USAHA
Assalamualaikum & Selamat Sejahtera. :)
Ramadhan sudah berjaya berlari pergi tapi kita masih tetap di sini menanti hari-hari yang tak pasti. Kenapa menanti? Gigihlah menguak langkah sempena Syawal yang mulia ini bagi menyempurnakan amal ibadat. Bukan sahaja di bulan Ramadhan kita perlu meningkatkan ibadat, namun Syawal pun harus, malah di bulan October pun perlu, juga bulan Februari tak ketinggalan.
Itulah yang dinamakan USAHA!!
Sama jugalah situasinya apabila kita cuba mengenal erti hidup. Kita semestinya tercari-cari apakah sebenarnya tujuan kita hidup? Secara logik dan waras kita hidup untuk beribadat kepada Maha Pencipta. Tapi bagaimanakah kita hendak sampai ke tujuan hidup kita itu? Itulah yang perlu dipersoalkan. Andai kita tidak sedikit pun berusaha untuk mencari Dia, sesungguhnya Dia juga turut jauh daripada kita.
Apatah lagi di usia dunia yang sedang merangkak ke senja ini. Banyak lagi dugaan, ujian dan godaan yang perlu kita semua lalui. Tapi pernahkah kita terfikir untuk berhenti sejenak dan meringankan fikiran. Muhasabah diri kita. Cari titik punca perubahan kita yang kurang menyenangkan kepada kelakuan yang lebih sedap mata memandang.
Going through hardship for a change towards betterman is much more worthy than not being a betterman but has to go through hardship!! ~Shazwani~ ^_^
Sama jugalah situasinya apabila kita cuba mengenal erti hidup. Kita semestinya tercari-cari apakah sebenarnya tujuan kita hidup? Secara logik dan waras kita hidup untuk beribadat kepada Maha Pencipta. Tapi bagaimanakah kita hendak sampai ke tujuan hidup kita itu? Itulah yang perlu dipersoalkan. Andai kita tidak sedikit pun berusaha untuk mencari Dia, sesungguhnya Dia juga turut jauh daripada kita.
Apatah lagi di usia dunia yang sedang merangkak ke senja ini. Banyak lagi dugaan, ujian dan godaan yang perlu kita semua lalui. Tapi pernahkah kita terfikir untuk berhenti sejenak dan meringankan fikiran. Muhasabah diri kita. Cari titik punca perubahan kita yang kurang menyenangkan kepada kelakuan yang lebih sedap mata memandang.
It's never too late to change!!
Pernahkah kita berusaha untuk menjadi seperti dia? Pernahkah sedikit pun terdetik di hati kita untuk menjadi seperti wanita yang disebutkan itu? Andai pembaca seorang lelaki, pernahkah anda berazam dan bertekad untuk berubah dan mempunyai ciri-ciri serta perwatakan seperti Nabi Muhammad S.A.W.?? Andai kita masing-masing belum pernah punyai hasrat sedemikian, eloklah kiranya kita tanam mulai sekarang agar kita dapat menuai hasilnya tidak lama lagi. Insya'Allah.
Allah tak pernah janjikan langit selalu biru
tanpa berarak awan mendung kelabu..
Allah tak pernah janjikan pelangi
tanpa diturunkan hujan sebelum matahari menyinari..
Allah tak pernah janjikan jalan hidup yang mudah
tanpa diselitkan dengan ujian dan dugaan..
Allah tak pernah janjikan kejayaan
tanpa perlu ada susah payah harungi kegagalan..
Sebab Allah sayang kat hamba Nya.
Pada sesetengah individu, teramatlah susah untuk berusaha. Seolah-olah 'usaha' itu perlu dicangkul-cangkul, digali-gali, dikorek-korek, ditarah-tarah. Baiklah~ jom kita tengok konsep USAHA ini dari kacamata seorang kanak-kanak. Nampak macam remeh, kan? Tapi hasilnya semestinya akan meyakinkan kita yang dah hampir suku abad ini, bahawa usaha itu antara MAHU dan TAK MAHU sahaja. "Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih." - bidalan Melayu. :)
Seorang budak lelaki bernama Ali amat suka mandi sungai. Pada suatu hari ketika cuti sekolah, dia pulang ke kampung neneknya. Dia bercadang untuk menghabiskan cuti persekolahannya menjalankan aktiviti atau hobinya iaitu mandi sungai. Sampainya Ali di sungai dia mendapati sungai tersebut dikotori dengan plastik, kertas-kertas suratkhabar, botol-botol kosong dan tin-tin berkarat. Hati Ali yang sejak tadi berbunga-bunga dan berkobar-kobar kini luluh melihat keadaan sebegitu. Oleh kerana Ali sangatlah hendak mandi di sungai itu, dia telah mengambil inisiatif untuk mengutip sampah-sampah itu terlebih dahulu sebelum dia melakukan terjunan. Alhamdulillah berkat usaha Ali yang sedikit itu, dia berjaya melakukan terjunan di akhirnya.
Andai cerita di atas tersebut masih tidak dapat meyakinkan kita, mari jenguk-jenguk persamaan di bawah:
Usaha sedikit + Disiplin = Perubahan + Pengalaman
Usaha banyak + Disiplin tinggi = (Perubahan + Pengalaman) TAK TERHINGGA
Nah!! Itulah sebenarnya konsep usaha~ ~_^ Tak kiralah siapa diri kita, di mana kita berada dan apa status kita, tanpa usaha kita tidak akan ke mana-mana. Sekalipun mimpi kita seolah-olah mustahil direalisasikan, tapi hanya usaha dapat merubah impian menjadi nyata. Kata kuncinya ialah USAHA!!
"The future belongs to those who believe in the beauty of their dreams." ~Eleanor Roosevelt~
Apa yang dimaksudkan?
Masa depan itu adalah milik orang yang percaya dengan keindahan mimpinya. [direct translation with similar meaning]
Bagaimana hendak jadikan mimpi indah itu boleh dipercayai?
USAHA! :)
Jadi, apa yang kita lengahkan lagi? Ayuhlah kita bersama-sama berusaha menuju kebaikan. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Dalam konteks usaha ini membawa maksud buanglah segala keburukan daripada hidup kita dan tanamlah kebaikan agar segala yang kelam dahulu menjadi bersinar kini. Jangan setakat buat sendiri, tapi ajaklah sahabat-sahabat, kaum keluarga dan orang ramai untuk sama-sama melangkah.
JOM!!