ALUMNI

MELAYAR BAHTERA

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera :) "Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-o...

27 Feb 2013 | 0 comments | Read more

JALINAN UKHUWAH 9 GENERASI I.K.R.A.M.

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera :) Wow!! Title untuk post kali ini nampak macam GEMPAQ kan? ^_^ Ini bukanlah propaganda semata-...

30 Aug 2012 | 0 comments | Read more
KAMPUS P.PINANG

Jurang Keilmuan

Normal 0 false false false EN-MY X-NONE AR-SA Microso...

04 Nov 2013 | 0 comments| Read more

Duhai mata yang sedang menangis

Duhai mata yang sedang menangis, Mungkin tika ini kau sedang bahagia, mungkin juga kau sedang berduka. Apapun situasimu, air yang mengg...

23 May 2013 | 1 comments| Read more

Elak daripada "Kehilangan" Masa

Adakalanya masa kita banyak dihabiskan untuk perkara-perkara yang tidak diperlukan; dan juga oleh orang yang tidak sepatutnya  “mendap...

13 May 2013 | 0 comments| Read more

I.K.R.A.M

KAMPUS PUNCAK

PSA: Hari Cinta Rasul

Program Semarak Amal (PSA) yang pertama anjuran kelab IKRAM Puncak Alam/ Perdana bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat negeri Selangor. D...

07 Oct 2012 | 1 comments| Read more

#updated [PUNCAK] Tarikh Program SEPT & OKT

UPDATED ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ outdated ...

15 Aug 2012 | 1 comments| Read more

Jumlah Paparan Halaman

90213
UiTM

UiTM Students: Perubahan Kalendar Akademik

Adalah dimaklumkan, mengikut pekeliling yang dikeluarkan oleh HEA, adalah dimaklumkan secara ringkas, untuk perubahan Kalendar Akademik Ses...

01 Aug 2009 | 7 comments| Read more
SEMASA
HATI MUSLIM

Jurang Keilmuan

Normal 0 false false false EN-MY X-NONE AR-SA Microso...

04 Nov 2013 | Read more
KESIHATAN

HEALTH FOODS THAT IS NOT SO HEALTHY

Assalamualaikum & Greetings!! ^_^ As we know, health foods are good for our body & suitable for our daily consumption. But have...

19 Jul 2013 | Read more
IN-FOKUS

UPDATE - senarai kedai yang terima baucer buku 1 malaysia

1. Kedai Buku UiTM (berhadapan PTAR 1) 2. Arked Keliki ( http://www.facebook.com/arkedkeliki?ref=ts ) 3. MPH Bookstore ... 4. POPULAR 5. Ki...

13 Jan 2012 | Read more
Produk
Video
Wallpaper
Muat Turun

memory code: IKRAM SANTAI & ALUMNI

mediafire:  PART 1  |  PART 2  |  PART 3  |  PART 4  |  PART 5...

13 Dec 2010 | Read more

IKHTILAT


Assalamualaikum & Selamat Sejahtera. :)

Ikhtilat.. Dalam erti kata mudah fahamnya ialah pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. Oleh yang demikian, sebagai umat Islam juga sebagai orang Timur, kita lebih terkenal dengan sopan santun, berbudi bahasa sekaligus merangkumi etika pergaulan kita. Semestinya tiptop!!



Penulisan di bawah ini adalah hasil perkongsian ilmu daripada sahabat kita, saudara Ashraf Idris di ruangan IKRAM Discussion Group di Facebook.

Pengecualian dari hukum asal ikhtilat tersebut 

1.Pergaulan perempuan dan lelaki ajnabi yang dikategorikan sebagai darurat atas tujuanmemberikan perlindungan atau menyelamatkan perempuan itu daripada bahaya adalah diharuskan dengan syarat tidak ada tujuan-tujuan lain . Hukum ini adalah satu pengecualian dari hukumnya yang asal iaitu haram. 

Apabila Wujud Keperluan atau Hajat Muamalat Maliyyah (urusan harta)


2. Perempuan dibenarkan bergaul dengan lelaki dalam urusan yang melibatkan harta seperti jual beli atau lain-lain transaksi. Ini adalah kerana urusan sebegini memerlukan interaksi antara dua pihak sebelum berlaku aqad.

3. Penyaksian (urusan mahkamah) 

Penyaksian wanita diterima syara. Di dalam kes-kes tertentu seperti dalam kes harta dan berkaitan. 


4. Urusan kerja 

Wanita diharuskan keluar rumah untuk bekerja dengan izin suami atau penjaganya. Urusan kerja kebiasaannya melibatkan pergaulan wanita dengan lelaki. Tambahan pula bilangan tempat kerja yang mengasingkan antara lelaki dan perempuan secara total amat terhad. 


5. Melayani tetamu 

Harus bagi seorang wanita melayani tetamunya dengan syarat ia mestilah ditemani oleh suami atau mahramnya. Ini kerana, kewujudan suami atau mahramnya untuk mengelakkan berlakunya ‘khalwah’ (bersunyi-sunyian) antara seseorang wanita dan tetamunya. Begitu juga, harus bagi seseorang wanita untuk makan bersama tetamunya dengan kehadiran suami atau mahramnya bagi menjaga hak-hak tetamu. 


6. Keperluan lain yang tidak bertentangan dengan syariat 

Oleh itu pergaulan yang berlaku contohnya dalam kenderaan awam dibolehkan atas alasan ianya adalah keperluan yang mendesak. Namun demikian, keharusan ini tertakluk kepada syarat perempuan itu keluar rumah bukan untuk tujuan yang tidak syarie seperti untuk berfoya-foya . Ia mestilah bertujuan syarie seperti bekerja untuk menyara diri atau keluarga , menziarahi keluarga , pesakit dan sebagainya. Begitu juga keadaannya jika seseorang wanita perlu ke tempat-tempat awam seperti stesen bas, keretapi, pasaraya dan sebagainya. 


7. Pergaulan menurut kebiasaan adat dalam majlis-majlis 

Pergaulan antara lelaki dan perempuan di dalam majlis-majlis keramaian yang tidak bertentangan dengan syarak seperti kenduri kendara atau majlis-majlis keraian, ziarah keluarga atau jiran serta sahabat, melayan tetamu dan sebagainya dibolehkan. 


8. Pergaulan semasa belajar 

Umum mengetahui bahawa situasi keadaan di Malaysia di mana semua rakyatnya berhak untuk mendapatkan pendidikan. Walau bagaimanapun, mungkin timbul dalam usaha menuntut ilmu ini, persoalan tentang pergaulan yang mungkin wujud semasa proses pembelajaran tersebut. Sebagai pelajar sudah tentu akan wujud bentuk komunikasi antara rakan sekelas seperti bertanya soalan, study group dan tugasan secara berkumpulan dan sebagainya. Semua ini jelas menunjukkan betapa pergaulan tidak dapat dielakkan semasa proses pembelajaran.


Adab-Adab Ikhtilat dalam Islam 

Tidak bersentuhan antara perempuan dan lelaki ajnabi. 

1.Tidak melihat perempuan atau lelaki secara mengamati dan menaikkan syahwat. 
2.Memelihara aurat dan kehormatan. Aurat lelaki adalah antara lutut dan pusat manakala aurat perempuan adalah seluruh tubuh badan kecuali muka dan tangan. 
3. Tidak mengeluarkan kata-kata keji, lucah atau menunjukkan tingkahlaku yang mendorong kepada melakukan maksiat. 
4. Tidak berdua-duaan terutama di tempat sunyi dan gelap. 


Andai anda mahu membaca lebih lanjut berserta dalil2 yang lebih meyakinkan, sila berjumpa Mr.Iq ~ ^_^

Tapi INGAT!! Jangan gunakan pengecualian2 di atas sebagai landasan untuk kita bermaharajalela di sebalik kelonggaran yang diberi. Don't take advantage!! Batas atau sempadan untuk pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan itu tetap ada walaupun terdapat kelonggaran tertentu yang berlandaskan syariat. Sila fahamkan dan amalkan lalu sebarkan~

MAFIA: Andai kita memahami erti IKHTILAT sesungguhnya kita akan lebih suka cara yang Islam anjurkan untuk bergaul dalam konteks bersembang, bertutur serta bertingkah-laku terhadap sahabat berlainan jantina. Insya'Allah.. 

Khamis, Ogos 23, 2012. KATEGORI . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 komen for �IKHTILAT�

Leave comment

MEDIA dan GALERI

Designed by Solaranlagen | with the help of Bed In A Bag and Lawyers