Jumlah Paparan Halaman

NASIHAT: Antara Pujian ataupun Teguran?

Dahsyatnya cabaran pelajar dewasa ini adakalanya menyebabkan pelajar sering tersilap langkah dalam menentukan perjalanan kehidupan. Mereka sering dipersalahkan atas pelbagai perkara walhal mereka merasakan banyak lagi faktor lain seperti keluarga, suasana sekolah, guru, dan persekitaran yang menyebabkan disiplin mereka merosot. Keadaan ini memberi implikasi negatif kepada pelajar dan menjadikan pelajar tertekan. Bagaimanakah pelajar boleh menangani masalah ini?


Sebagai pelajar apabila kita disalahkan, anggap itu sebagai teguran. Fitrahnya, manusia hanya suka pada pujian, tetapi tidak pada teguran. Sekiranya kita fikir dan halusi pilihan mana yang membuatkan kita bergerak ke hadapan, pujian ataupun teguran? Kita perlukan sedikit pujian bagi memberi inspirasi. Pada masa yang sama, kita juga memerlukan teguran. Ada kata-kata yang mengatakan, pujian dapat membunuh kita, teguran dapat membina kita. Oleh itu, kita perlu menjadi orang yang suka menerima maklum balas.

Orang berjaya tidak melihat hasil setiap perkara itu sebagai berjaya ataupun gagal. Tetapi, mereka melihat feedback mechanism. Feedback mechanism dalam biologi ialah mekanisme yang mengawal kewujudan bahan pada aras tertentu, sama ada merencatkan ataupun menggalakkan pembentukan selanjutnya. Ini bermakna, apabila suatu perkara berlaku, kita mengimbanginya antara maklum balas positif dan maklum balas negatif, dan bagaimana cara kita memberi respons kepada perkara itu.


Contohnya, sekiranya kita sakit, maklum balas badan kita mengatakan kita tidak cukup berehat. Sekiranya orang memarahi kita, apakah maklum balas kita? Tuhan mahu memberitahu, kita pernah memarahi orang lain. Sekiranya kita makan pula, selepas makan kita mendapat sakit perut, maklum balasnya adalah kita tidak boleh makan makanan itu.

Orang berjaya mengutamakan maklum balas. Apabila mendapat maklum balas, dia fikir bagaimana cara mengatasi perkara itu, dan bagaimana menggunakan perkara itu demi bergerak terus ke hadapan. Justeru, apabila orang lain menegur, sepatutnya kita tidak perlu berasa tertekan. Rasa tertekan itu lahir daripada perasaan ego. Cuba kita lihat, apabila kita ego, kita mempersoalkan kata-kata orang kepada kita. Kita berasa diri kita besar, lalu orang lain tidak boleh menegur kita.

Orang yang tidak dapat menerima teguran adalah ciri-cri orang yang takbur. Bagaimana respons kita apabila ada orang menyalahkan kita? Sebaik-baiknya kita berlaku tenang dan fikirkan apakah betul apa yang mereka katakan itu? Cuba cari kebenaran daripada kata-katanya. Pada masa yang sama perbetulkan diri kita. Bagaimana cara membetulkan diri? Caranya adalah, perbetulkan cara kita berfikir.

Anggap sahaja perkara yang berlaku itu sebagai maklum balas. Kemudian ambil tindakan untuk kita berubah supaya kita berasa lebih seronok. Baru kita berasa tidak tertekan, menyalahkan masyarakat, dan sebagainya. Orang yang tidak berjaya biasanya dia membenarkan persekitaran mengubah diri mereka. Tetapi, orang yang berjaya mereka yang mengubah persekitaran.


Kita juga perlu berdoa kepada Tuhan supaya Tuhan membantu kita menjadi orang yang positif dan sentiasa bersama dengan orang yang berfikiran positif. Walaupun ada orang yang negatif, mudah-mudahan semasa mereka bersama kita, mereka mampu bertukar menjadi positif.

- Dipetik daripada buku "Pelajar Bertanya: Prof. Dr. Muhaya Menjawab Berkenaan Dahsyatnya Cabaran Pelajar"


Ahad, Januari 13, 2013. KATEGORI , , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

2 komen for �NASIHAT: Antara Pujian ataupun Teguran?�

Leave comment

POST TERKINI

KOMEN TERKINI

MEDIA dan GALERI