Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah syukur kepada Allah program Exkep dan
Majlis Resepsi untuk sesi Jun – Oktober 2012 telah berlangsung dengan jayanya.
Namun ada sedikit kelainan yang telah kami buat. Disebabkan tarikh program
Exkep yang ditetapkan oleh pihak UiTM Pulau Pinang agak lewat iaitu pada minggu
ke-4 (kebiasaannya
minggu ke-2 atau ke-3), jadi kami terpaksa untuk mengadakan
Majlis Resepsi sebelum Program Exkep.
Program Exkep merupakan hari untuk mahasiswa dan
mahasiswi UiTM untuk mendaftar kelab. Ia diwajibkan kepada pelajar semester 1
hingga semester 3. Manakala Program Resepsi pula merupakan program rasmi kelab
I.K.R.A.M selepas pendaftaran ahli baru. Ia bertujuan untuk memperkenalkan apa
itu kelab ini. Dan kami juga menjalankan ‘interview’ bagi ahli baru untuk
mengenal pasti cara mereka berkomunikasi, kemahiran berfikir dan banyak lagi.
Semasa Program Resepsi berlangsung, seramai hampir
200 orang yang berjaya kita kumpulkan hasil daripada publisiti yang telah
dirancang oleh kami. Walaupun kuantitinya agak sedikit jika hendak dibandingkan
dari semester yang lepas, namun kami berpuas hati kerana program ini
berlangsung sebelum hari pendaftaran kelab. Mohd Syahrin Safwan merupakan
pengarah bagi program kali ini.
|
pengarah program resepsi
|
|
sesi temuduga dijalankan
|
Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi, hasil daripada
tenaga yang kami curahkan untuk Exkep kali ini, kami telah Berjaya menarik
minat pelajar-pelajar UiTM Pulau Pinang untuk mendaftar dengan kelab kami
hampir 900 ahli. Exkep yang dipengerusikan oleh Najiha dan bertemakan keusahawanan, telah memenangi tempat
ke-3 dalam pertandingan ‘Booth Excellent’ dan tempat ke-4 dalam pertandingan
‘Notis Terbaik’.
|
pengarah exkep : najiha |
|
memori PSK Permatang Tok Jaya
|
|
I.K.R.A.M - anugerah persatuan terbaik 2007
|
|
I.K.R.A.M merupakan booth kelab paling ramai yang dikunjungi oleh pelajar selain daripada booth fakulti.
|
|
keluarga I.K.R.A.M
|
Kami bukan sahaja mengharapkan kuantiti ahli yang
banyak dalam ahli I.K.R.A.M namun kualitit itu mengatasi kuantiti itu sendiri.
Diharapkan semua ahli dapat memberi komitmen untuk program yang akan datang.
insyaAllah.
AsSAlamualaikum wbt,
Kami di pihak pengurusan Blog sedang dalam sesi kemaskini.
sebarang percanggahan maklumat berkaitan notis harap dapat merujuk fanFACEbook rasmi untuk setiap cawangan.
jadi buat masa ini, pihak kami cuba melaksanakan beberapa reLABEL blog ini, dan harap pelawat blog masih dapat mengekalkan dan meningkatkan momentum untuk setia bersama,
yang bertugas
EASu