Evolusi dan elemen permainan video


Elemen warna adalah satu perkara, tetapi bagaimanapula elemen penyampaian? Elemen yang tersirat kepada yang tersurat terpapar pada layar skrin(warna), secara terusnya diperkatakan, bahawa nilai pembawakan murni makin luntur dan tidak menjadi pilihan utama pembawakan permainan video tersebut, teknologi semakin tinggi dan berselindung pula sentuhan halus yang berbisa, ia dipanggil zon mabuk teknologi, John Naisbitt(2001)dari buku berjudul High tech high touch: technology and our accelerated search for meaning. Satu gejala masa kini dimana kita dikaburkan dengan sesuatu yang batil dari yang haq, sentuhan maya seolah-olahnya benar malah menghasilkan sesuatu konsep keganasan seolah-olah normal, menjadi makanan pemikiran harian malah digodam hingga melanggar fitrah manusia, hasil karangan falsafah oleh Jostein Gaarder iaitu Dunia Sophie, ada menyentuh yang fitrah manusia bererti kebolehan manusia untuk memahami apa yang benar dan apa yang salah, dan tiap-tiap orang yang mempunyai kebolehan ini sebagai manusia sejati atau semulajadi (innate),
disini juga kita boleh tekankan dimana nilai murni menjadi satu elemen fitrah yang dinyah oleh pemikiran kita, sebagai contoh seorang yang menaiki kenderaan mengejar masa untuk sampai cepat ke destinasinya, masa kelihatan sangat bernilai pada mata pandangan, namun mata pandangan yang melihat alam semula jadi menjadi paparan semata-mata. Ini adalah kesan dari revolusi elemen paparan permainan video,ia adalah perubahan sosial dan kebudayaan yang berlangsung secara cepat dan bersangkutan dengan dasar atau akar umbi kehidupan masyarakat. Ia juga mampu mengubah sendi-sendi kehidupan masyarakat, seperti sistem kekeluargaan dan hubungan antara manusia,

Cara permainan yang lebih mencabar dan dapat meningkatkan lagi daya kreativiti pemikiran para pemain, sejauh manakah ia menjadi satu kebenaran? walaugaimanupun permainan video
telah memberikan impak buruk apabila ketagihan yang menyebabkan para pemain berada dalam keadaan leka yang menyebabkan berlaku masalah obesiti. kemerosotan akademik, denyutan nadi menjadi lemah, sakit jantung dan juga lain-lain kecacatan mata seperti rabun jauh dan rabun dekat di peringkat kanak-kanak adakah releven mencadangkan permainan berasaskan video perlu menjadi medium peningkatan daya pemikiran otak sedangkan ada permainan yang tidak berasaskan video seperti catur, scrabble, sudoku, puzzle atau bersukan dan riadah bagi mengurangkan simtom yang tidak sehat. Kesan positifnya juga ada, seperti member rasa rileks dan mengendurkan urat saraf dari kesibukan rutin harian yang memenatkan, melatih kemampuan untuk memusatkan perhatian dan focus pemain malah melatih kemampuan utuk melatih konsep analisa.
Didalam penulisan ini, ada wajarnya kita sama-sama menerokai dunia permainan video masa kini, adakah ia releven dan bertepatan dengan nilai-nilai kemanusiaan, jika tidak, apakah pula tindakah yang harus diambil? dalam masa yang sama ia telahpun menjadi lumrah hidup songsang yang berjaya diterapkan, elemen apakah yang mampu menarik minat pemain ke arah kembali kepada manusia normal.
surat Al-Rum 30:30
Manusia berjalan dengan kakinya adalah fitrah jasadnya, sebagai kesimpulan,
gembira apabila mendapat sesuatu yang baik, sedih apabila berlaku sesuatu keburukan
Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepadaagama (Allah); (tetaplah atas) fitrah Allah yangtelah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidakada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yanglurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui,
Manusia berjalan dengan kakinya adalah fitrah jasadnya, sebagai kesimpulan,
gembira apabila mendapat sesuatu yang baik, sedih apabila berlaku sesuatu keburukan

buat game berunsurkan islamik!!! (sape yang mampu silalah buat)
Bukan awe dah buat satu ke dulu
haha, serahkan pada yang pakar, orang y xpakar ngah cari duit skang... kih kih kih