Bismillahirahmanirahim. Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah, kita sudah masuk fasa FEBRUARI :) Banyak aktiviti2 menarik yang telah IKRAMIES anjurkan sepanjang JANUARI. Di sini, saya akan ceritakan kepada anda2 yg 'ter-lepas' peluang untuk menyertai program2 bulan lepas. Aiyaaa, mesti lu olang lasa lugi punya maaa ^^
1) PERKASA MODULProgram baru semester ini. Dianjurkan bagi memantapkan modul2 IKRAM secara tidak lansung melatih fasilitator-fasilitator baru demi mengasah serta menajamkan bakat yang sedia ada. Fuh ayat bombastik ^^' Sebagai program baru, saya lihat banyak kebaikan dalam program ini. Ahli IKRAM bukan sahaja dapat menimba ilmu fasilitator malah ketua fasilitator juga dapat menajamkan skill yang ada. Bukan sahaja mampu mengeratkan silaturahim malah dapat memperbaharui modul2 yang sedia ada. Ceh, terasa macam ulang balik ayat bombastik tadi tapi dalam bentuk skema =='
Kalau department multimedia ada buat kelas bagi mengajar perkara2 yang berkaitan dengan multimedia, bagi saya perkasa modul pula adalah kelas fasilitator yang diajar untuk perkara2 yang berkaitan dengan fasilitator. Yang penting, kedua-dua kelas diatas punyai satu persamaan. Iaitu: FREE! Hahaha : DDD Jadi kepada IKRAMIES yang mendaftar sebagai ahli IKRAM, jika anda tidak mengambil peluang yang ada, anda akan.. menyesal... cewah. So next class don't feel malu-malu to come-lah yea : )
[maaf, broken English ter-sengaja digunakan. sila jangan terpengaruh. hehe]
Yang best-nya perkasa modul bulan lepas, ada beberapa ahli alumni yang datang demi memberikan sokongan padu kepada kami. All the way from Shah Alam howkeyh! Terharunya kami.. Tsk ; ) Thank you Kak Atiqah Sa'ahiry, Kak Dila, Kak Hanan Tokey Tayar : ) Tak lupa juga seorang jejaka ganu, mantan ketua fasilitator Encik Kamarul Abadi. Oke ni lagi terharu, datang jauh dari Terengganu Come Sokmo, siap join exkep pada hari Selasa dan Rabu. Siapa boleh lawan? Tabik sprrring pada Encik Kam Kam. Clap3. *tepuktepukramai2* Ikatan yang ada, memang takkan mungkin terhapus : ) Tsk, terharu sangat nih ; )
2) INDUKSISaya akui INDUKSI sem ini tak seramai yang lepas. Mungkin kerana tarikh yang bertindih dengan hari cuti, mungkin juga ketika itu banyak organisasi2 di UiTMPP menganjurkan banyak aktiviti [pelajar UiTMPP memang aktif! Hah hah hah : DDD] Tapi kuantiti tak menjaminkan apa2. Apa guna yang datang INDUKSI ramai, penuh satu dewan hotel tapi bila berprogram tak ada orang? Jujur saya katakan walaupun kuantiti sedikit, ahli yang datang ketika itu punyai banyak potensi yang boleh diketengahkan. Tidak kekok bercakap dikhalayak ramai serta mampu memberi respon yang bagus apabila disoal ; ) Diharap semua ahli yang menyertai INDUKSI akan kekal menyertai program-program IKRAM akan datang sampai ke tahap jika-berada-di-ShahAlam-mahupun-Dungun-sanggup-turun-padang. : )
Rasa terharu kak tika, kak dila, kak hannan, dan encik kam yang sanggup datang ke PERKASA MODUL tak habis lagi, rupanya ada lagi ALUMNI IKRAM yang turun padang untuk INDUKSI pula. Tskk ; ) Mereka adalah Sifu Awe Awana dan juga Kak Chaol Yayaya : ) Sifu Awe jaooooohhh dari Selangor serta Kak Chaol yang baru habis minggu orentasi di UTP, Sri Iskandar, Perak. (Kak Chaol slim! Kena torture time orentasi punya pasal. Harhar : DD ) Terharu sangaaaatt laaaaaa :')
Siswa yang kacak bergaya Siswi yang sopan lagi ayu ; )
Majlis Tertinggi & Exco IKRAM yang baru. howyeah : ) Sakinah.. Jangan pandang kamera la, ni candid, arasoh?
MC & Ketua Fasilitator
Cibbiq, Kak Dila, Iqin Miss Bebel : ) 3) PSK 17 - SMK DATO' ONNOke, honestly saya tak mampu ulas tentang pengalaman saya di SMK Dato' Onn. Tak mampu nak ucap dengan kata2. Tak mampu nak dibicarakan dengan ayat. Namun yang pasti pengalaman saya ketika cuti Raya Cina di SMK Dato' Onn memang maneeeeesss sangat ; )
Tak rugi saya balik cuti sem lewat demi SMK Dato' Onn ^^
Sejujurnya saya suka berada di PSK 17. Ini ialah pengalaman ke-empat saya menyertai PSK, dan dalam semua PSK yang telah saya sertai, pengurusan masa bagi PSK 17 adalah yang terbaik. So tahniah kepada biro protokol PSK 17. Cuma saya dengar ketua fasilitator merungut ramai sangat yang mengingatkan dia tentang masa. (ramai ni uru & fasi) Hahaha~ 'Abang' Is jangan marah, semua orang nak pastikan program berjalan dengan lancar~ Oki?
Perkara kedua yang saya suka ialah semangat pelajar2 SMK Dato' Onn. Jujur, saya tak suka nyanyi lagu Demi Matahari(+tariannya). Tapi di sekolah ini, dek kerana semangat pelajar2nya yang tinggi ketika menyanyikan lagu ini, saya dah suka nyanyi lagu Demi Matahari.. + tarian. Cewah. Hehehe : DDD Pelajar2 SMK Dato' Onn memang bersemangat, malah mereka merupakan sumber inspirasi saya di sana. Rasa penat pun tak sangat lah untuk PSK 17 ni : )
Perkara ketiga, semua makanan sedap dan makcik DM tak kedekut bagi limau FREE : ) Hehehe~ Paling best : D
Semoga pelajar2 SMK Dato' Onn meneruskan kecemerlangan bukan sahaja didunia, malah di akhirat sana, insyaAllah : )
********
Jadi, sekian sahaja laporan saya untuk aktiviti2 bulan Januari : )
Minggu ni ada Program Perkasa Pelajar 1 di SM Sains Kepala Batas. Jadi semoga maju jaya kepada team kali ini... Budak2 part 3 dan part 4 jangan gatal2 nak pergi yea.. Kita ada PPKP : ) Eheh heh heh : )
Segala kesilapan tatabahasa mahupun penyusunan ayat harap dimaafi.
Marilah banyakkan berdoa dan berselawat kepada junjungan Nabi kita Nabi Muhammad S.A.W. Selamat menyambut Maulidur Rasul kepada semua : )
Sekian,
Wassalam.