Fakta : Ibu adalah seorang pembohong!
Saat makan, jika makanan kurang, dia akan memberikan makanan itu kepada anak-anaknya dan berkata :
“ Along dengan angah makan lah yer. Ibu tak lapar kenyang.” Padahal waktu itu, dia berasa sangat lapar setelah memerah keringat tuanya untuk mencari rezeki bagi menampung anak-anaknya.
Waktu makan, dia selalu mengasingkan ikan dan daging untuk anaknya dan berkata : “Ibu tak suka daging, makanlah yer.” Padahal daging merupakan kegemarannya, namun dia terpaksa mengalah untuk memberikan makanan yang terbaik untuk anak-anaknya.
Tengah malam ketika dia sedang menjaga anaknya yang sakit, dia berkata : “Rehatlah nak, ibu temankan, ibu masih belum mengantuk.” Waktu itu,matanya hampir terpejam namun digagahkan jua.
Setelah anak sudah tamat persekolahan, bekerja dan mengirimkan wang untuk ibu, dia berkata : “Simpanlah untuk keperluanmu nak, ibu dah ada simpanan.” Padahal duit simpanannya sekadar cukup untuk dia menunaikan haji.
Apabila anaknya sudah Berjaya, hidup senang dan menjemput ibunya tinggal bersamanya di rumah yang besar, lantas ibu berkata : “Rumah tua kita sangat selesa, ibu tak biasa tinggal di rumah yang besar.” Si ibu itu tidak mahu menyusahkan anaknya dan menantunya yang terpaksa menanggungnya yang sudah tua itu.
Dan pembohongan paling terbesar daripada ibu ialah ketika menjelang tua, ibu sakit kuat dan anak-anaknya menangis, tetapi ibu masih boleh tersenyum dan berkata : “ Jangan menangis, ibu tak apa apa.” Ini adalah pembohongan yang terakhir daripada ibu.
Kadang kala kita sebagai anak terlepas pandang dengan apa yang telah dilakukan oleh seorang insan yang bernama ibu. Hargailah ibu sebelum kita kehilangannya.