Jumlah Paparan Halaman

Arkib Blog

~ Penjajah Terkejut, Tulisan Jawi Dikuburkan ~




Posted on the December 15th, 2009 under Berita, Tempatan, Unik by johnjimat

Semasa bekerja di Queen Mother Library, saya diminta untuk melayan seorang pengunjung, warga emas Scottish. Walaupun saya menjangkakan yang umur beliau sudah mencecah umur 70-an dan sudah bertongkat, tetapi datuk Scottish ini kelihatan cerah fizikal dan akal.

Semasa menguruskan kad keahlian perpustaan beliau, banyak soalan diajukan kepada saya. Antara yang amat menarik perhatian saya ialah:

Are you jawi people.. errr I mean from Malaya?

Yes I am from Malaya. We call our country now as Malaysia.

How do you have a good English (Latin character) writing?

Because simply Id been grown up by this.

Ohh dear me, I thought Malayan people are still using this Arabic or Quranic font to write their language. I still remember its called jawi, and even a lot of people call your people as jawi.

Rupa-rupanya pakcik itu, seperti ratusan bahkan mungkin ribuan lagi warga British yang lain, pernah berkhidmat menjajah Tanah Melayu suatu masa dahulu. Beliau terkejut kerana tulisan jawi sudah tidak lagi digunakan secara meluas di negara kita, sedangkan semasa beliau bertugas di negara kita sepanjang sekitar tahun 40-50an, tulisan jawi digunakan secara meluas. Bahkan beliau sendiri boleh mengingati beberapa huruf arab/jawi.

Sepanjang pemerhatian saya, kebanyakan warga emas di Malaysia lebih fasih membaca tulisan jawi berbanding tulisan rumi. Mana tidaknya, itulah dia tulisan rasmi sewaktu mereka di bangku persekolahan. Arwah abah saya sendiri, yang pernah menjadi salah seorang pegawai atasan Telekom, banyak mencatat di dalam jawi. Arwah atuk saya, melanggan akhbar Utusan Melayu yang kini telah dipusarakan. Bahkan, pemasyhuran kemerdekaan pada tahun 1957 turut ditulis di dalam tulisan jawi. Itu belum ditelek lagi dokumen perjanjian perdagangan antara Raja-raja Melayu dengan pedagang dan penjajah Portugis, Belanda dan Inggeris lagi.

Ketika pendita Zaba telah memberikan nafas baru kepada tulisan jawi dengan karya agungnya Rahsia Tulisan Jawi, agak malang kerana anak-anak didik penjajah berkulit sawa matang telah mentalkinkannya di dalam sistem pendidikan. Permulaan kepada pengakhiran tulisan jawi, ialah selepas perlaksanaan Akta Bahasa 1963 ketika mana tulisan rumi telah dijadikan tulisan rasmi di dalam urusan kerajaan khususnya di dalam sistem pendidikan. Apa yang berlaku di negara kita pada waktu tersebut ialah duplikasi sekularisasi daripada negara Turki, setelah kejatuhan khilafah Uthmaniyyah, antara keutamaan anak didik penjajah ketika itu ialah melatinkan tulisan Turki yang asalnya menggunakan huruf Arab.

Team Kuasa100

Daripada wujudnya kelas jawi di sekolah rendah, akhirnya jawi terkubur di dalam buku teks subjek Pengajian Islam sahaja. Kesannya, ialah generasi muda yang merangkak-rangkak membaca jawi dan yang sedihnya, menjejaskan kelancaran bacaan al-Quran mereka. Ya saya akui ada perdebatan akademik mengenai adakah tulisan jawi membantu bacaan al-Quran, akan tetapi itu bukan soal pokok yang ingin saya bincangkan di sini.

Akhbar tulisan Urdu di UK

Di United Kingdom, saya rasa kagum dengan bagaimana orang-orang Pakistan dan India yang ramai bermigrasi di sini memelihara tulisan Urdu mereka supaya sama dengan tulisan Arab. Anak-anak muda mereka masih lagi lancar menulis di dalam tulisan Urdu, walaupun bersekolah Inggeris, dan hidup pun gaya British. Mereka masih mampu menerbitkan surat khabar di dalam tulisan Urdu di negara sekular ini, dan ianya dibaca secara meluas. Pergilah sahaja ke masjid, atau ke kedai halal, anda akan dapat melihat tulisan Urdu.

Cuma alhamdulillah ketika pemerintahan Tun Abdullah dengan slogan Islam Hadharinya, beliau telah menggagaskan j-Qaf. Pada peringkat awal, saya pun tidak tahu apakah yang dimaksudnya dengan j-Qaf. Rupa-rupanya, ia adalah merupakan satu cubaan untuk menyuntik nafas baru di dalam subjek Jawi, Quran, Arab dan Fardhu Ain (singkatannya ialah j-Qaf). Ramai rakan-rakan sepengajian saya di Mesir bekerja sebagai guru j-Qaf di sekolah kerajaan. Ketepikan khilaf politik, didoakan agar usaha itu boleh mengembalikan kegemilangan tulisan jawi.

Dan tidak cukup dengan itu sahaja, generasi saya, iaitu generasi mak abah kepada anak-anak moden perlu sedari awal mendidik anak-anak kita dengan tulisan Arab. Pendedahan awal akan memastikan mereka lancar membaca al-Quran apabila dewasa nanti. Tulisan jawi bagi saya amat membantu penguasaan bahasa Arab dan al-Quran.

Justeru, ketika Pendita Zaba telah berusaha merekaya tulisan jawi dengan karya Rahsia Tulisan Jawinya, maka janganlah kita menjadi generasi yang merahsiakan tulisan jawi di dalam pusaranya.


Link asal: http://berita-harian-online.com/penjajah-terkejut-tulisan-jawi-dikuburkan/

Khamis, Februari 18, 2010. KATEGORI . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

3 komen for �~ Penjajah Terkejut, Tulisan Jawi Dikuburkan ~�

  1. Sayangnya... ni la satu-satunya nilai y terpenting pada umat tanah malaya(malaysia)... JAWI.

  2. Tanpa Nama

    windunyer nk blajar jawi blik cam skula agama dlu..huhuhuu

  3. Tanpa Nama

    umm..mmg pon skunk mne nak ada da pngusaan thadap jawi.. skunk da lbih pntingkn pguasaan bhsa asing cth: bhsa english.. kalau nk buat pon, balnce la bhsa jawi dgn english.. baru la adil..jgn lupa yg lme wpon nk mmbgn..dlu asal dgn jawi blja. bler da ada bhsa english da xnk dah bhsa jawi.. ksian la kt generasi akn dtg.. nnt dorg xtau apa e2 jawi.. kte generasi skunk la yg b'tgjwb..terapkn di skolah lbh kpda jawi. apa slh'y.. btol.. pandai jawi.. lbh memudahkn untuk mgaji AL-QURAN..

Leave comment

POST TERKINI

KOMEN TERKINI

MEDIA dan GALERI