Salam Maal Hijrah, 1432 H ~ thank you Allah ~
" hari demi hari telah kita susuli. kadang-kala hari kita tenang bagai sungai yang mengalir lembut. Dan kadang-kala jua hari kita bagai pantai yang dipukul ombak. Iman kita bagaikan ombak. Ada pasang surutnya. Ia boleh menaik dan ia juga boleh menurun. Kita diberi mata untuk melihat.. Diberi akal dan mata hati untuk menafsir. Mata kita celik akan kebesaran dan rahmatNya tetapi mata hati kita pula yang rabun untuk memahami dan menafsirkannya. Dengan sekian nafas, adakah kita makin jauh atau dekat denganNya? "
"Alhamdulillah segala puji bagi Allah. Tuhan yang satu. Hanyalah Dia."
"sentiasalah beringat, bahawa segala apa yang kita miliki hanyalah pinjaman semata-mata. Bukanlah hak milik kekal. jangan sombong, jangan bongkak wahai insan. Dunia ini hanyalah sementara, begitu juga segala apa yang ada padanya. Kalau boleh, kita ingin hidup di dunia ini selama-lamanya, namun masih ada 'dunia' lain yang menanti. Niatkanlah setiap apa yang kita lakukan di kehidupan ini lillahitaala. Sesungguhnya, hidup ini amat berharga! walaupun kadang-kala ia secerah mentari pagi dan juga segelap awan mendung."
" Alhamdulillah segala puji bagi Allah. Tuhan yang maha pengasih dan pemurah. Hanyalah Dia."
" berterima kasihlah kita kerana dapat melalui setiap hari-hari yang berlalu. Ya Allah, kami memohon ampun dariMu atas segala khilaf yang pernah kami lakukan. kami selalu alpa dan terleka. Engkau berikan petunjuk dan memelihara kami melalui teman-teman kami yang baik dan soleh. Terima kasih ya Allah.. Jangan pernah berputus asa dari rahmat Allah kerana Rahmat Allah itu sentiasa mengelilingi dunia ini."
" Alhamdulillah segala puji bagi Allah. Tuhan yang telah menciptaku, menciptamu, mencipta kita semua. DaripadaNya kita datang, dan kepadaNya jua kita akan kembali. Hanyalah Dia."

Alhamdulillah, moga-moga Tahun kali ini kita sama-sama raihkan dengan menghangatkan Iman dan amal berteraskan Taqwa padaNYA, terima kasih kepada semua ahli yang sekian lama bersama dengan Kelab IKRAM, ayuhlah kita berdoa moga kita, keluarga, guru-guru, raka-rakan dan perjuangan Islam didalam hidup dapat diteruskan malah dikuatkan juga iman meneruskan apa yang diperintahNYA. amin.