Jumlah Paparan Halaman

PEMAKAIAN HIJAB: DENGAN SEDAR ATAU TIDAK?


Assalamualaikum W.B.T.. Penulisan artikel ini bertujuan sebagai salah satu perkongsian ilmu buat diri kita semua khususnya kaum Hawa. Apa yang baik kita ambil dan apa yang buruk kita tinggalkan. Pernahkah anda mendengar lagu Impian Kasih yang dinyanyikan oleh kumpulan nasyid In-Team? Saya ingin mengambil sedikit rangkap lagu itu yang berbunyi “wanita hiasan dunia,seindah hiasan adalah wanita solehah”. Antara cara untuk mencapai matlamat itu adalah dengan mengikut segala perintah Allah dan meninggalkan laranganNya. Salah satu syariat yang telah ditetapkan oleh agama kita kepada kaum hawa ialah menutup aurat(seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan) dan apa yang saya ingin fokuskan di sini ialah mengenai berhijab (bertudung).



Sabda Rasulullah S.A.W : “Wahai anakku Fatimah!adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka yang di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya” (riwayat Bukhari & Muslim)

Mungkin ada antara kita yang berkata tak semua perempuan yang bertudung baik-baik belaka. Ya,memang betul tapi apa yang ingin saya ceritakan di sini ialah memakai tudung bukan tanda seorang itu sudah baik, tetapi untuk seseorang memperbaiki diri dia harus memakai tudung dengan sedar (full of consciousness). Bukan dia baik dengan alasan dia bertudung, sebaliknya kalau hendak jadi baik, kenalah bertudung kerana ia persis seperti apa yang ditetapkan oleh syariat Islam.
Orang kata, perempuan dan cermin tak dapat dipisahkan. Ya, saya setuju dengan penyataan itu. Sekarang, mari kita sama-sama tanya diri kita balik. Apabila kita melihat cermin sambil memperelok rupa kita,pernah tak terfikir kenapa kita memakai tudung? Adakah betul-betul kerana tuntutan syariat ataupun masih kurang jelas tujuan pemakaiannya?
Cubalah kita tanya orang di sekeliling kita kenapa mereka bertudung. Pasti ada pelbagai macam jawapan. Mungkin disebabkan budaya,fesyen,suasana sekeliling ataupun ikutan sejak dari kecil. Kita di Malaysia ini sepatutnya bersyukur kerana Negara Malaysia adalah sebuah Negara Islam dan kita bebas untuk melaksanakan tuntutan agama kita. Jika dibandingkan perempuan Islam yang berada di Negara sekular seperti Belanda, Perancis, Belgium dan United Kingdom sekarang, mereka beriya-iya mempertahankan hak mereka untuk betudung dan berpurdah walaupun pelbagai undang-undang telah diwartakan oleh negara masing-masing.
Tetapi kenapa mereka beriya-iya menjaga dan mempertahankannya sedangkan kita di Malaysia ini pula sebaliknya? Adakah kerana tiada kefahaman dan penghayatan? Ataupun kerana tiada cabaran ataupun halangan untuk mempertahankan Islam sendiri? Seorang perempuan boleh diibaratkan seperti intan permata yang perlu dibalut, disimpan dan dijaga dengan rapi supaya kilauannya terus bersinar dan tidak dicuri orang.
Merujuk kembali kepada apa yang saya katakan sebelum ini mengenai memakai tudung dengan sedar, apa yang dimaksudkan di sini ialah kita faham serta menghayati tujuan pemakaian tudung. Islam itu indah dan sempurna. Setiap apa yang ditetapkan mempunyai sebab-sebab yang logik dan rasional dan bukan dengan tujuan yang sia-sia. Seperti pemakaian tudung juga, ia bertujuan untuk memelihara maruah dan keselamatan seseorang wanita daripada pandangan jahat serta gangguan manusia.

 Allah Taala berfirman yang bermaksud: “Katakanlah kepada perempuan yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung hingga ke dadanya…” (an-Nur:31)

Berdasarkan firman Allah di atas, pemakaian tudung yang sempurna juga ada syarat-syaratnya iaitu kain tudung hendaklah labuh menutupi dada serta tidak menampakkan susuk tubuh dan ianya tidak jarang hingga boleh menampakkan rambut dan susuk leher.
Proses memakai tudung yang sempurna bagi seorang perempuan adalah sama seperti proses berhenti merokok bagi seorang lelaki. Ia memerlukan pengorbanan yang besar.Kita sering merasa tak berupaya melakukan sesuatu perubahan itu sekaligus dan berazam untuk melaksanakannya sedikit demi sedikit. Perubahan yang sedikit-sedikit itu memang baik tetapi sekiranya tidak disediakan program yang tersusun ke arah mencapai matlamat yang diingini, kita tidak akan mendapat hasil seperti yang diharapkan.
Bagi mereka yang sudah bertudung dengan sempurna pula, anda adalah imej kepada agama Islam. Oleh itu, jagalah akhlak Islamiyyah dan tunjukkan contoh serta peribadi yang mulia kepada orang lain. Akhir kata, the beauty of Islam will be reflected from the ‘beauty’ of the people.
~salam fikir, zikir, dan amal~
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
PUISI BUAT SANG WANITA

PEREMPUAN YANG DISAYANGI
Adalah pencinta TuhanNya....
Yang mengalir cinta,takut dan harap...
Yang menguasai perjalanan penghidupannya...
Dari waktu ke waktu....
Dari hari ke hari....
Sehingga perjalanan di antara....
Jasad dan nyawanya berakhir......

PEREMPUAN YANG DIRINDUI.........
Adalah perempuan yang dimata dan wajahnya....
terpancar sinar Nur Ilahi...
Lidahnya basah dengan zikrullah...
Di sudut hati kecilnya.....
Sentiasa membesarkan Allah....

PEREMPUAN YANG DICINTAI...
Yang menutup auratnya....
Dari pandangan mata ajnabi...
Kehormatan dirinya menjadi mahal nilainya....
Di sanjung tinggi......
Penduduk langit dan bumi....

PEREMPUAN YANG DIIMPIKAN...
Adalah yang mendekatkan...
Hatinya yang telah jauh...
Kepada AR-Rahman,AR-Rahim...
Di saat orang lain dilamar kebendaan....

PEREMPUAN YANG DIKASIHI...
Yang bersyukur dengan apa yang ada...
Yang bersabar pada yang tiada....
Cinta pada hidup yang sederhana....
Yang tidak bermata benda.....

PEREMPUAN YANG DISUKAI...
Menjadi diam pada dirinya sendiri....
Menjadi pelita untuk putera-puterinya....
Yang bakal dilahirkan......
untuk menyambung perjuangannya di kemudian hari....
        
  Dipetik dari qurratulain.blogdrive
  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pena Kehidupan
Oleh:.  AnyD

Oleh :
Isnin, Jun 28, 2010. KATEGORI . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 komen for �PEMAKAIAN HIJAB: DENGAN SEDAR ATAU TIDAK?�

Leave comment

POST TERKINI

KOMEN TERKINI

MEDIA dan GALERI