Jumlah Paparan Halaman

EXKEP dan Majlis Resepsi sesi Jun-Oktober 2012


Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah syukur kepada Allah program Exkep dan Majlis Resepsi untuk sesi Jun – Oktober 2012 telah berlangsung dengan jayanya. Namun ada sedikit kelainan yang telah kami buat. Disebabkan tarikh program Exkep yang ditetapkan oleh pihak UiTM Pulau Pinang agak lewat iaitu pada minggu ke-4 (kebiasaannya 
minggu ke-2 atau ke-3), jadi kami terpaksa untuk mengadakan Majlis Resepsi sebelum Program Exkep.

Program Exkep merupakan hari untuk mahasiswa dan mahasiswi UiTM untuk mendaftar kelab. Ia diwajibkan kepada pelajar semester 1 hingga semester 3. Manakala Program Resepsi pula merupakan program rasmi kelab I.K.R.A.M selepas pendaftaran ahli baru. Ia bertujuan untuk memperkenalkan apa itu kelab ini. Dan kami juga menjalankan ‘interview’ bagi ahli baru untuk mengenal pasti cara mereka berkomunikasi, kemahiran berfikir dan banyak lagi.

Semasa Program Resepsi berlangsung, seramai hampir 200 orang yang berjaya kita kumpulkan hasil daripada publisiti yang telah dirancang oleh kami. Walaupun kuantitinya agak sedikit jika hendak dibandingkan dari semester yang lepas, namun kami berpuas hati kerana program ini berlangsung sebelum hari pendaftaran kelab. Mohd Syahrin Safwan merupakan pengarah bagi program kali ini.

pengarah program resepsi


sesi temuduga dijalankan








Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi, hasil daripada tenaga yang kami curahkan untuk Exkep kali ini, kami telah Berjaya menarik minat pelajar-pelajar UiTM Pulau Pinang untuk mendaftar dengan kelab kami hampir 900 ahli. Exkep yang dipengerusikan oleh Najiha dan bertemakan keusahawanan, telah memenangi tempat ke-3 dalam pertandingan ‘Booth Excellent’ dan tempat ke-4 dalam pertandingan ‘Notis Terbaik’.


pengarah exkep : najiha


memori PSK Permatang Tok Jaya


I.K.R.A.M - anugerah persatuan terbaik 2007


I.K.R.A.M merupakan booth kelab paling ramai yang dikunjungi oleh pelajar selain daripada booth fakulti.








keluarga I.K.R.A.M



Kami bukan sahaja mengharapkan kuantiti ahli yang banyak dalam ahli I.K.R.A.M namun kualitit itu mengatasi kuantiti itu sendiri. Diharapkan semua ahli dapat memberi komitmen untuk program yang akan datang. insyaAllah.

Rabu, Julai 11, 2012. KATEGORI , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

3 komen for �EXKEP dan Majlis Resepsi sesi Jun-Oktober 2012�

  1. Banyaknya program yang saya terlepas :(

Leave comment

POST TERKINI

KOMEN TERKINI

MEDIA dan GALERI