Jumlah Paparan Halaman

Falsafah Hidup BerAgama & BerTuhan

Pada suatu petang yang damai, angin meniup sepoi-sepoi bahasa.. Terdapat 2 orang sekawan sedang duduk-duduk menikmati angin bayu yang bertiup dari arah utara Pulau Pinang. Tiba-tiba seorang daripada mereka memulakan perbualan.

Usop : hang ada agama tak Husin?
Husin : hah?! awat hang ni tiba-tiba ja tanya soalan macam tu? (Husin
           kebingungan dan sedikit tersentap). Mestilah ada. Aku kan beragama
           Islam jugak sama macam hang.
Usop : hmm,, kalau hang ada agama, hang mesti ada tuhan kan? (Usop
           menanyakan soalan cepu cemas)
Husin : haih, mestilah ada. Hang nak cakap aku takda agama dengan tuhan
           ka? (Husin berasa sedikit tercabar dengan persoalan Usop)
Usop : dok aih.. Don't misunderstood my friend.. Aku saja tanya sebab tiba2
           aku terfikir, agak2 nya kalau aku buat temu bual dengan 50 orang
           budak kampus kita ni, rasanya 50 orang tu semua akan jawab benda
           yang sama macam hang kot.
Husin : So?? ce citer ce citer..
Usop :  So maksudnya.. Diaorang ni tau dan sedar la yang diaorang ni ada
           agama dan tuhan. Termasuklah aku dan hang sekali.
Husin : ??? (membuat muka pending)
Usop : Aku nak cakap dekat sini bahawa dalam diri manusia ni sudah tersedia
           ada dengan falsafah hidup beragama dan bertuhan. Cuma sedalam dan
           sekuat mana kesedaran dan pegangan tentang falsafah itu yang
           menjadi persoalannya..hehe
Husin : Ooh khabaq la awal2. Hang ni buat aku pending ja..huhu
Usop :  aku dah khabaq awal2 la tadi cuma tak straight forward ja.. Sory la
            ek.. Eh, dah nak Maghrib la, moh la kita balik.
Husin : moh moh..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Bismillahirrahmanirrahiim..

FALSAFAH HIDUP BERAGAMA DAN BERTUHAN

FaLSAFAH : secara detail nya, pelbagai tafsiran yang boleh menggambarkan apa itu falsafah kerana kita sendiri boleh berfalsafah tentang pengertian falsafah. Tetapi jika secara 'surface' nya, cukuplah kita faham bahawa ia suatu istilah yang menggambarkan sesuatu pemikiran dan kefahaman.

BerAgama : ada agama

BerTuhan : ada tuhan

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kalau lah semua rakyat Malaysia sedar dan pegang dengan falsafah ini, mesti polis boleh berhenti kerja, cari kerja lain. Kerajaan pula tak perlu pening-pening nak mewujudkan pelbagai undang-undang dan peraturan. Negara pun aman damai tiada jenayah, maksiat dan perkara negatif yang lain. Kan kan??

Kenapa? Sebab masing-masing akan merasai kehadiran Tuhan dalam setiap kelakuan. Yang meliputi setiap konteks individu, tempat, masa dan keadaan >> seorang anak, isteri, suami, ibu bapa, pelajar, pekerja, pemimpin, masyarakat, hamba Allah dan sebagainya.

Apabila falsafah ini dipegang, maka kita sendiri akan berasa takut untuk membuat sesuatu yang negatif tanpa perlu menunggu orang lain untuk menegur dan menegah kita. Kerana kita punya Agama dan juga Tuhan~~ yang menjadi 'guideline' kita.

TETAPI

Jangan lupa bahawa kita masing-masing ada musuh tersendiri iaitu Syaitan laknatullah. Musuh yang datang tanpa diundang, hanya pergi apabila dihalau. Mereka itu lah yang akan sentiasa melonggarkan cerucuk-cerucuk keimanan yang telah ditanam dalam tapak hati jiwa seorang mukmin.

JADI

Berwaspadalah! Sama-samalah kita sentiasa Istiqamah dalam menguatkan cerucuk keimanan dalam usaha membina sebuah menara Taqwa. Insyallah (^o^)

Dentuman petir petanda hujan
Malap sudah sinaran mentari
Alangkah indahnya jika hidup bertuhan
Sentiasa terpelihara dan diredhai..


p/s : jika ada kesilapan, sebarang komen dan pembetulan amat dialu-alukan. Sekian, terima kasih. 

Oleh :
Isnin, April 04, 2011. KATEGORI . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

2 komen for �Falsafah Hidup BerAgama & BerTuhan�

  1. Alhamdulillah... :)Ringkas dan padat. :) Jzkk

  2. :) i was here, reading this post. :) thanx

Leave comment

POST TERKINI

KOMEN TERKINI

MEDIA dan GALERI