Jumlah Paparan Halaman

Statu$ Kita Dengan Si DIA~


Setiap hari setiap masa, masing-masing antara kita sibuk dengan urusan dan hal masing2. Sehinggakan kita terlupa akan hubungan kita yang pernah terjalin. Hubungan yang pernah terjalin dengan si Dia. siapa si Dia itu? Dia itu adalah tuan dan juga tuhan kita iaitu ALLAH yang maha pengasih lagi maha penyayang.



Hari-hari kita dipenuhi dengan rahmatNya dan dengan izinNya jugalah kita masih dapat melihat dunia pada hari ini. Tetapi kita sering leka dan alpa kerana dek sibuk mengejarkan urusan2 dunia. jadi,apakah status hubungan kita dengan Allah sekarang ni? tanyalah IMAN di HATI (bukan iman yang itu-sesiapa yang bernama iman jangan perasan ye)  (~_~')

Adakah in relationship ??
   engaged ??
  married ??
   divorced ??
  Ataupun it's complicated! ??
                                    Ataupun sebaliknya??

Adakah kita available untuk Allah sedangkan Allah sentiasa available untuk kita?

Allah sentiasa available untuk kita- tidak kira kita ni siapa, untuk dijadikan peneman di kala suka dan duka. 

tapi hakikatnya, kitalah yang selalu putuskan hubungan kita dengan Allah. Bila resah gelisah dengan keadaan barulah hendak menjalinkan hubungan kita semula denganNya. Mahukah hubungan kita sekejap putus sekejap tidak dengan tuhan kita?

Cuba andaikan kalau hubungan dengan sesama manusia. bila senang ditinggalkan,bila susah baru dicari..  Pasti kita tidak mahu begitu bukan? Inikan pula dengan tuhan kita. Bila senang n0t available,bila susah baru available. Sebagai seorang hamba,kita patut berasa malu jika begitulah yang berlaku.

Sesungguhnya, Kita lah yang menentukan status kita dengan ALLAH.. tanyalah diri sendiri kerana hanya kita sahaja yang tahu dan mampu memberikan jawapan tentang status kita dengan Allah. Perbaikilah hubungan kita dengan Allah. Wallahu'alam..

p/s : m0hon maaf atas penggunaan bahasa2 global dan yang kurang formal
       pada p0st kali ni. Insyallah, sem0ga dapat difikir,dizikir & diamalkan     
       bersama-sama..

SELAMAT MENGHADAPI FINAL EXAM & LULUS DENGAN CEMERLANG (^0^)
                                 

http://ndh5.blogspot.com/

Oleh :
Jumaat, Oktober 01, 2010. KATEGORI . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 komen for �Statu$ Kita Dengan Si DIA~�

Leave comment

POST TERKINI

KOMEN TERKINI

MEDIA dan GALERI