Jumlah Paparan Halaman

JALINAN UKHUWAH 9 GENERASI I.K.R.A.M.

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera :)

Wow!! Title untuk post kali ini nampak macam GEMPAQ kan? ^_^ Ini bukanlah propaganda semata-mata, tapi itulah perancangan yang telah dibuat dan invitation di Facebook yang telah dihantar kepada majoriti Alumni IKRAM. Namun atas sebab kekangan masa dan pekerjaan, maka kami hanya dapat mengumpulkan wakil-wakil daripada 5 generasi sahaja. Tapi alhamdulillah, respon daripada wakil-wakil ini adalah amat baik. Oleh itu, setelah perbincangan dibuat, 31hb Mac 2012 menjadi pilihan & mendapat kata sepakat. :)

Apakah tujuan program ini?
* Menjalin semula ukhuwah yang terbina kerana Allah yang telah lama terputus kerana masing-masing mengejar cita-cita
* Mengeratkan janji persahabatan yang pernah kita terbina
* Mencari semula jejak terciptanya ikatan istimewa kita sebagai keluarga

Tempat kami menunggu ahli dari Klang, Puncak Alam/Perdana, Subang ialah di Restoran Hakeem lama di belakang UiTM Shah Alam (seperti Unplanned Programs yang sering kami adakan ^_^). Sementara menunggu ketibaan tetamu-tetamu kehormat, kami yang dari Shah Alam sudah bersiap sedia memesan sarapan pagi bertemankan suasana sejuk kerana hujan renyai-renyai sejak pukul 8.30 pagi.

Setelah penat menunggu mereka semua, akhirnya penantian kami berakhir setelah semuanya berkumpul. Yang menambahkan kemeriahan dan mencuit hati masing-masing ialah apabila team dari Klang dengan penuh bersemangatnya memakai pakaian bersukan lengkap (kerana dalam tentatif prog terdapat aktiviti "mendaki bukit curam"). TAHNIAH!! Mereka berjaya menghidupkan suasana.

~ inilah wira & wirawati yang bakal mendaki kecuraman bukit tinggi~
(B: D-la, Diyana, Fizi, Kimi, Tuan, Muna, Utea, Iman, 
F: Azie, Cha, Temah, Wena, Awe)

Tentatively, kami harus bertolak dari Shah Alam pukul 9 pagi. Namun atas faktor cuaca, dalam pukul 9.45 pagi kami bertolak. Kereta yang dipandu oleh Faiz (Abg Cha) mendahului dan kereta saya yang terakhir. Kami menggunakan 3 buah kereta yang comel-comel saiznya.

Kereta Satria Neo
Pemandu: Faiz
Peserta: 'Aisyah (Cha), Amin (Awe), Sayuti (Utea), Tuan

Kereta Viva
Pemandu: Fadhilah (D-la)
Peserta: Fatimah (Temah), Aziah (Azi), Huwaina (Wena), Diyana (Dee)

Kereta Kelisa
Pemandu: Shazwani (saya)
Peserta: Iman, Amirul (Kimi), Munawwar (Muna), Hafizi (Fizi)

Dalam hujan yang renyai-renyai itu kami menelusuri Federal Highway menuju ke NKVE. Namun malang tidak berbau, NKVE sesak yang teramat! Oleh yang demikian, tour guide telah detour dan menghala ke Sg.Buloh. Alhamdulillah tiada kesesakan di laluan tersebut. Namun hujan masih belum mahu berhenti. Tidak mengapa!! Kami berjiwa kental, bakal meredah halangan.. Insya'Allah.. :)

Separuh perjalanan, kami berhenti di R&R Genting-Sempah. Para peserta terpaksa berhenti untuk menyahut seruan alam (nature's call). Sambil itu mereka berpeluang membeli aiskrim d R&R tersebut. TAK LOGIK!! Hujan-hujan pun mereka sanggup bersejuk-sejuk lagi dengan aiskrim. Tapi tidak mengapa, asalkan mereka bergembira. :)

~ ini bahagian saya yang telah habis. tq iman!! ~

Setelah lebih kurang 20 minit berhenti, perjalanan diteruskan menuju puncak!! Kami memusingkan stereng menghala ke arah Bukit Tinggi. Perjalanan ke sana mengambil masa lebih kurang 30 minit selepas berlepas dari R&R GS.

Sesampainya di Bukit Tinggi, kami meregang-regangkan otot yang dah lama berdiam diri mendaki bukit yang curam. Harga bayaran masuk ke kawasan Bukit Tinggi ini adalah RM12 per person. Di parking area, mereka telah dipaksa oleh saya untuk memakai button badge yang saya reka khas buat semua.

~ contoh: hak milik shazwani ~

Kembara kami bermula di Colmar Tropicale. Areanya ala-ala di England. :) Kami naik dari carpark, terus menuju ke satu bangunan yang sangat tinggi sesuai untuk sight-seeing of the whole Colmar. Kiranya bangunan tu boleh dikategorikan sebagai menara tinjau. Pelbagai aksi-aksi yang tak pernah orang awam fikirkan, telah para peserta lakukan.

~ menara tinjau ~

~ wirawati yang berjaya menakluk puncak!! ~

~ para perwira yang berjaya buat perkara bukan-bukan ~

~ karipap-karipap cinta ke bukit tinggi ~

Setelah menikmati keindahan di dalam Colmar Tropicale, kami melepak sebentar di luarnya. Dari sini, pemandangan seolah-olah berada di negara beriklim sejuk. Alangkah indahnya!!

~ pemandangan Colmar Tropicale dari luar ~

~ G5, G6, G8, G9.. G2 sedang mengambil foto ya.. ~

~ Temah tiada dalam gambar kerana sedang sibuk menguruskan pembelian hartanah :P ~

Di bahagian bawah Colmar ini terdapat sungai buatan yang menempatkan Swan. Ada sepasang Swan berlainan warna. Malahan di sini juga terdapat taman-taman botani kecil yang indah-indah. Dari sini juga dapat mengamati pemandangan ke jambatan yang menghubungkan Colmar dalam dan bahagian luarnya.

~ macam dalam fairy tales ~

~ ini swan yang putih, yang hitam tak kelihatan ~

~ jambatan gantung yang tidak tergantung ~

~ sungguh sakan mereka ini ~

Destinasi kami seterusnya adalah ke Japanese House nun di atas bukit. Menuju ke tempat inilah sangat mencabar stamina serta ketangkasan wira dan wirawati ini. Dari kawasan meletak kereta menuju ke rumah Jepun itu memerlukan peserta mendaki bukit dengan kecerunan lebih kurang 45 darjah. Sungguh penat!! ==''


~ nampak jugalah kecuraman bukit ini ~

~ pilih yang mana berkenan di hati ~

~ japanese house ~

~ adakah kepenatan ataukah ada agendanya? ~

Selesai menjelajah ke Japanese House yang sungguh sederhana itu, kami turun semula ke tempat meletak kenderaan. Kami berehat-rehat sebentar sementara menunggu untuk makan-makan ringan tengahari. Cuma makan-makan ringan roti sekaya & lovely cupcakes yang Temah buatkan untuk Azie.

Sudah kenyang melapik perut, enjin kereta dihidupkan dan kami menuju ke R&R GS. Di sana kami berhenti untuk solat Zohor & Asar. Asal cadangan hendak makan tengahari di sana, tapi tiba-tiba idea yang lebih bernas munucul di minda! :)

Pengembaraan kami berakhir di RFC Seksyen 7 untuk makan malam (termasuk makan tengahari & petang). Kebetulan pula, 28hb baru-baru ini adalah birthday Azie. Jadi untuk memeriahkan suasana, kami telah menyambut birthday Azie di RFC sekali lagi (seperti yang selalu dilakukan di RFC Laguna pada setiap musim Ramadhan). 

~ mereka dah lapar.. jom makan dulu!! ~

~ konspirasi mencari jalan dalam percaturan hidup ~

~ birthday girl : azie ~

Setelah kenyang, kami pun beredar dari RFC. Program berakhir dengan salam ukhuwah atau juga dikenali sebagai salam semut, ketika suara azan maghrib mendayu-dayu.

Alhamdulillah, program yang dirancang dalam masa yang singkat telah berjaya!! Semua ini adalah restu daripada Allah Yang Maha Esa serta ibubapa pihak peserta juga keinginan para peserta bersatu hati.

~ inilah kami.. hasil karya sifu awe ~

p/s: untuk menikmati banyak lagi gambar-gambar menarik sila ke FB Shaz or FB Temah.

MAFIA: Setiap yang bermula pasti akan berakhir. Itulah yang dinamakan program! Namun permulaan ukhuwah kita tanpa paksaan, maka pengakhiran ukhuwah kita perlukan kerelaan & keredhaan. :)

Khamis, Ogos 30, 2012. KATEGORI , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 komen for �JALINAN UKHUWAH 9 GENERASI I.K.R.A.M.�

Leave comment

POST TERKINI

KOMEN TERKINI

MEDIA dan GALERI