudian hari ahad 31/01/2010 esoknya disambung dengan induksi yang skopnya bertujuan untuk mencungkil keibawaan,kekuatan emosi dan kemahiran bagi memupuk kualiti ahli, sepertimana corak yang dilukis pada kain batik dari garisan, begitulah ia akan diwarnakan bagi menceritakan isi sebenar kehidupan kita, dalam persediaan... sehinggalah dalam penilaian kualitinya .... kelab ini hanya menyediakan modul dan perlaksanaannya sahaja,suka atau tidak... kesan dan kualitinya nanti, ahli yang melaluinyalah akan menilai setiap elemen yang ingin disampaikan itu, bukan mudah bagi kita sendiri yang baru mengenali sesuatu perkara, kebiasaannya ia akan menjadi sekadar jalan untuk dilalui dan bukan tempat untuk diterokai lagi dalamnya...Maksud EASu disini adalah, cuba kita lihat pada diri kita sendiri akan nilai yang ALLAH sampaikan pada solat, adakah solat itu sekadar bercerita kamu perlu solat dengan pergerakan,membaca ayat serta doa semata-mata? adakah kita sekadar menunaikan solat, dan langsung tidak bertanya akan isi tersiratnya? ayuh kita "terokai lagi dalamnya"... pergerakan solat adalah "usaha untuk mencapai-NYA"... dan doa yang diakhir pula mengambarkan "berserahnya" kita pada ALLAH. begitulah aplikasi pada kita... adakah kita yang menemuduga,ditemuduga,yang melalui induksi dan melaksakan program ini nampak akan nilai sebenar? cubalah "duduk disatu sisi" dimana kita menggunakan masa untuk berfikir akan nilainya pada kita."PENGALAMAN TIDAK BOLEH DICIPTA,TETAPI PERLU DILALUI", tetapi... janganlah pula ia sekadar pengalaman,kerana jika pengalaman yang anda kejar,maka pengalamanlah yang anda dapat.
Kita tidak diciptakan melain hanyalah kerana untuk berbakti serta taat kepadaNYA,walau dari pandangan kasarnya, program yang dilancarkan dalah seperti hanya untuk menambah baikkan kualiti kehidupan sebagai pelajar yang belajar ilmu pelajaran diikuti dikampus, malah terapkanlah belajar untuk menghayati agama dalam mencari nyata kehidupan kekal abadi,...sebagai hamba disisi-NYA,
Academic excellence and self development centre
Yang Benar
EASu
Harap maaf semua. Terdapat sedikit pemebetulan mengenai tarikh (Ralat Notis salah tulis!)
[ INTERVIEW ]
Tarikh: 30/01/2010
Hari: SABTU <--------
Masa: 8.00 pm <--------
[ INDUKSI ]
Tarikh: 31/01/2010
Hari: AHAD <--------
Mas: 8.00 am <--------
Pihak editorial meminta maaf atas segala kesulitan yang berlaku pada notis ini.
untuk semester ini, Easu bagi pihak departmen publisiti, dalam usaha kemuncak pelaksanaan majalah, minta maaf [sekali lagi] atas kelewatan penerbitan, namun usaha yang dianjak lagi ini adalah bagi memberi keputusan hasil yang memuaskan.
Dengan harapan, ahli-ahli kelab yang berminat untuk menaburkan permata-permata tinta karyanya, sangatlah dialu-lukan. moga hasil majalah nanti boleh sampai targetnya
tambahan untuk Kelas multimedia kali ini, telahpun menyentuh bahagian video maker menggunakan Sony Vegas 5 @ 8
info kelas seperti berikut
||minggu pertama||
Adobe Photoshop cs.
analogi / basis layer dan tool / konsep asas
||minggu kedua||
Adobe Photoshop cs.
brush advance 2 / layer effect
Sony Vegas 5 @ 8
layer audio & video / konsep[fading,looping,region...] / save dan render
||Minggu ketiga||
Adobe Photoshop cs.
tips dan advance idea concept
Sony Vegas 5 @ 8
-text / konsep moving
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
gang projek majalah
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Editorial/Easu,Utea,KN
S.u.s.u/Dina
Kewangan/Asraf
Juru Foto/Cha-ol + Bujang sepah team
Penapisan dan pengumpulan bahan/Ayuni, Cik Nab, KakShaz, Tim0n, Hannan, Mufidah
Responsi/Pa-an
Design/Ikram senyum-sokmore design
Academic excellence and self development centre
YANG BENAR
EASu
Bismillahirrahmanirrahim…….
‘SIAPKAN DIRI SEBELUM MELANGKAH’ adalah sebuah tajuk seminar yang telah diadakan pada 16.1.2010, hari sabtu yang lepas. Tajuk seminar ini telah dinamakan oleh seorang sahabat yang bernama Ahmad Sayuti bin Yahya. Sebelum saya mencoret dengan lebih jauh, izinkan saya menganalogikan tajuk seminar ini. Siapkan diri sebelum melangkah tidak ubah seperti seorang tentera yang ingin ke medan perang. Persiapannya sebelum menghadapi tentangan musuh seperti persiapan fizikal, mental dan rohani amatlah dituntut disamping peralatan perang canggih. Sebagai seorang mahasiswa yang beriman, persiapan fizikal, mental dan rohani khususnya haruslah diberi penekanan yang serius untuk mengharungi badai yang menggila di akhir zaman ini.
Seminar ini sebenarnya telah diilhamkan oleh seorang sahabat karib yang kini sedang berjuang di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI). Katanya penanagan Dr. Danial Zainal Abidin dalam memberi ceramah sungguh mantap. Lantas nama Dr. Danial bermain – main di fikiran sebelum terbelinya sebuah buku beliau ‘Tip – tip Cemerlang Daripada Al – Quran’. Didalam penulisannya terselit seribu satu hikmah membuatkan diri ini tidak sabar menunggu bila saatnya beliau melontarkan kata –kata hikmahnya itu. Tidak lama selepas itu, seorang muslimah menyatakan bahawa ukhuwahnya bersama isteri Dr. Danial tidak kurang hebatnya. Lantas tanpa berfikir panjang nombor telefon bimbitnya diambil dan pertemuan pertama dirancang. Alhamdillah, detik dan ketika telah ditetapkan, lafaz janji dijadi cagaran dan tanggal 16 Januari menjadi pertaruhan.
“Setiap perjuangan pasti ada halangan”. Begitu juga dengan seminar ini, pada mulanya tampak lancar tanpa masalah. Hanya beberapa hari sebelum seminar ini dijalankan kelihatan ada yang bersuara….“STUDENT TAK DAPAT HADIR”. Alangkah gusarnya hati ini apabila ada yang menyatakan bahawa mahasiswa di kolej Zamrud dan mahasiswa semester 2 tidak dapat menghadirkan diri dek kerana gotong – royong dan PPKP(Program Pembangunan dan Kepimpi nan Pelajar). Harapan kini hanya tinggal kepada siswi – siswi kolej Baiduri, mahasiswa kolej Mutiara dan NR(non resident). Rata – rata semua ahli IKRAM risau mengenai kehadiran ‘student’ yang sedikit.
Pada hari seminar ini dijalankan, seperti biasa kaum hawa memopoli dewan seminar. Fikiran mencari alasan, katanya kuantiti tidak menjamin kualiti. Alhamdulillah, walaupun kehadiran pelajar tidak dapat memenuhi dewan seminar tetapi kehadiran senior – senior IKRAM, pensyarah dan staff menjadi penyelamat. Didalam seminar ini pelbagai perkara telah dikupas, dikaji dan diselidiki bagi mencari yang mana haq dan yang mana batil untuk dijadikan panduan hidup.
ISLAM adalah formula yang digunakan oleh penceramah untuk meleraikan segala simpulan yang dulunya tersimpul mati di benak setiap mahasiswa. ‘I’ mewakili ilmu, ‘S’ mewakili sikap, ‘L’ mewakili ledak, ‘A’ mewakili agama dan ‘M’ mewakili mahir. Rasanya tidak perlulah dihuraikan kerana huraian yang telah dibuat oleh penceramah sudah cukup mantap dan masih segar dalam ingatan, insyaAllah. Sebagai seorang mahasiswa khususnya, formula ISLAM ini hendaklah diaplikasikan dalam kehidupan harian kerana ia membentuk keperibadian yang unggul bagi seseorang muslim itu sendiri. Jawapan telah jelas di depan mata, cuma menuggu masa untuk mengutipnya. Sabda Rasulullah bermaksud : “ manusia yang paling teruk diazab pada hari kiamat ialah orang yang berilmu tetapi tidak memanfaatkan ilmunya”. Adakah kita telah beramal dengan formula ini? Soalan yang tidak memerlukan jawapan. Tepuk dada, tanyalah iman.
Akhir sekali izinkan saya mngucapkan jutaan terima kasih kepada meraka yang bermati – matian membantu menjayakan program seminar ini, semoga Dia membayar keringat kalian dengan hadiah tak terlihat dimata dan tak terbayang di fikiran iaitu rahmat-Nya di dunia dan di akhirat. Semoga seminar ini menjadi ‘turning point’ untuk kita supaya berubah menjadi terbaik dikalangan yang terbaik dan seterusnya mengembalikan tamadun islam yang lenyap ditelan zaman. Ampun dan maaf dipinta andai ada kekhilafan, itulah manusia tidak dapat lari dari kesilapan. Yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk adalah kurnian Allah kepada hambanya yang dhaif ini.
Wassalam ………
Academic excellence and self development center
YANG BENAR
Saudara Faris
Melalui
EASu