Jumlah Paparan Halaman

Tangisan Khalifah Ketika Sakaratul Maut

Kematian tidak memilih anak kecil atau dewasa, kaya atau miskin, hamba atau raja. Harun ar-Rasyid adalah pemerintah yang berkuasa dan mempunyai banyak tentera. Dia pernah mengangkat kepalanya dan berkata kepada awan,

"Turunkanlah hujan di India atau di Cina atau sesukamu. Demi Allah, seluruh bumi yang engkau turunkan hujan diatasnya adalah wilayah kekuasaanku."

Suatu hari, Harun ar-Rasyid pergi berburu. Di tengah perjalanan dia bertemu dengan seseorang yang bernama Bahlul. Harun berkata,"Berilah aku nasihat, wahai Bahlul." Lalu lelaki itu berkata, "Wahai Amirul Mukminin, di manakah bapa dan abangmu sejak dari Rasulullah hingga bapamu?" Harun menjawab, "Semuanya telah mati."

"Dimanakah istana mereka?" Tanya Bahlul."Itu istana mereka," jawab Harun. "Di mana kubur mereka?" "Ini, disini kubur mereka," jawab Harun. Bahlul kemudian berkata "Di situ istana mereka, disini kubur mereka. Bukankah sekarang istana itu sedikit pun tidak memberi manfaat bagi mereka?"

"Kamu benar. Tambahlah nasihatmu, Bahlul," kata Harun. "Wahai Amirul Mukminin, engkau diberi kuasa atas perbendaharaan Kisra dan umur yang panjang. Apa yang dapat kau lakukan? Bukankah kubur adalah perhentian terakhir bagi setiap yang hidup, kemudian engkau akan dihadapkan tentang berbagai masalah?" "Tentu," kata Harun.
Setelah itu Harun pulang dan jatuh sakit tidak lama kemudian. Setelah beberapa hari menderita, sampailah ajal menjemputnya. Dalam detik-detik terakhirnya, dia berteriak kepada pegawainya, "Kumpulkan semua tenteraku."

Tidak lama kemudian datanglah mereka ke hadapan Harun lengkap dengan pedang dan perisai. Sungguh ramai sehingga tidak ada yang tahu jumlahnya kecuali Allah. Semuanya dibawah arahan Harun.

Melihat mereka, Harun menangis dan berkata, "Wahai Zat yang tidak pernah kehilangan kuasa, kasihanilah hambaMu yang telah kehilangan kuasa ini."

http://cintailahi.com/wp-content/uploads/2010/08/Tika-Senja-Airmata-Mengalir.jpgTangisan itu tidak berhenti sehingga ajal mencabut nyawanya. Setelah meninggal, khalifah yang memiliki kekuasaan yang sangat besar ini, tinggal di lahad yang sempit. Tiada menteri menemaninya, tiada kawan yang menyertainya. Dia tidak dikuburkan bersama dengan makanan, juga tiada pembaringan disediakan baginya. Harta dan kuasanya tidak berguna lagi.

Khamis, Oktober 20, 2011. KATEGORI . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 komen for �Tangisan Khalifah Ketika Sakaratul Maut�

Leave comment

POST TERKINI

KOMEN TERKINI

MEDIA dan GALERI