Puasa Sunat Tasu'a & 'Asyura (9 & 10 Muharram)
Assalamualaikum W.B.T
Sejarah >>>> sebenarnya banyak sejarah Islam yang boleh dikaitkan dengan 10 Muharram.
Tapi ustaz cakap, peristiwa yang paling besar yang boleh kita ambil ialah
bersempena peristiwa Nabi Musa telah diselamatkan daripada tentera Firaun
dan berlakunya kejadian terbelahnya Laut Merah.
Dan antara peristiwa lain yang boleh dikaitkan adalah :
1) Hari pertama Allah menciptakan alam.
2) Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
3) Hari pertama Allah menurunkan hujan.
4) Allah menjadikan 'Arasy.
5) Allah menjadikan Luh Mahfuz.
6) Allah menjadikan Malaikat Jibril.
7) Nabi Adam a.s. dicipta.
8) Diampunkan dosa Nabi Adam a.s. setelah bertahun-tahun memohon keampunan kerana
melanggar larangan Allah.
9) Nabi Idris a.s. diangkat darjatnya oleh Allah dan Malaikat Izrail membawanya ke langit.
10) Diselamatkan Nabi Nuh a.s. dan pengikutnya dari banjir besar selama enam bulan dan
bahtera baginda selamat berlabuh di puncak pergunungan.
11) Nabi Ibrahim a.s. dilahirkan di kawasan pedalaman dan terselamat dari buruan Raja
Namrud.
12) Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan Allah dari api Raja Namrud.
13) Nabi Yusuf a.s. dibebaskan dari penjara setelah meringkuk di dalamnya selama tujuh
tahun.
14) Nabi Yaakub a.s. telah sembuh buta matanya ketika kepulangan anaknya Yusuf di hari
tersebut.
15) Nabi Ayub a.s. disembuhkan dari penyakitnya.
16) Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s..
17) Nabi Yunus a.s. selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama
40 hari 40 malam.
18) Kesalahan Nabi Daud a.s. diampuni Allah.
19) Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
20) Nabi Isa a.s. diangkat ke syurga ketika diburu oleh tentera Rom untuk menyalib baginda.
21) Saidina Hussein ibni Ali telah syahid akibat dibunuh dengan kejam di Karbala oleh
tentera khalifah Bani Umaiyyah iaitu Khalifah Yazid. (lebih kepada untuk orang syiah)
Hari Tasu'a pula? (hari ke-9 Muharram)
Imam al-Nawawi menyambung lagi: “Sebahagian ulamak berpendapat bahawa kemungkinan sebab digalakkan berpuasa pada hari ke-9 dengan hari ke-10 ialah supaya tidak menyamai dengan amalan kaum Yahudi yang hanya berpuasa pada hari ke-10”. (Rujuk: al-Minhaj syarh Sahih Muslim, Bab al-Siyam, ( Beirut : Dar al-Ma’rifah , cet.7, 2000), jil 4, hal. 254).
