Assalamualaikum & Selamat Sejahtera :)
Wow!! Title untuk post kali ini nampak macam GEMPAQ kan? ^_^ Ini bukanlah propaganda semata-mata, tapi itulah perancangan yang telah dibuat dan invitation di Facebook yang telah dihantar kepada majoriti Alumni IKRAM. Namun atas sebab kekangan masa dan pekerjaan, maka kami hanya dapat mengumpulkan wakil-wakil daripada 5 generasi sahaja. Tapi alhamdulillah, respon daripada wakil-wakil ini adalah amat baik. Oleh itu, setelah perbincangan dibuat, 31hb Mac 2012 menjadi pilihan & mendapat kata sepakat. :)
Apakah tujuan program ini?
* Menjalin semula ukhuwah yang terbina kerana Allah yang telah lama terputus kerana masing-masing mengejar cita-cita
* Mengeratkan janji persahabatan yang pernah kita terbina
* Mencari semula jejak terciptanya ikatan istimewa kita sebagai keluarga
Tempat kami menunggu ahli dari Klang, Puncak Alam/Perdana, Subang ialah di Restoran Hakeem lama di belakang UiTM Shah Alam (seperti
Unplanned Programs yang sering kami adakan ^_^). Sementara menunggu ketibaan tetamu-tetamu kehormat, kami yang dari Shah Alam sudah bersiap sedia memesan sarapan pagi bertemankan suasana sejuk kerana hujan renyai-renyai sejak pukul 8.30 pagi.
Setelah penat menunggu mereka semua, akhirnya penantian kami berakhir setelah semuanya berkumpul. Yang menambahkan kemeriahan dan mencuit hati masing-masing ialah apabila
team dari Klang dengan penuh bersemangatnya memakai pakaian bersukan lengkap (kerana dalam tentatif prog terdapat aktiviti "mendaki bukit curam"). TAHNIAH!! Mereka berjaya menghidupkan suasana.
~ inilah wira & wirawati yang bakal mendaki kecuraman bukit tinggi~
(B: D-la, Diyana, Fizi, Kimi, Tuan, Muna, Utea, Iman,
F: Azie, Cha, Temah, Wena, Awe)
Tentatively, kami harus bertolak dari Shah Alam pukul 9 pagi. Namun atas faktor cuaca, dalam pukul 9.45 pagi kami bertolak. Kereta yang dipandu oleh Faiz (Abg Cha) mendahului dan kereta saya yang terakhir. Kami menggunakan 3 buah kereta yang comel-comel saiznya.
Kereta Satria Neo
Pemandu: Faiz
Peserta: 'Aisyah (Cha), Amin (Awe), Sayuti (Utea), Tuan
Kereta Viva
Pemandu: Fadhilah (D-la)
Peserta: Fatimah (Temah), Aziah (Azi), Huwaina (Wena), Diyana (Dee)
Kereta Kelisa
Pemandu: Shazwani (saya)
Peserta: Iman, Amirul (Kimi), Munawwar (Muna), Hafizi (Fizi)
Dalam hujan yang renyai-renyai itu kami menelusuri
Federal Highway menuju ke NKVE. Namun malang tidak berbau, NKVE sesak yang teramat! Oleh yang demikian,
tour guide telah
detour dan menghala ke Sg.Buloh. Alhamdulillah tiada kesesakan di laluan tersebut. Namun hujan masih belum mahu berhenti. Tidak mengapa!! Kami berjiwa kental, bakal meredah halangan.. Insya'Allah.. :)
Separuh perjalanan, kami berhenti di R&R Genting-Sempah. Para peserta terpaksa berhenti untuk menyahut seruan alam (
nature's call). Sambil itu mereka berpeluang membeli aiskrim d R&R tersebut. TAK LOGIK!! Hujan-hujan pun mereka sanggup bersejuk-sejuk lagi dengan aiskrim. Tapi tidak mengapa, asalkan mereka bergembira. :)
~ ini bahagian saya yang telah habis. tq iman!! ~
Setelah lebih kurang 20 minit berhenti, perjalanan diteruskan menuju puncak!! Kami memusingkan stereng menghala ke arah Bukit Tinggi. Perjalanan ke sana mengambil masa lebih kurang 30 minit selepas berlepas dari R&R GS.
Sesampainya di Bukit Tinggi, kami meregang-regangkan otot yang dah lama berdiam diri mendaki bukit yang curam. Harga bayaran masuk ke kawasan Bukit Tinggi ini adalah RM12
per person. Di
parking area, mereka telah dipaksa oleh saya untuk memakai
button badge yang saya reka khas buat semua.
~ contoh: hak milik shazwani ~
Kembara kami bermula di Colmar Tropicale.
Areanya ala-ala di England. :) Kami naik dari
carpark, terus menuju ke satu bangunan yang sangat tinggi sesuai untuk
sight-seeing of the whole Colmar. Kiranya bangunan tu boleh dikategorikan sebagai menara tinjau. Pelbagai aksi-aksi yang tak pernah orang awam fikirkan, telah para peserta lakukan.
~ menara tinjau ~
~ wirawati yang berjaya menakluk puncak!! ~
~ para perwira yang berjaya buat perkara bukan-bukan ~
~ karipap-karipap cinta ke bukit tinggi ~
Setelah menikmati keindahan di dalam Colmar Tropicale, kami melepak sebentar di luarnya. Dari sini, pemandangan seolah-olah berada di negara beriklim sejuk. Alangkah indahnya!!
~ pemandangan Colmar Tropicale dari luar ~
~ G5, G6, G8, G9.. G2 sedang mengambil foto ya.. ~
~ Temah tiada dalam gambar kerana sedang sibuk menguruskan pembelian hartanah :P ~
Di bahagian bawah Colmar ini terdapat sungai buatan yang menempatkan Swan. Ada sepasang Swan berlainan warna. Malahan di sini juga terdapat taman-taman botani kecil yang indah-indah. Dari sini juga dapat mengamati pemandangan ke jambatan yang menghubungkan Colmar dalam dan bahagian luarnya.
~ macam dalam fairy tales ~
~ ini swan yang putih, yang hitam tak kelihatan ~
~ jambatan gantung yang tidak tergantung ~
~ sungguh sakan mereka ini ~
Destinasi kami seterusnya adalah ke Japanese House nun di atas bukit. Menuju ke tempat inilah sangat mencabar stamina serta ketangkasan wira dan wirawati ini. Dari kawasan meletak kereta menuju ke rumah Jepun itu memerlukan peserta mendaki bukit dengan kecerunan lebih kurang 45 darjah. Sungguh penat!! ==''
~ nampak jugalah kecuraman bukit ini ~
~ pilih yang mana berkenan di hati ~
~ japanese house ~
~ adakah kepenatan ataukah ada agendanya? ~
Selesai menjelajah ke Japanese House yang sungguh sederhana itu, kami turun semula ke tempat meletak kenderaan. Kami berehat-rehat sebentar sementara menunggu untuk makan-makan ringan tengahari. Cuma makan-makan ringan roti sekaya & lovely cupcakes yang Temah buatkan untuk Azie.
Sudah kenyang melapik perut, enjin kereta dihidupkan dan kami menuju ke R&R GS. Di sana kami berhenti untuk solat Zohor & Asar. Asal cadangan hendak makan tengahari di sana, tapi tiba-tiba idea yang lebih bernas munucul di minda! :)
Pengembaraan kami berakhir di RFC Seksyen 7 untuk makan malam (termasuk makan tengahari & petang). Kebetulan pula, 28hb baru-baru ini adalah birthday Azie. Jadi untuk memeriahkan suasana, kami telah menyambut birthday Azie di RFC sekali lagi (seperti yang selalu dilakukan di RFC Laguna pada setiap musim Ramadhan).
~ mereka dah lapar.. jom makan dulu!! ~
~ konspirasi mencari jalan dalam percaturan hidup ~
Setelah kenyang, kami pun beredar dari RFC. Program berakhir dengan salam ukhuwah atau juga dikenali sebagai salam semut, ketika suara azan maghrib mendayu-dayu.
Alhamdulillah, program yang dirancang dalam masa yang singkat telah berjaya!! Semua ini adalah restu daripada Allah Yang Maha Esa serta ibubapa pihak peserta juga keinginan para peserta bersatu hati.
~ inilah kami.. hasil karya sifu awe ~
p/s: untuk menikmati banyak lagi gambar-gambar menarik sila ke
FB Shaz or
FB Temah.
MAFIA: Setiap yang bermula pasti akan berakhir. Itulah yang dinamakan program! Namun permulaan ukhuwah kita tanpa paksaan, maka pengakhiran ukhuwah kita perlukan kerelaan & keredhaan. :)
Assalamualaikum & Selamat Sejahtera. :)
Ikhtilat.. Dalam erti kata mudah fahamnya ialah pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. Oleh yang demikian, sebagai umat Islam juga sebagai orang Timur, kita lebih terkenal dengan sopan santun, berbudi bahasa sekaligus merangkumi etika pergaulan kita. Semestinya tiptop!!
Penulisan di bawah ini adalah hasil perkongsian ilmu daripada sahabat kita, saudara Ashraf Idris di ruangan IKRAM Discussion Group di Facebook.
Pengecualian dari hukum asal ikhtilat tersebut
1.Pergaulan perempuan dan lelaki ajnabi yang dikategorikan sebagai darurat atas tujuanmemberikan perlindungan atau menyelamatkan perempuan itu daripada bahaya adalah diharuskan dengan syarat tidak ada tujuan-tujuan lain . Hukum ini adalah satu pengecualian dari hukumnya yang asal iaitu haram.
Apabila Wujud Keperluan atau Hajat Muamalat Maliyyah (urusan harta)
2. Perempuan dibenarkan bergaul dengan lelaki dalam urusan yang melibatkan harta seperti jual beli atau lain-lain transaksi. Ini adalah kerana urusan sebegini memerlukan interaksi antara dua pihak sebelum berlaku aqad.
3. Penyaksian (urusan mahkamah)
Penyaksian wanita diterima syara. Di dalam kes-kes tertentu seperti dalam kes harta dan berkaitan.
4. Urusan kerja
Wanita diharuskan keluar rumah untuk bekerja dengan izin suami atau penjaganya. Urusan kerja kebiasaannya melibatkan pergaulan wanita dengan lelaki. Tambahan pula bilangan tempat kerja yang mengasingkan antara lelaki dan perempuan secara total amat terhad.
5. Melayani tetamu
Harus bagi seorang wanita melayani tetamunya dengan syarat ia mestilah ditemani oleh suami atau mahramnya. Ini kerana, kewujudan suami atau mahramnya untuk mengelakkan berlakunya ‘khalwah’ (bersunyi-sunyian) antara seseorang wanita dan tetamunya. Begitu juga, harus bagi seseorang wanita untuk makan bersama tetamunya dengan kehadiran suami atau mahramnya bagi menjaga hak-hak tetamu.
6. Keperluan lain yang tidak bertentangan dengan syariat
Oleh itu pergaulan yang berlaku contohnya dalam kenderaan awam dibolehkan atas alasan ianya adalah keperluan yang mendesak. Namun demikian, keharusan ini tertakluk kepada syarat perempuan itu keluar rumah bukan untuk tujuan yang tidak syarie seperti untuk berfoya-foya . Ia mestilah bertujuan syarie seperti bekerja untuk menyara diri atau keluarga , menziarahi keluarga , pesakit dan sebagainya. Begitu juga keadaannya jika seseorang wanita perlu ke tempat-tempat awam seperti stesen bas, keretapi, pasaraya dan sebagainya.
7. Pergaulan menurut kebiasaan adat dalam majlis-majlis
Pergaulan antara lelaki dan perempuan di dalam majlis-majlis keramaian yang tidak bertentangan dengan syarak seperti kenduri kendara atau majlis-majlis keraian, ziarah keluarga atau jiran serta sahabat, melayan tetamu dan sebagainya dibolehkan.
8. Pergaulan semasa belajar
Umum mengetahui bahawa situasi keadaan di Malaysia di mana semua rakyatnya berhak untuk mendapatkan pendidikan. Walau bagaimanapun, mungkin timbul dalam usaha menuntut ilmu ini, persoalan tentang pergaulan yang mungkin wujud semasa proses pembelajaran tersebut. Sebagai pelajar sudah tentu akan wujud bentuk komunikasi antara rakan sekelas seperti bertanya soalan, study group dan tugasan secara berkumpulan dan sebagainya. Semua ini jelas menunjukkan betapa pergaulan tidak dapat dielakkan semasa proses pembelajaran.
Adab-Adab Ikhtilat dalam Islam
Tidak bersentuhan antara perempuan dan lelaki ajnabi.
1.Tidak melihat perempuan atau lelaki secara mengamati dan menaikkan syahwat.
2.Memelihara aurat dan kehormatan. Aurat lelaki adalah antara lutut dan pusat manakala aurat perempuan adalah seluruh tubuh badan kecuali muka dan tangan.
3. Tidak mengeluarkan kata-kata keji, lucah atau menunjukkan tingkahlaku yang mendorong kepada melakukan maksiat.
4. Tidak berdua-duaan terutama di tempat sunyi dan gelap.
Andai anda mahu membaca lebih lanjut berserta dalil2 yang lebih meyakinkan, sila berjumpa Mr.Iq ~ ^_^
Tapi INGAT!! Jangan gunakan pengecualian2 di atas sebagai landasan untuk kita bermaharajalela di sebalik kelonggaran yang diberi. Don't take advantage!! Batas atau sempadan untuk pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan itu tetap ada walaupun terdapat kelonggaran tertentu yang berlandaskan syariat. Sila fahamkan dan amalkan lalu sebarkan~
MAFIA: Andai kita memahami erti IKHTILAT sesungguhnya kita akan lebih suka cara yang Islam anjurkan untuk bergaul dalam konteks bersembang, bertutur serta bertingkah-laku terhadap sahabat berlainan jantina. Insya'Allah..
Assalamualaikum & Selamat Sejahtera. :)
Ramadhan sudah berjaya berlari pergi tapi kita masih tetap di sini menanti hari-hari yang tak pasti. Kenapa menanti? Gigihlah menguak langkah sempena Syawal yang mulia ini bagi menyempurnakan amal ibadat. Bukan sahaja di bulan Ramadhan kita perlu meningkatkan ibadat, namun Syawal pun harus, malah di bulan October pun perlu, juga bulan Februari tak ketinggalan.
Itulah yang dinamakan USAHA!!
Sama jugalah situasinya apabila kita cuba mengenal erti hidup. Kita semestinya tercari-cari apakah sebenarnya tujuan kita hidup? Secara logik dan waras kita hidup untuk beribadat kepada Maha Pencipta. Tapi bagaimanakah kita hendak sampai ke tujuan hidup kita itu? Itulah yang perlu dipersoalkan. Andai kita tidak sedikit pun berusaha untuk mencari Dia, sesungguhnya Dia juga turut jauh daripada kita.
Apatah lagi di usia dunia yang sedang merangkak ke senja ini. Banyak lagi dugaan, ujian dan godaan yang perlu kita semua lalui. Tapi pernahkah kita terfikir untuk berhenti sejenak dan meringankan fikiran. Muhasabah diri kita. Cari titik punca perubahan kita yang kurang menyenangkan kepada kelakuan yang lebih sedap mata memandang.
It's never too late to change!!
Going through hardship for a change towards betterman is much more worthy than not being a betterman but has to go through hardship!! ~Shazwani~ ^_^
Pernahkah kita berusaha untuk menjadi seperti dia? Pernahkah sedikit pun terdetik di hati kita untuk menjadi seperti wanita yang disebutkan itu? Andai pembaca seorang lelaki, pernahkah anda berazam dan bertekad untuk berubah dan mempunyai ciri-ciri serta perwatakan seperti Nabi Muhammad S.A.W.?? Andai kita masing-masing belum pernah punyai hasrat sedemikian, eloklah kiranya kita tanam mulai sekarang agar kita dapat menuai hasilnya tidak lama lagi. Insya'Allah.
Allah tak pernah janjikan langit selalu biru
tanpa berarak awan mendung kelabu..
Allah tak pernah janjikan pelangi
tanpa diturunkan hujan sebelum matahari menyinari..
Allah tak pernah janjikan jalan hidup yang mudah
tanpa diselitkan dengan ujian dan dugaan..
Allah tak pernah janjikan kejayaan
tanpa perlu ada susah payah harungi kegagalan..
Sebab Allah sayang kat hamba Nya.
Pada sesetengah individu, teramatlah susah untuk berusaha. Seolah-olah 'usaha' itu perlu dicangkul-cangkul, digali-gali, dikorek-korek, ditarah-tarah. Baiklah~ jom kita tengok konsep USAHA ini dari kacamata seorang kanak-kanak. Nampak macam remeh, kan? Tapi hasilnya semestinya akan meyakinkan kita yang dah hampir suku abad ini, bahawa usaha itu antara MAHU dan TAK MAHU sahaja. "Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih." - bidalan Melayu. :)
Seorang budak lelaki bernama Ali amat suka mandi sungai. Pada suatu hari ketika cuti sekolah, dia pulang ke kampung neneknya. Dia bercadang untuk menghabiskan cuti persekolahannya menjalankan aktiviti atau hobinya iaitu mandi sungai. Sampainya Ali di sungai dia mendapati sungai tersebut dikotori dengan plastik, kertas-kertas suratkhabar, botol-botol kosong dan tin-tin berkarat. Hati Ali yang sejak tadi berbunga-bunga dan berkobar-kobar kini luluh melihat keadaan sebegitu. Oleh kerana Ali sangatlah hendak mandi di sungai itu, dia telah mengambil inisiatif untuk mengutip sampah-sampah itu terlebih dahulu sebelum dia melakukan terjunan. Alhamdulillah berkat usaha Ali yang sedikit itu, dia berjaya melakukan terjunan di akhirnya.
Andai cerita di atas tersebut masih tidak dapat meyakinkan kita, mari jenguk-jenguk persamaan di bawah:
Usaha sedikit + Disiplin = Perubahan + Pengalaman
Usaha banyak + Disiplin tinggi = (Perubahan + Pengalaman) TAK TERHINGGA
Nah!! Itulah sebenarnya konsep usaha~ ~_^ Tak kiralah siapa diri kita, di mana kita berada dan apa status kita, tanpa usaha kita tidak akan ke mana-mana. Sekalipun mimpi kita seolah-olah mustahil direalisasikan, tapi hanya usaha dapat merubah impian menjadi nyata. Kata kuncinya ialah USAHA!!
"The future belongs to those who believe in the beauty of their dreams." ~Eleanor Roosevelt~
Apa yang dimaksudkan?
Masa depan itu adalah milik orang yang percaya dengan keindahan mimpinya. [direct translation with similar meaning]
Bagaimana hendak jadikan mimpi indah itu boleh dipercayai?
USAHA! :)
Jadi, apa yang kita lengahkan lagi? Ayuhlah kita bersama-sama berusaha menuju kebaikan. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Dalam konteks usaha ini membawa maksud buanglah segala keburukan daripada hidup kita dan tanamlah kebaikan agar segala yang kelam dahulu menjadi bersinar kini. Jangan setakat buat sendiri, tapi ajaklah sahabat-sahabat, kaum keluarga dan orang ramai untuk sama-sama melangkah.
JOM!!
MAFIA : Sedangkan haiwan yang dicipta tanpa akal pun berusaha gigih untuk membina sarang sendiri, mencari rezeki sendiri, dsb. inikan pula lagi manusia yang dikurniakan akal fikiran. USAHA lah~ ^_^