Ada seekor labah-labah Tarantula berketurunan Hogna Carolinensis hidup dengan gembiranya di sebuah ladang Jagung tajaan MARDI. Labah-labah Tarantula ini membina sarang yang besar dan cantik di antara pucuk-pucuk jagung yang tumbuh. Semakin hari labah-labah Tarantula ini semakin gemuk dan sihat dengan memakan serangga-serangga yang terperangkap di dalam sarangnya. Labah-labah Tarantula telah membuat keputusan untuk tinggal di situ selama-lamanya.
Pada suatu hari, ada seekor serangga kecil terperangkap di dalam sarang labah-labah Tarantula tersebut. Dengan gembiranya labah-labah Tarantula tersebut mendekati serangga kecil tersebut untuk memakannya. “Jika kamu lepaskan aku Wahai Si Labah-labah Tarantula… aku akan beritahu kamu suatu perkara yang boleh menyelamatkan dirimu selama-lamanya”, kata serangga kecil itu dengan ketakutan. Labah-labah Tarantula itu berhenti dan bersedia untuk mendengar apa yang ingin disampaikan oleh serangga kecil itu. “Lebih baik kamu berpindah dari ladang jagung ini!, Musim menuai sudah hampir tiba…”, kata serangga kecil itu.
“Hahahahahha… Apa ke bendalah kau ni merepek pasal musim menuai pulak ni… Ini mesti kau reka-reka cerita je…”, kata labah-labah Tarantula itu. “Tidak, aku tidak merepek… Pemilik ladang jagung ini akan datang tidak lama lagi untuk menuai jagung-jagung yang sudah masak ranum ini, kamu akan mati nanti jika kamu terkena mesin penuai jagung tu!!”, kata serangga kecil dengan semangatnya.
“Haahahahhaa… merepek…merepek… kau ada bukti ke? Aku tak percaya langsung pasal musim menuai dan mesin penuai jagung tu…”, tanya labah-labah Tarantula itu. Maka jawab serangga kecil itu, “Lihatlah bagaimana jagung-jagung itu ditanam di dalam barisan yang teratur… Lihatlah bagaimana jagung-jagung itu tumbuh subur hasil daripada baja-baja yang ditabur… Ini adalah bukti yang menunjukkan bahawa ladang ini dimiliki dan dijaga oleh manusia yang bijak!!!”.
“Hahahahahh…. lawak sungguh kata-kata kau ni… jagung-jagung ni tumbuh dengan sendirinya… mana ada pemilik ke… penjaga ke… itu semua karut… merepeklah kau ni… oleh kerana perut aku ini pun dah lapar, maka….”, dengan rakusnya labah-labah Tarantula itu memamah serangga kecil itu. “Kau akan menyesal!!!”, itulah kata-kata terakhir daripada serangga kecil itu.
Beberapa hari kemudian, kata-kata serangga kecil itu masih terngiang-ngiang di telinga labah-labah Tarantula itu (labah-labah ada telinga ke? Hehehehh), tetapi labah-labah Tarantula tetap berfikiran bahawa kata-kata serangga kecil itu dusta belaka. “Aku dah berada kat sini sejak jagung-jagung ni baru membesar sedikit, hidup aku gembira kat sini… takde sape nak kacau.. makanan pun senang dapat… tempat ini akan selama-lamanya macam ni.. cantik dan tenang sentiasa.. aku suka tempat ini!!!”, kata labah-labah Tarantula itu kepada diri sendiri.
Keesokkan harinya, seperti biasa matahari bersinar dengan teriknya, angin bertiup sepoi-sepoi bahasa, berjalan-jalan labah-labah Tarantula itu disarangnya sambil menunggu kalau-kalau ada serangga yang terperangkap. Tiba-tiba… langit menjadi berdebu, ada suara yang sungguh kuat dan menggerunkan. Labah-labah Tarantula terkebil-kebil melihat peristiwa itu dan berkata, “Apakah....!!??”.
~Tamat~
(adaptasi daripada : iluvislam.com)
Teman-teman sekalian, cerita di atas menjelaskan bahawa mati itu sesuatu yang pasti. Samada menunggu tamatnya dunia ini ataupun menunggu tibanya ajal. Ya, kita cukup takut apabila berkata soal mati. Tetapi hakikatnya, ia tetap sesuatu yang nyata dan pasti akan terjadi juga pada setiap yang hidup. Kita memang tidak tahu bila kan tiba masanya, namun telah diberi peringatan supaya sentiasa bersedia untuk menghadapinya.
Nikmat dunia ini memang tidak terhitung banyaknya. Dan ianya membuat kita seronok hingga terlupa akan nikmat akhirat yang sepatutnya dikejar dan diusahakan. Oleh itu, marilah sama-sama kita bersihkan hati, sucikan jiwa, dan selalulah mengingati mati. Persiapkan diri dengan bekalan yang secukupnya dan semoga mendapat Husnul Khatimah (pengakhiran yang baik).
"setiap yang bernyawa itu pasti akan merasakan mati. Dan hanya pada hari kiamat sajalah diberikan dengan sempurna balasanmu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, sungguh dia memperoleh kemenangan. Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya".
(Al-Imran : 185)
Buat anak- anak muda IKRAM yang dikasihi, kalau dahulu kita berperang dengan lembing dan keris, kini kita berperang dengan idealis & intelektualis:
_______________________________________________________
Titik penting munculnya idea tentang pluralisme di dunia Islam pada era moden bertolak daripada daripada perdebatan tentang khalifah dan pelaksanaan sistem politik moden dalam dunia Islam. Ia menyaksikan kemunculan idea tentang demokrasi, sosialisme, sekularisme, liberalisme dan sebagainya. Beberapa peristiwa penting yang memainkan peranan besar kepada pertembungan dunia Islam dan idea-idea Barat ini ialah Revolusi Rakyat di Iran pada 1905-1911, Revolusi Golongan Muda (Young Turks) pada 1908 dan akhirnya Revolusi Kamal Ataturks pada tahun 1924 yang menghapuskan pemerintahan khalifah Osmaniah di Turki. Pada masa yang sama muncul gerakan pembaharuan di Mesir dan negara Arab untuk bebas daripada cengkaman kolonial Barat. Termasuk juga gerakan pembebasan yang berlaku di India, akhirnya menyaksikan pemisahan entiti Islam yang memunculkan negara Islam Pakistan. Tidak ketinggalan isu Palestin yang ketika itu mula dijajah oleh zionisme Yahudi. Pertembungan antara Dunia Islam dan Barat seperti mengulangi pertembungan yang pernah berlaku dalam era Perang Salib. Namun pada kali ini, dunia Islam berada di pihak yang tewas. Penjajahan kuasa kolonial moden Barat ke atas sebahagian besar dunia Islam telah membentuk dikotomi penjajah-dijajah, tuan-hamba, atau pusat-pinggiran yang meletakkan dunia Islam di bawah penguasaan kolonial Barat.
Idea-idea yang mencetuskan gerakan pembebasan dan pembaharuan dunia Islam muncul dengan hebatnya pada awal abad ke-20 sebagai aksi reaksioner terhadap penjajahan dan pengaruh kuasa Barat ini. Wujud dua bentuk aliran umum dalam aksi reaksioner ini. Pertama, muncul golongan pembaharuan Islam yang memperjuangkan nilai-nilai Islam dalam membangunkan kekuatan dunia Islam, sekaligus berusaha membebaskan dunia Islam daripada kuasa Barat. Kedua, munculnya golongan dan pemikiran untuk mengambil dan menyesuaikan kerangka serta sistem pemikiran Barat bagi memajukan dunia Islam, seterusnya membangunkan dunia Islam yang progesif, moden dan maju. Kedua-dua golongan memulakan perdebatan tentang khalifah, kemudiannya berkembang kepada idea-idea pemikiran khususnya idea pemikiran moden.
Perbincangan tentang idea pembaharuan ini memunculkan nama-nama seperti Jamaludin Al-Afghani, Muhammad Abduh, dan Muhammad Rashid Rida yang memperjuangkan nilai-nilai Islam sejagat dalam konteks pembentukan Pan-Islam. Sementara golongan kedua yang mengambil pemikiran Barat secara drastik dan menolak nilai-nilai Islam secara langsung atau tidak langsung telah melahirkan nama-nama seperti Mustafa Kamal Ataturk, Ali Abd Raziq, Fathi Osman dan sebagainya. Mustafa Kamal telah melancarkan revolusi sekular di Turki sekaligus menghapuskan pemerintahan khalifah yang terakhir di dunia Islam iaitu khalifah Osmaniyyah. Sementara Ali Abd Raziq membawa pemikiran liberal-demokratik Barat ke dalam dunia intelektual Islam yang turut mengecam pemerintahan khalifah Islam.
Pemikiran pembaharuan Islam yang memperjuangkan pembentukan wilayah Islam yang menyeluruh baik dari segi politik, ekonomi, budaya, masyarakat dan intelektual mencipta gelombang besar di tangan tokoh-tokoh intelektual dan pertubuhan Islam seperti Muhammad Iqbal (1877-1937), Hassan al-Banna (1907-1949), Abu al-Ala Mawdudi (1903-1979), dan Sayyid Qutb (1906-1966). Tokoh-tokoh ini menentang keras pembaharuan liberal dan politik demokrasi Barat ke dalam dunia Islam. Rashid Rida menegaskan bahawa masyarakat Islam tidak akan muncul sehinggalah sistem pemerintahan khalifah ditegakkan, sekaligus merupakan kecaman terhadap pemerintah sekular Ataturk di Turki. Pandangan Rida itu dikongsi oleh pengasas Pertubuhan Ikhwan Muslimin, Hassan al-Banna yang menggerakkan pertubuhan persaudaraan Islam yang keras menentang segala bentuk pemikiran dan sistem politik Barat. Hassan al-Banna menegaskan bahawa pelaksanaan syariah Islam adalah jalan keluar daripada kemunduran dan kegelapan umat Islam. Pandangan al-Banna ini juga merupakan pandangan balas terhadap idea-idea liberal-sekular yang dikemukakan oleh Ali Abd Raziq.
Namun pandangan keras terhadap pembentukan wilayah politik dan intelektual Islam ini dikemukakan oleh Maududi yang menegaskan bahawa prinsip dan nilai Islam, bukan lain sebagai satu-satunya kebenaran yang harus dituju oleh umat Islam. Beliau menyebut tentang teokrasi iaitu demokrasi yang dipimpin oleh syariah Islam. Dalam hal ini Maududi menyatakan bahawa masyarakat (atau demos dalam bahasa Yunani) dalam wilayah politik Islam harus wujud sebagai masyarakat Islam keseluruhannya, yang melaksanakan syariah Islam dalam segenap aspek kehidupan. Pandangan Maududi ini sejajar dengan pemikiran Sayyid Qutb yang bukan sahaja menolak demokrasi-liberal Barat bahkan mengecam masyarakat moden berpandukan nilai moden sebagai masyarakat jahiliyyah baru.
Pemikiran yang bertentangan dalam ertikata menyeru kepada pembaharuan yang mengangkat nilai-nilai modeniti Barat seperti demokrasi, liberalisme dan pluralisme yang bangkit pada pertengahan abad ke-19 mula lahir dalam bentuk-bentuk yang lebih konstruktif. Fathi Osman muncul sebagai suara liberal yang menyeru kepada pluralisme dan hak asasi manusia, khususnya hak golongan wanita dan minoriri bukan Islam. Walaupun dari satu segi terlihat pandangan Fathi Osman sebagai suara murni mencari keadilan bagi golongan yang kononnya tertindas, tetapi pada hakikatnya beliau memandu umat Islam ke arah nilai-nilai liberalisme Barat. Sedangkan dalam Islam hak golongan wanita, minoriti bukan Islam dan hak asasi manusia telah ditegaskan dengan jelas, bahkan dilaksanakan dalam syariah Islam yang memberikan keadilan kepada manusia berasaskan prinsip Islam. Dalam prinsip Islam, hukum datangnya daripada al-Quran dan hadis, serta qias para ulama. Maka itu keadilan dalam prinsip Islam meletakkan kewajiban agama lebih utama daripada kepentingan diri. Ini menjelaskan rujukan utama kepada nilai masyarakat yang mengatasi nilai individu. Hal ini berbeza dengan prinsip liberal Barat yang meletakkan hak invidu sebagai puncak kepada keadilan sosial.
Period ini menyaksikan lahirnya konsep tentang pluralisme yang berasaskan nilai dan pemahaman Barat. Pluralisme menekankan prinsip hak asasi manusia yang berasaskan individu sebagai puncak kepada hukum keadilan. Ia bermula dengan penegasan hak sama rata manusia tanpa mengira agama dan bangsa. Dalam pada itu, ia menyerapkan prinsip liberalisme Barat yang menegaskan kebebasan individu dan penolakan bahawa kebenaran hanya ditentukan secara mutlak oleh agama. Sebaliknya kebenaran bukan sesuatu yang eksklusif (lingkungan nilai dan prinsip agama) tetapi adalah sesuatu yang terbuka dan boleh sahaja diterima dari pelbagai sumber termasuk daripada nilai dan prinsip pelbagai agama serta idealogi pemikiran individu. Pluralisme kemudian berkembang dalam pemahaman sosiopolitik mewujudkan apa yang disebut sebagai consociotional politic, dalam bidang sosioekonomi melahirkan globalisasi, dalam sosiobudaya melahirkan liberal-capitalist mass culture atau budaya hedonisme, dan dalam agama melahirkan sosiologi agama atau anthropocentric perspective. Semua hal ini mewujudkan konsep pluralisme yang mengaburkan nilai-nilai agama (Islam terutamanya) dengan nilai-nilai individu yang hanya wujud sebagai entiti duniawi. Ini berbeza dengan nilai masyarakat atau individu dalam Islam yang dilihat dalam konteks entiti duniawi-ukhrawi.
Asas penting kepada konsep pluralisme ini berdiri dalam pernyataan hak asasi manusia yang dimaktub berasaskan nilai-nilai liberalisme Barat. Sebagai contoh umum, beberapa ketetapan dalam piagam hak asasi manusia konvensyen Bangsa Bersatu memperlihatkan bagaimana nilai-nilai liberal Barat dijadikan asas kepada pandangan sejagat. Penetapan hak asasi manusia yang dimaktubkan sebagai artikel 6 Konvensyen Bangsa Bersatu 1976 menyatakan; The States Parties to the present Covenant recognize the right to work, which include the right of everyone to the opportunity to gain his living by work, which he freely chooses or accepts, and will take appropriate steps to safeguard this right. Dalam konteks hak wanita pula dimaktubkan artikel 3 yang menyatakan; The States Parties to the present Covenant undertake to ensure the equal right of men and women to the enjoyment of all economic, social and cultural rights set forth in the present Covenant. Ia kemudian diperkukuhkan dengan ketetapan Konvensyen 1981 yang menyatakan; … the term ‘discrimination against women’ shall mean any distinction, exclusion or restriction made on the basis of sex which has the effect or purpose of impairing or nullifying the recognition, enjoyment or exercise by women, irrespective of their marital status, on the basis of equality of men and women, of human right and fundamental freedoms in the political, economic, social, cultural, civil and any other field.
Semua artikel hak asasi yang diterima sebagai asas kebebasan manusia ini menolak nilai agama sebagai asas pernyataannya. Contohnya artikel di atas menyatakan kebebasan untuk manusia bekerja mencari nafkah tetapi dalam Islam pekerjaan yang melibatkan perkara haram di sisi Islam dan subahat dengan kemungkaran adalah ditegah. Maka tegahan Islam itu dianggap sebagai melanggar hak asasi dan kebebasan manusia. Begitu juga soal hak dan hukum bagi golongan wanita, contohnya berpakaian menutup aurat dan penyertaan wanita dalam ruang awam mempunyai batasannya demi menjaga maruah wanita Islam. Namun tegahan dan ketetapan menutup aurat ini juga dipandang sebagai melanggar hak asasi wanita dalam menentukan kebebasannya. Maka hak asasi yang ditetapkan berdasarkan nilai liberal Barat inilah kemudiannya menjadi asas kepada konsep pluralisme yang mengembangkan konteks masyarakat plural.
Masyarakat plural bukan sekadar masyarakat majmuk yang terdiri daripada pelbagai etnik, agama atau bahasa. Tetapi masyarakat plural menyangkuti soal kesaksamaan dalam politik, ekonomi, budaya termasuk agama. Kesaksamaan dalam masyarakat plural ini dicapai dengan mewujudkan nilai baru yang menghapuskan nilai fundamental seperti hak bangsa peribumi, penghapusan nilai kebangsaan yang berteraskan nilai peribumi, dan terakhir sekali akidah agama (Islam).
Persoalan tentang pluralisme mula-mula muncul dalam konteks pemahaman sosial, yakni hubungan kemasyarakatan dalam suasana baru setelah era penjajahan kolonial. Apa yang dikatakan suasana baru tersebut ialah munculnya masyarakat heterogenus iaitu percampuran antara masyarakat peribumi dengan masyarakat pendatang ataupun kewujudan masyarakat daripada pelbagai etnik yang hidup bersama. Maka masyarakat baru yang wujud ini adalah sebuah masyarakat plural atau masyarakat majmuk. Sesuai dengan sifat masyarakat majmuk, ia turut membawa kepelbagaian cara hidup berlandaskan budaya, agama atau kepercayaan masing-masing etnik. Konsep tentang pluralisme iaitu bagaimana kepelbagaian tersebut dapat diraikan dan seterusnya mewujudkan masyarakat yang bersatu dalam kepelbagaian tersebut, muncul menjadi pernyataan terhadap keinginan untuk hidup saling menerima dan meraikan perbezaan. Pluralisme melihat bagaimana pertembungan masa lalu dan masa kini dapat melakurkan sebuah masyarakat baru yang tidak lagi berpegang kepada nilai-nilai fundamental etnik, agama, dan budaya yang terpisah-pisah tetapi sebaliknya mewujudkan sebuah masyarakat baru yang beridentitikan nilai masa hadapan.
Pluralisme seterusnya berkembang kepada konsep budaya dan pemahaman agama. Setelah ia melihat semua manusia adalah sama dengan konsep hak asasi yang berasaskan nilai liberalisme Barat, pluralisme berkembang kepada konsep yang melihat semua agama itu juga adalah sama. Bagi pluralisme tiada satu pun agama yang tunggal dan eksklusif untuk menjadi sumber kebenaran, atau setidak-tidaknya terdapat kebenaran dan nilai yang benar dalam agama lain. Pemahaman ini menjelaskan bahawa agama seseorang bukanlah satu-satunya hal yang eksklusif bagi kebenaran, kerana dalam agama-agama lain juga dapat ditemukan kebenaran atau setidak-tidaknya nilai-nilai yang benar. Seorang tokoh pluralisme agama di Barat iaitu John Hicks menyatakan bahawa kebenaran tidak dapat ditemui hanya dengan melihat secara eksklusif terhadap mana-mana pegangan agama, sebaliknya kebenaran ditemui melalui gabungan pelbagai sumber agama, kepercayaan dan pemikiran. Hicks menyebutnya sebagai transcategorial noumenal reality, yang melihat bahawa pengalaman keagamaan dikategorikan sebagai pengalaman noumenal yang dipengaruhi oleh realiti budaya, persekitaran, sejarah dan pemikiran. Dalam ertikata lain, Hicks menyatakan Tuhan wujud berdasarkan persepsi manusia. Transcategorial ini kemudiannya mewujudkan apa yang disebuat Hicks sebagai phenomenal God dan noumenal God. Kedua-dua konsep ini menjelaskan bagaimana pengetahuan tentang Tuhan adalah dipengaruhi oleh budaya dan sejarah manusia. Pemikiran Hicks ini dipengaruhi oleh falsafah Kantian (Immanuel Kant), yang memilih ketentuan kebenaran antara objek zahir dengan Tuhan untuk meletakkan satu kepastian kepada semua ilmu. Dalam kata lain, ilmu pengetahuan tiada sangkut paut dengan kebenaran mutlak (wahyu, kenabian dsbnya) tetapi dengan fakta. Konsep tentang Tuhan dihurai oleh Kant melalui falsafah transendental iaitu pengetahuan noumenal dicapai melalui suatu perpaduan konsep dengan pengalaman realiti (budaya, sejarah dsbnya).
Secara keseluruhannya pluralisme menegaskan tiga perkara pokok tentang persamaan agama. Pertama, tiada satu pun agama yang tunggal dan eksklusif untuk menjadi sumber kebenaran, kerana setidak-tidaknya terdapat kebenaran dan nilai yang benar dalam agama lain. Kedua, kebenaran wujud dalam semua agama dan dengan itu penekanan harus diberikan terhadap kepelbagaian sumber kebenaran. Ketiga, kerjasama dan dialog antara agama menjadi keperluan penting dalam mencari nilai kebenaran. Ketiga-tiga perkara yang kedengaran muluk ini menimbulkan kekeliruan terhadap kebenaran agama khususnya Islam. Pluralisme sebenarnya mencipta kebenaran baru dengan merombak-rombak agama sepertimana yang dilakukan oleh pascamoden. Bezanya pascamoden menolak agama, namun pluralisme menerima agama dengan memberikan nilai baru.
Pluralisme menyebabkan berlakunya kekeliruan agama. Lebih bahaya lagi apabila Islam disamaratakan dengan agama lain. Penerimaan terhadap konsep pluralisme memberi kesan terhadap akidah Islam. Dalam Islam tidak ada satu agama pun di muka bumi ini agama yang benar kecuali Islam. Islam adalah penutup segala agama dan membatalkan ajaran agama-agama sebelumnya. Dalil ini dinyatakan dalam al-Quran, surah Ali Imran: 85; “Barang siapa mencari agama lain selain daripada Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi. Dan Islam setelah Muhammad diutus, iaitu yang dibawa oleh beliau bukan agama selainnya.” Hal ini dengan jelas dan langsung menyanggah pluralisme. Sesungguhnya kebenaran yang satu ialah Islam dan tiada kebenaran yang harus diambil daripada agama-agama lain. Sesiapa yang mendakwa bahawa kebenaran perlu dilihat dari sisi agama lain membukakan dirinya kepada mudarat yang besar dari segi akidah.
Faham pluralisme ini malangnya dibawa ke dalam pemikiran umat Islam oleh golongan Islam sendiri. Ia menimbulkan kekeliruan terhadap Islam dan memberi kesan kepada akidah Islam. Islam mengutuk perlakuan yang mengelirukan ini sebagaimana yang tersebut dalam Ali-Imran: 78;
“Sesungguhnya di antara mereka ada segolongan yang memutar-mutar lidahnya membaca al-Kitab, supaya kamu menyangka yang dibacanya itu sebahagian daripada al-kitab, padahal ia bukan dari al-Kitab dan mereka mengatakan: Itu dari Allah sedang sebenarnya bukan dari Allah. Mereka berkata dusta terhadap Allah, sedang mereka mengetahui.” Kehadiran golongan tertentu di kalangan umat Islam yang mendokong faham pluralisme ini mendapat pengaruh daripada pemikiran liberal yang kini merebak di dunia Islam. Di Indonesia muncul golongan yang menamakan diri mereka seperti Jemaah Islam Liberal (JIL). Gerakan ini kemudian merebak ke Malaysia di tangan segelintir golongan liberal dan kalangan penggiat seni kosmopolitan. Namun sejak akhir ini, pemikiran liberal dan pluralisme ini mula menyerap dalam pemikiran dan gerakan politik yang cuba menyesuaikan konsep consociotional politic dengan keadilan-kesaksamaan dalam realiti hidup masyarakat majmuk di Malaysia ini.
Pada zaman pemerintahan Abbasiyyah muncul golongan yang disebut sebagai golongan zindik yang terdiri daripada sama ada mereka yang asalnya beragama Islam ataupun mereka yang asalnya beragama tempatan. Golongan zindik ini menyebarkan fahaman yang menggabungkan unsur-unsur dari agama Parsi tua, Yahudi, Nasrani dan sebagainya ke dalam Islam. Mereka seterusnya melihat kebenaran daripada kacamata kepelbagaian agama tersebut. Pada satu peringkat, golongan zindik ini juga disebut sebagai orang-orang mulhid (ateis), kerana keingkaran mereka terhadap Islam baik melalui perlakuan mahupun pemikiran. Kehadiran pluralisme pada abad baru ini seperti mengulangi sejarah golongan zindik yang bermula dengan mencari kebenaran daripada pluralisme agama, seterusnya berkembang kepada tafsiran baru agama yang akhirnya menolak hadis dan al-Quran hasil daripada kerja merobek-robek al-Quran sesuka hati mereka. Kemunculan golongan liberal yang mendokong faham pluralisme pada hari ini mempunyai serba sedikit kecenderungan yang menghampiri apa yang pernah dilakukan oleh golongan zindik pada suatu ketika dahulu.
“...Dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka, supaya mereka tidak memalingkan kamu daripada sebahagian peraturan yang diturunkan Allah kepada kamu...” (al-Maidah: 49).Milenia Muslim, Oktober 2010Link asal: http://smzakirsayapmatahari.blogspot.com/2010/10/pluralisme-dan-kekeliruan-agama.html
Seorang Raja mengadakan sayembara dan akan mengurniakan hadiah yang berlimpah kepada sesiapa sahaja yang dapat menghasilkan ebuah lukisan tentang kedamaian. Ada banyak seniman dan pelukis yang berusaha keras untuk memenangi pertandingan tersebut.
Ketika sayembara telah selesai, sang Raja berkeliling melihat-lihat hasil karya mereka. Hanya ada dua buah lukisan yang paling disukainya. Tapi, sang Raja harus memilih satu diantara keduanya.
Lukisan pertama menggambarkan sebuah telaga yang tenang. Permukaan telaganya bagaikan cermin sempurna yang memantulkan kedamaian gunung- gunung yang menjulang tenang disekitarnya. Di atasnya terpampang langit biru dengan awan putih berarak-arak. Semua yang memandang lukisan ini akan berpendapat, inilah lukisan terbaik mengenai kedamaian.
Lukisan kedua menggambarkan pegunungan juga. Namun tampak kasar dan gondul. Di atasnya terlukis langit yang gelap dan merah menandakan turunnya hujan badai, sedangkan tampak kilat menyambar-nyambar liar. Di sisi gunung ada air terjun deras yang berbuih-buih, sama sekali tidak menampakkan ketenangan dan kedamaian.
Tapi, sang Raja melihat sesuatu yang menarik, di balik air terjun itu tumbuh semak-semak kecil diatas sela-sela batu. Di dalam semak-semak itu seekor induk burung pipit meletakkan sarangnya. Jadi, ditengah-tengah riuh rendahnya air terjun, seekor induk pipit sedang mengerami telurnya dengan damai. Benar-benar damai.
Lukisan manakah yang menang?
Sang Raja memilih lukisan yang ke-dua.
“Wahai Raja, kenapa Raja memilih lukisan yang ke-dua?”
Sang Raja menjawab, “Kedamaian bukan berarti kau harus berada di tempat yang tanpa keributan, kesulitan atau pun pekerjaan yang keras dan sibuk. Kedamaian adalah hati yang tenang dan damai, meskipun kau berada di tengah-tengah kekalutan dan masalah yang luar biasa.”
“Kedamaian hati adalah kedamaian sejati.”
sumber
I was so far from You
Yet to me You were always so close
I wanna love in the dark
I close my eyes
To all the signs
You put in my way
I walked the day
Further and further away from You
Oh...
Allah...
You brought me home
I thank You
With every breath I take
" hari demi hari telah kita susuli. kadang-kala hari kita tenang bagai sungai yang mengalir lembut. Dan kadang-kala jua hari kita bagai pantai yang dipukul ombak. Iman kita bagaikan ombak. Ada pasang surutnya. Ia boleh menaik dan ia juga boleh menurun. Kita diberi mata untuk melihat.. Diberi akal dan mata hati untuk menafsir. Mata kita celik akan kebesaran dan rahmatNya tetapi mata hati kita pula yang rabun untuk memahami dan menafsirkannya. Dengan sekian nafas, adakah kita makin jauh atau dekat denganNya? "
Alhamdulillah
Our praise is to Allah
"Alhamdulillah segala puji bagi Allah. Tuhan yang satu. Hanyalah Dia."
I never thought about
All the things You had given to me
I never thank You once
I was to proud
To see the truth
And prostrate to You
Until I took the first step
And thats when You opened the doors for me
And now Allah I realized what I was missing
By being far from You
"sentiasalah beringat, bahawa segala apa yang kita miliki hanyalah pinjaman semata-mata. Bukanlah hak milik kekal. jangan sombong, jangan bongkak wahai insan. Dunia ini hanyalah sementara, begitu juga segala apa yang ada padanya. Kalau boleh, kita ingin hidup di dunia ini selama-lamanya, namun masih ada 'dunia' lain yang menanti. Niatkanlah setiap apa yang kita lakukan di kehidupan ini lillahitaala. Sesungguhnya, hidup ini amat berharga! walaupun kadang-kala ia secerah mentari pagi dan juga segelap awan mendung."
Alhamdulillah
Our praise is to Allah
" Alhamdulillah segala puji bagi Allah. Tuhan yang maha pengasih dan pemurah. Hanyalah Dia."
ALLAH...
I wanna to thank You
I wanna to thank You
For all the things that You've got
You've got me through all the years I've been lost
You guiding me from all the ways that were wrong
And indeed You give me hope
" berterima kasihlah kita kerana dapat melalui setiap hari-hari yang berlalu. Ya Allah, kami memohon ampun dariMu atas segala khilaf yang pernah kami lakukan. kami selalu alpa dan terleka. Engkau berikan petunjuk dan memelihara kami melalui teman-teman kami yang baik dan soleh. Terima kasih ya Allah.. Jangan pernah berputus asa dari rahmat Allah kerana Rahmat Allah itu sentiasa mengelilingi dunia ini."
Oh ALLAH..
I wanna to thank You
I wanna to thank You
For all the things that You've got
You've got me through all the years I've been lost
You guiding me from all the ways that were wrong
I wanna thank You
For bringing me home
" Tunjukkan kami jalan yang lurus. kerana jalan ini masih bersimpang siur. Di manakah jalan lurus yang bisa membawa kita pulang ke 'rumah'? Carilah ia. Gunakan segala papan tanda yang ada di setiap jalan sebagai penunjuk arah. Patuhilah segala undang-undang dan tanda isyarat yang ada di setiap jalan supaya sampai ke destinasi dengan selamat."
Alhamdulillah
Our praise is to Allah
" Alhamdulillah segala puji bagi Allah. Tuhan yang telah menciptaku, menciptamu, mencipta kita semua. DaripadaNya kita datang, dan kepadaNya jua kita akan kembali. Hanyalah Dia."
~Selamat menyambut tahun baru Islam - 1432 hijrah. Semoga tahun ini lebih baik dari tahun-tahun yang sebelumnya. Jadi, apa azam tahun baru anda?~
“
Anakku, ayah melihat orang-orang di sini sudah mulai memuji paras rupa dan kecantikanmu. Maka mulai hari ini ayah ingin kamu mengenakan hijab dengan sempurna, kerana kamu sudah menjadi wanita dewasa sekarang.”Sultan Abdul Hamid II
Sultan Abdul Hamid II
Ungkapan kata penuh kasih sayang itu dituturkan dengan suara lembut oleh Sultan Abdul Hamid II kepada anaknya Aishah saat mereka melintasi hadapan Masjid Hamidiye Yildiz yang terletak tidak jauh dari pintu masuk istananya.
Di hadapan masjid ini, terlalu banyak kisah yang memilukan hati menimpa diri dan keluarga Sultan. Percubaan pembunuhan dengan meletakkan bom di dalam kereta kuda Sultan. Pengeboman itu terjadi selang beberapa saat seusai solat Jumaat. Allah masih menghendaki Sultan Abdul Hamid tetap bertakhta memimpin umat. Usaha khianat untuk menamatkan nyawa orang nombor satu di dunia Islam itu telah gagal.
Di hadapan istana ini, Sultan sering melaksanakan solat dan keluar menemui rakyat yang selalu dekat di hatinya.
Di situ juga, Sultan sesekali menunggang kuda ditemani anaknya Aishah, sambil menitahkan erti pentingnya menegakkan syariah bagi muslimah. Sejak saat itu anaknya mutahajibah (berhijab) sempurna, ini menandakan puterinya Aishah Osmanuglu telah memasuki usia aqil baligh.
Istana Yildiz yang diperbuat dari kayu ini adalah tempat tinggal pilihan Sultan Abdul Hamid II, setelah beliau meninggalkan segala bentuk kemewahan kaum keluarganya yang sebelum ini di Istana Dolmabahce.
Sultan Abdul Hamid II, lahir pada hari Rabu, 21 September 1842. Dengan nama lengkapnya, Abdul Hamid Khan II bin Abdul Majid Khan. Sultan adalah putera Abdul Majid dari isteri kedua beliau. Ibunya meninggal saat Abdul Hamid berusia 7 tahun. Sultan menguasai bahasa Turki, Arab, dan Parsi. Gemar membaca dan bersyair.
Sebelumnya, kekhalifahan dipimpin bapa saudaranya iaitu Abdul Aziz yang berkuasa cukup lama. Sultan Abdul Aziz digulingkan kemudian dibunuh oleh musuh politik Khilafah Utsmaniyyah. Khalifah setelah Abdul Aziz adalah Sultan Murad V, putera Abdul Aziz. Namun kekuasaannya tidak berlangsung lama dan digulingkan setelah 93 hari berkuasa kerana dianggap tidak upaya menjadi khalifah.
Sultan Abdul Aziz mewariskan negara dalam keadaan hiruk pikuk dan tidak terurus. Tunggakkan hutang luar negeri, parlimen yang tidak berfungsi, campur tangan asing di dalam negeri, tarik menarik antara pelbagai kepentingan Dewan Negara dan Dewan Menteri serta para ahli politik yang korup.
Pada 14 Ogos 1876 (1293 H), Sultan Abdul Hamid dibai’at sebagai Khalifah. Saat itu usianya 34 tahun. Dia menyedari bahawa pembunuhan bapa saudaranya serta perubahan-perubahan kekuasaan yang terjadi saat itu merupakan konspirasi global melawan Khilafah Islamiyah. Namun Sultan Abdul Hamid II dapat menjalankan pemerintahannya dengan baik, sering berbicara dengan pelbagai lapisan masyarakat, baik kalangan ahli politik , intelektual, rakyat jelata mahupun dari kelompok-kelompok yang kurang disukainya (lihat Shaw, 1977:212).
Kebijaksanaannya mengurusi urusan seluruh kaum Muslimin membuatkan ia semakin popular. Namanya sering disebut dalam doa-doa di setiap solat Jumaat di seantero bumi. Sokongan padu kaum Muslimin dan kesetiaan mereka terhadap Sultan Abdul Hamid II ini berhasil mengurangi tekanan Eropah terhadap Utsmaniyyah.
Abdul Hamid mengembangkan amanah dengan memimpin sebuah kerajaan yang luasnya membentang dari timur dan barat. Di tengah situasi negara yang genting dan kritis. Beliau menghabiskan 30 tahun kekuasaannya sebagai Khalifah dengan dikelilingi konspirasi, mehnah, fitnah dari dalam negeri sementara dari luar negeri ada perang, revolusi, dan ancaman globalisasi dan tuntutan pelbagai perubahan yang senantiasa terjadi.
Termasuk usaha jahat yang sistematik yang dilakukan kaum Yahudi untuk mendapatkan tempat tinggal tetap di tanah Palestin yang masih menjadi sebahagian dari wilayah kekhalifahan Utsmaniyyah. Pelbagai langkah dan strategi dilancarkan oleh kaum Yahudi untuk menembus dinding khilafah Utsmaniyyah, agar mereka dapat memasuki Palestin.
Pertama, pada tahun 1892, sekelompok Yahudi Rusia mengajukan permohonan kepada Sultan Abdul Hamid, untuk mendapatkan keizinan tinggal di Palestin. Permohonan itu dijawab Sultan dengan ucapan
“Pemerintan Ustmaniyyah memaklumkan kepada seluruh kaum Yahudi yang ingin hijrah ke Turki, bahawa mereka tidak akan diizinkan menetap di Palestin”, mendengar jawaban seperti itu kaum Yahudi amat kecewa, sehingga duta besar Amerika turut campur tangan.
Kedua, Theodor Hertzl, penulis Der Judenstaat (Negara Yahudi), pengasas negara Israel sekarang, pada tahun 1896 memberanikan diri menemui Sultan Abdul Hamid sambil meminta izin mendirikan perniagaan di al Quds. Permohonan itu dijawab Sultan:
“Sesungguhnya jajahan Utsmani ini adalah milik rakyatnya. Mereka tidak akan menyetujui permintaan itu. Sebab itu simpanlah kekayaan kalian itu dalam kantung kalian sendiri”.
Melihat keteguhan Sultan, mereka kemudian membuat strategi ketiga, iaitu melakukan Konferensi Basel di Switzerland, pada 29-31 Ogos 1897 dalam rangka merumuskan strategi baru menghancurkan Khilafah Ustmaniyyah.
Oleh kerana peranan dan aktiviti Yahudi Zionis yang terlalu mendesak dan semakin menjadi-jadi, akhirnya Sultan pada tahun 1900 mengeluarkan keputusan pelarangan atas rombongan penziarah Yahudi di Palestin untuk tinggal di sana lebih dari tiga bulan, pasport Yahudi harus diserahkan kepada petugas khilafah yang berkaitan. Dan pada tahun 1901 Sultan mengeluarkan keputusan mengharamkan penjualan tanah kepada Yahudi di Palestin.
Pada tahun 1902, Hertzl untuk kesekian kalinya mengadap Sultan Abdul Hamid untuk melakukan penyogokan (rasuah). Di antara sogokkan yang Hertzl tawarkan kepada Sultan adalah :
1. 150 juta poundsterling Inggeris khusus untuk Sultan.
2. Membayar semua hutang pemerintah Ustmaniyyah yang mencapai 33 juta poundsterling Inggeris.
3. Membangun kapal induk untuk pemerintah, dengan biaya 120 juta Frank
4. Memberi pinjaman 5 juta poundsterling tanpa bunga.
5. Membangunkan Universiti Ustmaniyyah di Palestin.
Semuanya ditolak Sultan, bahkan Sultan tidak mahu menemui Hertzl, diwakilkan kepada Tahsin Basya, Perdana Menterinya, sambil memberikan pesanan, “Nasihati Mr Hertzl agar jangan meneruskan rancangnya. Aku tidak akan melepaskan walaupun sejengkal tanah ini (Palestin), kerana ia bukan milikku. Tanah itu adalah hak umat Islam. Umat Islam telah berjihad demi kepentingan tanah ini dan mereka telah menyiraminya dengan darah mereka. Yahudi silakan menyimpan harta mereka. Jika Khilafah Utsmaniyah dimusnahkan pada suatu hari, maka mereka boleh mengambil Palestin tanpa membayar harganya. Akan tetapi, sementara aku masih hidup, aku lebih rela menusukkan pedang ke tubuhku daripada melihat Tanah Palestin dikhianati dan dipisahkan dari Khilafah Islamiyah. Perpisahan adalah sesuatu yang tidak akan terjadi. Aku tidak akan memulai pemisahan tubuh kami selagi kami masih hidup.”
Sejak saat itu kaum Yahudi dengan Zionisme melancarkan gerakan untuk menumbangkan Sultan. Dengan menggunakan pelbagai kempen dan istilah seperti “liberation”, “freedom”, dan sebagainya, mereka menyebut pemerintahan Abdul Hamid II sebagai “Hamidian Absolutism”, dan sebagainya.
“Sesungguhnya aku tahu, bahawa nasibku semakin terancam. Boleh saja aku berhijrah ke Eropah untuk menyelamatkan diri. Tetapi untuk apa? Aku adalah Khalifah yang bertanggungjawab atas umat ini. Tempatku adalah di sini. Di Istanbul!” Tulis Sultan Abdul Hamid dalam catatan hariannya.
Pada malam 27 April 1909, Sultan Abdul Hamid dan keluarganya didatangi beberapa orang tamu yang tidak di undang. Kedatangan mereka ke Istana Yildiz menjadi catatan sejarah yang tidak akan pernah dilupakan. Mereka datang atas nama perwakilan 240 anggota Parlimen Utsmaniyyah-di bawah tekanan dari Turki Muda-yang setuju penggulingan Abdul Hamid II dari kekuasaannya. Senator Sheikh Hamdi Afandi Mali mengeluarkan fatwa tentang penggulingan tersebut, dan akhirnya dipersetujui oleh anggota senat yang lain. Fatwa tersebut didapati sangat aneh dan setiap orang pasti mengetahui track record perjuangan Abdul Hamid II bahawa fatwa tersebut bertentangan dengan realiti sebenar yang berlaku di Turki dan empayar kerajaan Islam.
Keempat utusan itu adalah Emmanuel Carasso, seorang Yahudi warga Itali dan wakil rakyat Salonika (Thessaloniki) di Parlimen Utsmaniyyah (Meclis-i Mebusan) melangkah masuk ke istana Yildiz. Turut bersamanya adalah Aram Efendi, wakil rakyat Armenia, Laz Arif Hikmet Pasha, anggota Dewan Senat yang juga panglima Ketenteraan Utsmaniyyah, serta Arnavut Esat Toptani, wakil rakyat daerah Daraj di Meclis-i Mebusan.
“Bukankah pada waktu seperti ini adalah masa di mana aku harus menunaikan kewajibanku terhadap keluargaku. Tidak bolehkah kalian bicarakan masalah ini esok pagi?” Sultan Abdul Hamid tidak selesa menerima kedatangan mereka yang kelihatannya begitu tiba-tiba dan mendesak. Tidak ada simpati di raut wajah mereka.
“Negara telah memecat Anda!” Esat Pasha memberitahu kedatangannya dengan nada angkuh. Kemudian satu persatu wajah anggota rombongan itu diperhatikan dengan saksama oleh Sultan.
“Negara telah memecatku, itu tidak ada masalah,…. tetapi kenapa kalian membawa serta Yahudi ini masuk ke tempatku?” Spontan Sultan murka yang amat sangat sambil menudingkan jarinya kepada Emmanuel Carasso.
Sultan Abdul Hamid memang kenal benar siapa Emmanuel Carasso itu. Dialah yang bersekongkol bersama Theodor Herzl ketika ingin mendapatkan keizinan menempatkan Yahudi di Palestin. Mereka menawarkan pembelian ladang milik Sultan Abdul Hamid di Sancak Palestin sebagai tempat pemukiman Yahudi di Tanah Suci itu. Sultan Abdul Hamid menolaknya dengan tegas, termasuk alternatif mereka yang mahu menyewa tanah itu selama 99 tahun.
Pendirian tegas Sultan Abdul Hamid untuk tidak mengizinkan Yahudi bermukim di Palestin, telah menyebabkan Yahudi sedunia mengamuk. Harganya terlalu mahal. Sultan Abdul Hamid kehilangan takhta, dan Khilafah disembelih agar tamat riwayatnya.
Jelas terlihat bahawa saat tersebut adalah saat pembalasan paling dinanti oleh Yahudi, di mana Abdul Hamid II yang telah menolak menjual Palestin pada mereka, telah mereka tunjukkan di depan muka Abdul Hamid II sendiri bahawa mereka turut serta dalam penggulingannya dari kekuasaan. Mendung menyeluputi wajah Abdul Hamid II dan wajah Khilafah Islamiyah.
“Sesungguhnya aku sendiri tidak tahu, siapakah sebenarnya yang memilih mereka ini untuk menyampaikan berita penggulinganku malam itu.” Sultan Abdul Hamid meluapkan derita hatinya di dalam catatan hariannya.
Perancangan menggulingkan Sultan sebenarnya sudah dilaksanakan lama sebelum malam itu. Beberapa Jumaat belakangan sebelum peristiwa hitam itu, nama Sultan sudah tidak disebut lagi di dalam khutbah-khutbah.
“Walaupun anda dipecat, kelangsungan hidup anda berada dalam jaminan kami.” Esat Pasha menyambung pembicaraan.
Sultan Abdul Hamid memandang wajah puteranya Abdul Rahim, serta puterinya yang terpaksa menyaksikan pengkhianatan terhadap dirinya. Malang sungguh anak-anak ini terpaksa menyaksikan kejadian yang memilukan malam itu.
“Bawa adik-adikmu ke dalam.” Sultan Abdul Hamid menyuruhh Amir Abdul Rahim membawa adik-adiknya ke dalam kamar.
“Aku tidak membantah keputusanmu. Cuma satu hal yang kuharapkan. Izinkanlah aku bersama keluargaku tinggal di istana Caragan. Anak-anakku ramai. Mereka masih kecil dan aku sebagai ayah perlu menyekolahkan mereka.” Sultan Abdul Hamid meminta pertimbangan. Sultan sedar akan tidak ada gunanya membantah keputusan yang dibawa rombongan itu. Itulah kerisauan terakhir Sultan Abdul Hamid. Membayangkan masa depan anak-anaknya yang ramai. Sembilan lelaki dan tujuh perempuan.
Permintaan Sultan Abdul Hamid ditolak mentah-mentah oleh keempat orang itu. Malam itu juga, Sultan bersama para anggota keluarganya dengan hanya mengenakan pakaian yang yang di pakai pada malam tersebut di angkut di tengah gelap gelita menuju ke stesyen kereta api Sirkeci. Mereka diusir pergi meninggalkan bumi Khilafah, ke istana milik Yahudi di Salonika, tempat pengasingan negara sebelum seluruh khalifah dimusnahkan di tangan musuh Allah.
Khalifah terakhir umat Islam, dan keluarganya itu dibuang ke Salonika, Yunani. Angin lesu bertiup bersama gerimis salju di malam itu. Pohon-pohon yang tinggal rangka, seakan turut sedih mengiringi tragedi memilukan itu.
Di Eminonu, terlihat Galata di seberang teluk sedih. Bukit itu pernah menyaksikan kegemilangan Sultan Muhammad al-Fatih dan tenteranya yang telah menarik 70 kapal menyeberangi bukit itu dalam tempoh satu malam. Mereka menerobos teluk Bosphorus yang telah dirantai pintu masuknya oleh Kaisar Constantinople. Sejarah itu sejarah gemilang. Tidak akan pernah hilang.
Terhadap peristiwa pemecatannya, Sultan Abdul Hamid II mengungkap kegundahan hatinya yang dituangkan dalam surat kepada salah seorang gurunya Syekh Mahmud Abu Shamad yang berbunyi:
“…Saya meninggalkan kekhalifahan bukan kerana suatu sebab tertentu, melainkan kerana tipu daya dengan pelbagai tekanan dan ancaman dari para tokoh Organisasi Persatuan yang dikenal dengan sebutan Cun Turk (Jeune Turk), sehingga dengan berat hati dan terpaksa saya meninggalkan kekhalifahan itu. Sebelumnya, organisasi ini telah mendesak saya berulang-ulang agar menyetujui dibentuknya sebuah negara nasional bagi bangsa Yahudi di Palestin. Saya tetap tidak menyetujui permohonan tersebut yang datang bertubi-tubi tanpa ada rasa malu. Akhirnya mereka menjanjikan wang sebesar 150 juta pounsterling emas.
Saya tetap dengan tegas menolak tawaran itu. Saya menjawab dengan mengatakan, “Seandainya kalian membayar dengan seluruh isi bumi ini, aku tidak akan menerima tawaran itu. Tiga puluh tahun lebih aku hidup mengabdi kepada kaum Muslimin dan kepada Islam itu sendiri. Aku tidak akan mencoreng lembaran sejarah Islam yang telah dirintis oleh nenek moyangku, para Sultan dan Khalifah Uthmaniah. Sekali lagi aku tidak akan menerima tawaran kalian.”
Setelah mendengar dan mengetahui sikap dari jawaban saya itu, mereka dengan kekuatan gerakan rahsianya memaksa saya meninggalkan kekhalifahan, dan mengancam akan mengasingkan saya di Salonika. Maka terpaksa saya menerima keputusan itu daripada menyetujui permintaan mereka.
Saya banyak bersyukur kepada Allah, kerana saya menolak untuk mencoreng Daulah Uthmaniah, dan dunia Islam pada umumnya dengan noda abadi yang diakibatkan oleh berdirinya negeri Yahudi di tanah Palestin. Biarlah semua berlalu. Saya tidak bosan-bosan mengulang rasa syukur kepada Allah Ta’ala, yang telah menyelamatkan kita dari aib besar itu.
Saya rasa cukup di sini apa yang perlu saya sampaikan dan sudilah Anda dan segenap ikhwan menerima salam hormat saya. Guruku yang mulia. mungkin sudah terlalu banyak yang saya sampaikan. Harapan saya, semoga Anda beserta jama’ah yang anda dapat memaklumi semua itu.
Wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
22 September 1909
ttd
Pelayan Kaum Muslimin
(Abdul Hamid bin Abdul Majid)
Deru langkah tentara kedengaran melangkah menuju istana. Meriam ditembakkan sebagai tanda Sultan Mehmed V dinobatkan menjadi penguasa Utsmaniyyah. Rasmilah malam itu Sultan Mehmed V menjadi Khalifah ke 99 umat Islam sejak Abu Bakr al-Siddiq ra. Tetapi khalifah yang satu ini sudah tidak memiliki kekuasaan apa-apa. Hanya boneka pengumpan yang hanya akan mempercepatkan pemberontakan untuk pembubaran Khilafah Utsmaniyyah.
“Entahlah, di saat hidup dan matiku tidak menentu, aku merasa begitu tenang dan aman. Seperti sebuah gunung besar yang selama ini mengendap di dadaku, ketika diangkat terasa lega!” keluh Sultan Abdul Hamid
Sultan Abdul Hamid mengusap kepala anaknya Abdul Rahim yang menangis ketakutan. Anak-anaknya yang lain turut menangis. Perjalanan dari Sirkeci Istanbul menuju ke Salonika Yunani penuh misteri.
“Sabarlah anak-anakku. Jika Allah mengkehendaki kematian bagi kita, bukankah kematian itu kesudahan untuk semua.” Sultan Abdul Hamid memberi motivasi kepada seluruh kerabatnya saat keretapi sedang meluncur laju. Bumi khilafah ditinggalkan di belakang. Sejarah kegemilangan 600 tahun Bani Utsman, berakhir malam itu. Balutan hitam yang mustahil untuk diputihkan kembali.
Di tengah suasana malam yang sejuk, Sultan Abdul Hamid II melunjurkan kakinya di atas bangku kereta api sambil dipicit-picit oleh anaknya Fatimah.
“Sabarlah anakku, negara tidak tahu apa yang telah mereka lakukan kepada umat Muhammad ini.” Sultan mengusap wajahnya yang berlinangan air mata.
Terlalu lama Sultan dan keluarganya dikurung di istana milik Yahudi itu. Mereka dikurung dalam kamar tanpa perabotan sama sekali. Pintu dan jendela dilarang dibuka. Hari demi hari, adalah penantian kematian sebelum mati bagi Sultan dan keluarganya. Akhirnya pada tahun 1912, Sultan Abdul Hamid dihantar pulang ke Istanbul, akan tetapi anak-anaknya dipisah-pisahkan, bercerai berai. Dibuang ke Perancis menjadi pengemis yang hidup meminta-minta di lorong jalan.
Keadaan semasa di pembuangan Salonika atau di istana tua Beylerbeyi Istanbul sama saja bahkan lebih parah. Sultan dan beberapa anggota keluarganya yang masih tinggal tidak dibenarkan keluar sama sekali hatta sekadar pergi ke perkarangan istana kecuali untuk solat Jumaat di luar istana, tentunya dengan penjagaan yang amat ketat. Makanan untuk Sultan dan putera puterinya disukat sedemikian rupa, dengan kualiti makanan yang sangat rendah bahkan seluruh hartanya dirampas habis oleh tentera Ataturk.
Hari-hari yang dilalui Sultan dalam pembuangan dan pengasingan sangat menyedihkan. Dia dan keluarganya selalu diancam akan dibunuh, istana tua itu akan diledakkan. Pada suatu pagi selesai solat Subuh, Sultan memanggil puteranya, Abdul Rahman. Dialah ahli waris terpenting setelah ketiadaan Sultan nanti.
“Kita akan berikan semua harta kita kepada pihak tentera kerana mereka memaksa kita menyerahkannya.” Keluh Sultan kepada Abdul Rahman dengan nada sedih.
Puteranya itu menangis teresak hebat. Dia menjadi amat takut dengan para tentera yang bengis itu. Beberapa hari kemudian di lobi Deutche Bank, Istanbul, terjadi peristiwa penyerahan secara paksa semua harta Sultan, termasuk seluruh tabungan Sultan kepada pihak tentera.
Sultan tinggal di istana tua sebagai penjara di Beylerbeyi selama 6 tahun dalam situasi yang sangat mengaibkan. Tubuh kurus kering dan mengidap penyakit paru-paru yang semakin parah. Sultan benar-benar dikuarantinkan dari dunia luar, sehinggakan untuk mengubati penyakit disukarkan oleh pihak tentera.
“Maafkan saya, Tuanku. Mereka tidak mengizinkan saya untuk hadir lebih awal,” doktor yang merawat Sultan Abdul Hamid sambil berbisik. Nafas Sultan Abdul Hamid turun naik. Penyakit asmanya semakin serius. Doktor sudah tidak dapat berbuat apa-apa lagi.
Sultan Abdul Hamid II menghembuskan nafas terakhir dalam penjara Beylerbeyi pada 10 Februari, 1918. Pemergiannya diratapi seluruh penduduk Istanbul kerana mereka sudah sedar. Akibat kebodohan mereka membiarkan Khilafah Utsmaniyyah dilumpuhkan setelah pelucutan jabatan khilafahnya, 10 tahun yang lalu. Menangislah… tiada sejarah yang mampu memadamkan penyesalan itu. Wa…Islama!!!
Sumber; Harb, Muhammad (1998). Catatan Harian Sultan Abdul Hamid II. Darul Qalam, ; Asy-Syalabi, Ali Muhammad (2003). Bangkit dan Runtuhnya Khilafah ‘Utsmaniyah. Pustaka Al-Kautsar, 403-425.
Link asal: http://nabihaalkhalidiy.blogspot.com/2009/05/kejatuhan-khilafah-utsmaniyah-sultan.html
AsSAlamualaikum wbt,
saya sebagai wakil editorial Blog IKRAM ingin mengumumkan beberapa perubahan yang bakal diketengahkan bagi menjadikan fokus blog ini menjadi lebih jelas
faktor kepentingan memilih tema dan fokus blog IKRAM uitrmpp adalah bertujuan menjaga pesonalisme ahli kelab.
jadi buat masa terdekat, pihak editorial akan cuba melaksanakan beberapa 'touch up' blog ini, dan harap pelawat blog masih dapat mengekalkan dan meningkatkan momentum untuk setia bersama,
buat masa ini,
yang benar
EASu
sila rujuk untuk lebih lanjut >>> SURAH AL-FURQAN (ayat 63 - 77)
"adapun hamba-hamba Tuhan Yang Maha Pengasih itu adalah..."
1) orang-orang yang berjalan di bumi dengan rendah hati.
2) orang-orang yang menghabiskan waktu malam utk beribadah kpd tuhan.
3) orang-orang yang apabila menginfakkan harta, mereka tak berlebihan dan tidak pula
kikir.
[SURA] Ikram dam oO02
Durasi : 8.03
Satu Sifat Penting
Dalam menuntut ilmu ialah kesungguhan dan sesabaran, Biarlah masa agak panjang tetapi sedikit demi sedikit ia akan membuahkan hasil.
Pada saat mempelajari suatu ilmu wajib mempunyai niat. Niat adalah kunci dari segala amal, sebagaimana sabda Nabi dalam hadis shahih:
Imam Ghazali telah berpendapat tentang masalah hati yang berhubung dengan amal lahiriah ada 3 macam:
1) Hati yang penuh dengan taqwa, suci dari akhlak-akhlak yang tidak baik, maka hati yang begini bersinar pada akal dalam berfikir pada yang baik-baik dan menyebabkan pula terbuka sinar matahati, sehingga hati selalu melihat segala sesuatu yang baik-baik dan diredhai oleh Allah. Apabila hati telah suci dari segala penyakitnya, maka dekatlah hati kpd Allah, dgn mensyukuri nikmat-nikmatNya. Sabar dan takut kepadaNya serta mengharapkan kasih sayangNya, rindu dan bertawakkal kepadaNya dan lain-lain sebagainya. Pada waktu itu barulah hati kita tenteram, tenang dan tidak kacau-bilaukan atau digelisahkan oleh persoalan-persoalan duniawi. Berfirman Allah s.w.t. dalam Al-quran:
|| AGM & TAUTAN KASIH 2010_2 ||
something to remember
DURATION:. 4.10 min
Setiap hari setiap masa, masing-masing antara kita sibuk dengan urusan dan hal masing2. Sehinggakan kita terlupa akan hubungan kita yang pernah terjalin. Hubungan yang pernah terjalin dengan si Dia. siapa si Dia itu? Dia itu adalah tuan dan juga tuhan kita iaitu ALLAH yang maha pengasih lagi maha penyayang.
Jemputan khas :
Dr. Danial Zainal Abidin
Program :
Seminar Aurat: Sains & Tuntutan.
Tarikh :
24 September 2010 (Jumaat)
Masa :
8.30 malam
Tempat :
Laman Perdana, UiTM Pulau Pinang
Salam Aidil Fitri
Hari ini ku maafkanmu... kamu Maafkanku jua,
moga bukan neraka jalan pilihanmu buatku...
MAAF?
Setiap kali menjelma Aidil Adha, Syawal menjadi pembersih kepada segala duka lara, juga sebagai pembersih segala dosa nista antara kita... sesama manusia.
|
NORHAYATI MOKTAR |
1-23 samples
will be others soon...