Jumlah Paparan Halaman

Arkib Blog

|| KEINDAHAN LALUAN di SMK Dato Hj Taib || Program motivasi jemputan

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.


Terima kasih saya ucapkan kepada anda yang setia mengikuti perkembangan I.K.R.A.M.



Sedar ataupun tidak, bulan pertama untuk semester ini telah pun berlalu. Alhamdulillah, dengan bantuan dariNya, persatuan I.K.R.A.M sekali lagi berjaya menyempurnakan sebuah program yang mampu membangunkan anak bangsa Melayu. Lebih membanggakan, untuk program ini, para peserta bukan sahaja terdiri daripada kalangan bangsa Melayu, tetapi bangsa Cina dan India juga turut terlibat. Pada 5 hingga 7 Februari lalu, berlokasi di Chemor, Perak, 1001 kenangan telah terpaut dihati melalui program motivasi jemputan SMK Dato Hj Mohd Taib :)
SMK Dato Hj Mohd Taib... Saya masih ingat saat pertama saya memandang sekolah ini dari tingkap bas yang dipenuhi fasilitator-fasilitator program. Pada saat itu, saya terpandang pagar sekolah mereka. Tergantungnya sebuah banner yang menyatakan bahawa sekolah tersebut telah memenangi tempat pertama dalam pertandingan mural peringkat kebangsaan, saya ulangi, peringkat KEBANGSAAN. Satu pencapaian yang sukar dikecapi namun kejayaan berjaya dijunjung oleh mereka. Siapa kata sekolah luar bandar tidak mampu berjaya? Kejayaan SMK Dato Hj Mohd Taib ini sedikit sebanyak dapat mencerminkan kualiti yang ada dalam diri setiap pelajar mereka.



Selama tiga hari dua malam di sekolah ini, segala pengalaman, cabaran, dugaan, kegembiraan, keseronokan dan pelbagai perasaan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata dilalui oleh para urusetia, fasilitator mahupun pihak peserta sendiri. Saya mampu katakan andai program ini merupakan salah satu Program Semarak/Simfoni Kasih (PSK), inilah PSK terbaik yang pernah dijayakan oleh pihak I.K.R.A.M kerana kami bukan sahaja memberi malah kami menerima. Banyak yang kami pelajari dari pengalaman mengendalikan program motivasi jemputan ini. Terima kasih SMK Dato Hj Mohd Taib.


Pujian juga harus diberikan kepada para urusetia serta fasilitator program yang telah bertukus lumus dalam memastikan kejayaan program ini. Cabaran dan dugaan yang dihadapi berjaya diharungi bersama. Cabaran inilah yang membantu kita untuk mematangkan diri. Sesungguhnya pengalaman itu tidak dapat mengajar seseorang sekiranya tidak dilaluinya sendiri. Saya juga bangga dengan kesungguhan yang ditonjolkan oleh pihak urusetia dan fasilitator dalam memastikan program ini berjaya sekaligus membantu untuk meningkatkan jati diri para peserta iaitu para pengawas atau pemimpin SMK Dato Hj Mohd Taib. Sesungguhnya, ikatanlah yang menguatkan kita, tanpa ikatan dan kepercayaan serta semangat kerjasama tidak mungkin sesuatu kerja dapat dilaksanakan dengan jayanya.



Saya masih teringat senyuman manis yang dilemparkan oleh para pemimpin SMK Dato Haji Mohd Taib pada hari terakhir kami disana. Walaupun masa kami disana sangat singkat, senyuman, pelukan dan ciuman yang mereka berikan kepada kami menggambarkan perasaan cinta dan sayang mereka kepada urusetia dan fasilitator I.K.R.A.M. Pada saat-saat akhir kami disana, kami semua bersama-sama melakukan 'salam semut'. Semua peserta yang terdiri daripada kaum Melayu, India dan Cina bersalaman dengan para urusetia, fasilitator, pelajar tingkatan enam serta para guru dengan perasaan yang penuh sebak. Wajah girang dicampur dengan tangisan selamat tinggal memenuhi atmosfera dewan SMK Dato Hj Mohd Taib. Disini juga saya dapat merasakan semangat satu bangsa, satu Malaysia yang ditonjolkan oleh para pemimpin SMK Dato Hj Mohd Taib. Tidak ada seorangpun pelajar Cina atau India yang menolak 'salam semut' saya walaupun ini bukanlah adat kebiasaan yang mereka amalkan dalam kehidupan seharian mereka. Sejujurnya, saya kagum dengan sifat keterbukaan mereka. Tahniah para pemimpin SMK Dato Hj Mohd Taib kerana manyahut cabaran perdana menteri kita dalam merealisasikan impian 1 MALAYSIA.



Tengah harinya, sebelum kami berangkat ke UiTM Pulau Pinang, Cikgu Mariam, guru disiplin SMK Dato Hj Mohd Taib telah menghidangkan kami nasi ayam briyani dan sate kajang di restoran suaminya sebagai tanda terima kasih beliau kepada kami kerana telah menjayakan program untuk anak-anak didiknya. Makanan yang dihidangkan tersangatlah enak dan menyelerakan. Terima kasih Cikgu Mariam, kerana menjamu kami dengan hidangan yang sangat enak. Saya pasti akan berkunjung ke sana semula suatu hari nanti.



Saya berharap agar program ini mampu mengubah para pengawas SMK Dato Haji Taib untuk menjadi seorang pemimpin yang kuat dan mampu mengharungi setiap rintangan yang tiba. Kata orang, perubahan tidak akan terhasil dengan perkataan, perubahan itu terhasil dengan perbuatan. Para pemimpin SMK Dato Haji Taib, semoga anda semua mampu menjadi pemimpin yang berjaya pada hari ini di masa hadapan.



Akhir kata, pengalaman adalah guru terbaik bagi seorang manusia. Jadikan pengalaman kita hari ini sebagai sumber rujukan di masa hadapan.
Para guru berpuas hati,

Para pelajar mahu kita datang lagi.



Syabas para urusetia dan fasilitator program motivasi jemputan SMK Dato Haji Taib!



Semoga berjumpa lagi dalam program-program I.K.R.A.M yang akan datang.



Yang Benar,

.the typewriter.

Rabu, Februari 10, 2010. KATEGORI . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

14 komen for �|| KEINDAHAN LALUAN di SMK Dato Hj Taib || Program motivasi jemputan�

  1. pjgnye cam karangan~
    dengar cerite awe akan letak gambar2 mnarik dalam post ni~ kan kan kan??
    thehehe~

  2. Tanpa Nama

    ikram ni bgus lar...jga bdak2 melayu...
    hidup melayu...

  3. Tanpa Nama

    kalau kita generasi muda x jaga melayu yg skang ni, ke mana lar agaknya melayu ini di masa hadapan kan?

  4. Tanpa Nama

    mesti x tido nak wat karangan ni kan..

  5. melayu x bawak kemana. kenali intipati yang sebenarnya, walau kelab ini nampaknya nama MELAYU, namun ia lebih dari itu. kan

  6. Haha, cik Timon:. sabar ya, awe akan melalui test khamis ni, nanti awe masukkan gamba2, kepada anonymous:. sonok ke pakai name tu?"anonymous"
    kpd Melihat:. pandai kamu melihat, mungkin hanya saya y menyokong kamu...

  7. HAA SUDAHH.. TYPEWRITER LA LAK.. TERBAEEK LA KARANGAN MESIN TAIP NII.. DGN PENUH AYT SKEMA NYE, NK TGLAK PON ADA.. TP INSTITUSI BAHASA MELAYU SMA SKALI TELAH DIMARTABATKAN MELALUI PENULISAN YG PENUH DGN STRUKTUR ATUR YG BERFORMATKAN SPM. TRIMA KASIH MESIN TAIP!!

    TERIMA KASIH URUSETIA -->
    SGUP MENGHARUNGI PENAT JERIH MENGURUSKAN PROG NI

    TERIMA KASIH FASILITATOR -->
    SUDI MBIMBING ANK2 BUAH ANDA DPD PELBAGAI LAPISAN MASY.

    TERIMA KASIH CIKGU -->
    KEPERCAYAAN YG DIBERIKAN KPD IKRAM UTK MELAKSANAKAN PROG UTK PENGAWAS SMKDHMT.

    TERIMA KASIH PRA-U -->
    BERSEDIA BERKHIDMAT BERSAMA2 KAMI DLM MJAYAKAN PROG INI.

    TERIMA KASIH PENGAWAS SMKDHMT -->
    MENERIMA KAMI SEADANYA, MENERIMA PERUBAHAN YG KAMI BAWA, MENERIMA KAMI SEIKHLAS ATY.

    SEMOGA IKRAM AKN LEBIH BJAYA & MELEBARKAN LG SAYAP DGN PENCAPAIAN YG BERMULA D SINI.. INSYA'ALLAH..

  8. timon

    pictures: like <3

    arigatok mr cloud ^ ^

  9. Tanpa Nama

    aq suke gamba die...hahahahaha

  10. Tanpa Nama

    sy bekas pelajar smk dato haji mahd taib.. miss all of u...

  11. Tanpa Nama

    smk dato haji mohd taib pasti akan gemilang satu saat kelak.......

  12. abg awe?
    saya syalwana salah seorang pelajar smk dato haji mohd taib...
    dan salah seorang pengawas sekolah semasa pihak ikram datang ke sekolah saya..
    fasi saye sewaktu itu..kak aina dan abg is...
    dan sekarang saya kini telah masuk ke kelab ikram di uitm pp...\saya tak sangka yang saya akan dapat masuk ke kelab tersebut seperti yang saya telah jnjii pada kak aina...
    alhamdulillah matlamat sampai...
    kini salah seorang ahli ikram di uitm penang...
    terharu wana bilew membaca post tersebut...
    thanks abg awe...
    semoge kite dapat berjumpe...
    wana baru berjumpa dengan k.dila, abg faris, abg iman dan abg is...kak aina wana tak kesempatan lagi berjumpa...
    wana sayang ikram...
    memang terbaik...
    kalau boleh wana mahu patah kembali masa tuk mgimbas kembali program di sekolah wana tersebut...
    wana mngundur diri dulu...
    kin di uitm pP...dan ahli ikram...
    wsalam

  13. wahahahaha- da jumnpa masa datang penang lepas, Alhamdulillah - moga dapat teruskan perjuangan kita ini, TQ n nice to meet u again

Leave comment

POST TERKINI

KOMEN TERKINI

MEDIA dan GALERI