Jumlah Paparan Halaman

EXKEP sesi Disember 2012-April 2013

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera =)


Baru-baru ini, Ekspo Kelab dan Persatuan telah diadakan di Laman Perdana, UiTM Pulau Pinang pada 12 dan 13 Disember 2012. Program anjuran Majlis Perwakilan Pelajar ini telah membolehkan kelab-kelab di UiTMPP mempromosikan kelab mereka kepada semua mahasiswa UiTMPP terutamanya semester 1 hingga semester 3. 

Cenderahati buat ahli baru IKRAM
 Kelab Ikatan Kasih Rumpun Anak-anak Melayu juga tidak ketinggalan dalam menarik ramai ahli baru untuk menyertai kelab. Segala susunan dan perancangan dalam persiapan booth telah dimulakan sejak dua minggu lagi sebelum program ini berlangsung. Pengarah program bagi EXKEP kali ini ialah Nurul Haryati daripada semester dua. Tema bagi EXKEP kali ini pula ialah 'Show Our Love -Towards Gaza and Palestine'.

Persiapan booth IKRAM
 Seramai 550 orang mahasiswa berjaya mendaftarkan diri untuk menjadi ahli keluarga IKRAM. Mereka turut dijemput untuk hadir ke Majlis Induksi yang diadakan pada 16 Disember 2012. 

Replika di tepi booth IKRAM
Sebanyak tiga kategori anugerah dipertandingkan pada EXKEP kali ini. Antaranya ialah Anugerah Replika Terbaik, Anugerah Booth of Excellent dan Anugerah Khas. IKRAM telah berjaya mendapat gelaran johan bagi ketiga-tiga anugerah yang dipertandingkan. Tahniah!

Urusetia IKRAM bersama Timbalan Rektor UiTMPP
Semoga semua ahli baru dapat memberi komitmen untuk program IKRAM yang akan datang sekaligus memeriahkan lagi keluarga besar IKRAM. Insya Allah. Selamat datang ahli-ahli baru IKRAM! =)

Khamis, Disember 27, 2012. KATEGORI , , , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

1 komen for �EXKEP sesi Disember 2012-April 2013�

  1. Tahniah :) Selamat Maju Jaya Ikramiess

Leave comment

POST TERKINI

KOMEN TERKINI

MEDIA dan GALERI