Jumlah Paparan Halaman

GEMPAR!!! – Top Up Handphone Kena Bayar Cukai Mulai 15 Sept

GEMPAR!!! - Top Up Handphone Kena Bayar Cukai Mula 15 Sept


    September 8, 2011
KUALA LUMPUR – Pembelian tambah nilai prabayar dan permulaan prabayar/pek SIM bagi semua syarikat telekomunikasi akan dikenakan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus, berkuat kuasa 15 Sept.
Pelanggan prabayar akan dimaklumkan melalui SMS bermula tengah hari ini mengenai cukai perkhidmatan itu, demikian menurut industri syarikat telekomunikasi Malaysia dalam kenyataan bersama di sini hari ini.
Para pelanggan juga boleh merujuk kepada laman web syarikat telekomunikasi masing-masing untuk maklumat atau menghubungi pusat perkhidmatan pelanggan sekiranya mereka mempunyai pertanyaan lanjut.
Syarikat telekomunikasi itu berkata cukai perkhidmatan merupakan cukai penggunaan dan boleh dikenakan kepada pelanggan sebagaimana yang disediakan dalam perundangan cukai perkhidmatan.
Akta Cukai Perkhidmatan 1975 memerlukan syarikat telekomunikasi mengenakan levi cukai perkhidmatan pada kadar tertentu terhadap perkhidmatan telekomunikasi, termasuk perkhidmatan prabayar mudah alih.
Ini sama seperti cukai perkhidmatan yang dilevi terhadap pembelian makanan dan minuman daripada restoran dan hotel.
Cukai perkhidmatan terhadap prabayar bukan baru kerana syarikat telekomunikasi telah menyerapnya bagi perkhidmatan prabayar mudah alih sejak pengenalan pada 1998.
Langkah yang diambil adalah bagi memastikan perkhidmatan prabayar mudah alih kekal kompetitif berbanding pasca bayar, memandangkan kadar prabayar tinggi bagi panggilan dan SMS pada permulaan.
Dengan kadar prabayar berkurangan sejak bertahun, ia kini ditawarkan pada kadar yang amat kompetitif.
“Dengan cukai perkhidmatan enam peratus terhadap perkhidmatan prabayar, seorang pelanggan yang membeli tambah nilai RM10 perlu membayar RM10.60, dengan
60 sen sebagai cukai perkhidmatan,” kata kenyataan itu. — BERNAMA

Rujukan
 http://mynewshub.my/2011/09/08/gempar-top-up-handphone-kena-bayar-cukai-mulai-15-sept/

Oleh :
Jumaat, September 09, 2011. KATEGORI . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

1 komen for �GEMPAR!!! – Top Up Handphone Kena Bayar Cukai Mulai 15 Sept�

  1. kita tunggu respon rakyat malaysia lpas ni cmne. dulu ada peniaga2 yg caj extra 50 sen pun, kepoh2 msk paper. msg2 x puas hati sbb tu la, sbb ni la.. haih. terima lah hakikat. zaman berubah,ekonomi pun msti berubah jgk..kita pun kena berubah jgk jika perlu.

Leave comment

POST TERKINI

KOMEN TERKINI

MEDIA dan GALERI