Jumlah Paparan Halaman

Arkib Blog

|| HIJAU BUMI TUHAN - KEMBARA 12 ||


Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada ahli kelab I.K.R.A.M yang telah berjaya menjayakan program Kembara Mahasiswa yang ke-12 untuk semester ini.

'Hijau Bumi Tuhan' adalah tema bagi program Kembara 12 pada kali ini.Tema ini sangat sesuai dengan lokasi yang dipilih iaitu di Nur Lembah Lenggong,Perak. Lokasi ini dikelilingi hutan dan ladang kelapa sawit yang sangat luas dan telah membekalkan udara yang sangat nyaman ditambah pula dengan deruan air Sungai Perak yang merupakan sungai kedua terpanjang di Semenanjung Malaysia(400km).Seramai 28 peserta telah menghadiri program ini termasuk seorang pengiring iaitu Encik Zaini,Penasihat Kelab P'CES.Ribuan terima kasih diucapkan kepada beliau kerana sudi mengiringi kami untuk Kembara 12 ini.

Perjalanan ke sana mengambil masa selama tiga jam dan kemudian kami semua terpaksa berjalan kaki sepanjang dua kilometer(2km) lebih untuk sampai ke lokasi tersebut memandangkan pemandu bas tidak berani mengambil risiko untuk melalui jalan ladang kelapa sawit yang tidak rata. Dengan beg yang berat dan tenaga yang ada, kami semua tetap bersungguh-sungguh berjalan kaki untuk sampai ke lokasi.

Setelah penat berjalan,akhirnya kami sampai di tapak perkhemahan.Pertama sekali kami diberikan penerangan tentang tempat tersebut dan kemudian dikehendaki memasang khemah masing-masing. Setelah selesai membersihkan diri dan solat, bermulalah aktiviti pertama kami iaitu ice breaking.Setiap kumpulan dikehendaki mencipta logo dan sorakan kumpulan masing-masing. "Everybody...aookk!! Gambatte..banzaii!! Banzaii...arigato,haip!!baik punya!!" , "tan tan tun keladi we-we.. "," kome smart ke??" , "Jagalah hati,jangan kau kotori.. "," haaa...tu dia!!" antara ayat-ayat yang tercipta malam tu.Macam-macam ada.. Memang best and enjoy lah.Semua peserta sporting habis.

Setelah mempunyai rehat yang secukupnya,kami semua bangun dengan penuh cergas untuk menjalankan aktiviti seterusnya. Selesai bersenam dan sarapan, kami semua bersiap sedia untuk aktiviti berakit pula. Sebelum berakit, setiap peserta dibahagikan kepada tiga kumpulan dan setiap kumpulan dikehendaki membuat rakit masing-masing.Ini merupakan kali pertama saya berakit dan terasa agak takot kerana tidak tahu berenang langsung. Tapi dengan penuh kepercayaan saya berikan pada life jacket safety untuk melakukan aktiviti ini. Bagi saya aktiviti ini amat memerlukan kerjasama yang tinggi dan berani apabila menghadapi situasi yang berbahaya misalnya apabila terlanggar batu.Perasaan panik terutamanya harus dibuang jauh. Selepas berakit selama dua jam,kami semua dibenarkan bermandi-manda di sungai tersebut.

Petang tu kami meneruskan aktiviti dengan sesi permainan true and dare.Dari aktiviti tu saya dapat bertanya apa saja soalan pada senior dan kawan-kawan.Macam-macam cerita suka dan duka yang saya dengar dari ahli kumpulan saya.Namun,semua cerita itu haruslah disimpan sebagai rahsia antara ahli kumpulan saya.Saya juga dapat mengenali secara lebih mendalam tentang ahli kumpulan saya melalui aktiviti ini.

Seterusnya adalah aktiviti yang ditunggu oleh semua peserta saya rasa iaitu flying fox.Kami berterbangan merentasi Sungai Perak.Memang takut sangat.Terasa nervous bila nak buat flying fox itu. Namun,keyakinan dan kepercayaan terhadap diri dan tali yang tergantung itu sangat tinggi dan ditambah pula dengan perasaan ingin cuba sesuatu yang baru telah berjaya membantu saya mengatasi perasaan takut tu. Dalam takut pun saya berjaya membuat dua pusingan jugak..lalala~

Pada malamnya sesudah solat dan makan malam, kami meneruskan aktiviti dengan malam kebudayaan.Setiap kumpulan perlu membuat persembahan masing-masing. Tema bagi malam kebudayaan ini adalah 'Hijau Bumi Tuhan'.Ada kumpulan yang membuat lakonan, bersajak, berseloka dan sebagainya. Bermacam-macam gelagat dan aksi dapat dilihat dari senior dan junior. Masing-masing memberikan kerjasama yang baik untuk menjayakan persembahan mereka. Perasaan malu dan egois dapat disingkirkan melalui aktiviti ini. Gelak tawa memenuhi ruang dewan pada malam itu.Semua peserta enjoy and sporting habis pada malam tu.

Selesai sudah malam kebudayaan tu, kami meneruskan aktiviti Nite Trekking.Sebelum memasuki hutan,pihak yang mengambil alih aktiviti pada malam itu iaitu Cik Man (nama gelaran) memberi briefing terlebih dahulu tentang pantang larang didalam hutan dan keadaan tempat tersebut.Kebanyakan peserta sudah mula rasa takut apabila mendengar cerita dan pengalaman dari Cik Man.Tepat pukul 12.05 pagi kami semua dibawa berjalan merentasi dan meneroka hutan tersebut.Kami berjalan dalam keadaan yang sangat gelap gelita tanpa lampu suluh atau lampu jalan dan hanya bergantung pada cahaya bulan pada malam itu.Disaat itu,saya terfikir sejenak begitu lah keadaan orang buta yang berjalan tanpa dapat melihat apa-apa dan hanya bergantung pada tongkat yang dimiliki.Begitu tabah mereka mengharungi dugaan dan cabaran itu.Saya rasa sangat bersyukur pada Allah SWT kerana meminjamkan saya sepasang mata dan memberi peluang untuk saya melihat dunia yang serba indah ini.Subhanallah..ketika sedang berjalan-jalan saya terpandang langit yang dipenuhi dengan bintang-bintang.Speechless.Keindahan yang dilihat itu tak dapat diungkapkan dengan kata-kata.Langit kelihatan cantik yang teramat sangat.
Allah Maha Besar, Maha Suci Allah Yang Menciptakan Segala Yang Ada Di Langit Dan Di Bumi.., =)

Keesokan harinya kami semua bersenam bersama-sama pelajar Politeknik Port Dickson yang turut menjalankan program di tempat tersebut.Ini menunjukkan bahawa Kembara 12 ini bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan antara ahli keluarga IKRAM malah dengan masyarakat luar sekaligus.Kerjasama yang baik dapat dilihat dari kedua-dua pihak. Sebelum berangkat pulang,kami menjalankan sesi lepak dan santai bersama-sama.Kami semua diberi peluang untuk memberi pendapat atau luahan masing-masing dalam sesi ini.Diakhir aktiviti ini,kami semua bersama-sama melakukan 'salam semut'.Terasa sedih apabila hendak meninggalkan program ini setelah tiga hari dua malam menjalankan aktiviti bersama-sama.Kami semua sudah menjadi sebuah keluarga yang harmoni dan bahagia. =)

Akhir kata, saya rasa sangat bersyukur kerana dipilih oleh Allah SWT untuk menjadi salah seorang ahli keluarga IKRAM.Banyak pengalaman dan pengajaran yang telah saya perolehi sepanjang saya mengikuti program-program yang dijalankan.Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua kerana sudi memberikan kerjasama yang baik sepanjang menjayakan program ini.

Semoga berjumpa lagi dalam program-program I.K.R.A.M akan datang.

Yang Benar,
.beta.


Oleh :
Khamis, Februari 18, 2010. KATEGORI . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

8 komen for �|| HIJAU BUMI TUHAN - KEMBARA 12 ||�

  1. org peghok...

    sronokkn prak??? sume bnd cntek, sgai, hutan lbih2 lgi pnduduknyer....sume baek hati...

    ape2pon, ok r 2 krya ko yop....sdap jer...

    lalala~

  2. Tanpa Nama

    TIMIN said...

    new entry!!!ceplos yg tulis kn??
    gud2..hehex
    timon>>biarla die nk mem'beta'kn nme die..mn leh ko sorg je yg nk jd miss typewriter tu..wahaha
    org peghok>>perak mmg best!!!mcm2 ada..haha
    GO IKRAMIES!KEJO YOP KEJO!HAHAX

  3. WAH.. CEPLOS DAH BTUKO KE BETA LAK.. NK AMIK TAKHTA NMPK.. INI SERIOUS!! TERBAEK LA "BETA".. ALUNAN BAHASA YG BERKESINAMBUNGAN N BERIRAMA MALAYSIA.. WOOHOO~~

  4. Tanpa Nama

    supergen said...

    hahaha..fidah xley blah..siap guna ayat ku lg..y kt komen pic 2..hik3 pas2 ada guna ayat mr pulun..kt chat blog ikram..hahaha..xpa2,semoga berjaya..chayok2!!!

  5. Tanpa Nama

    beta said...
    no more ceplos.hahaha.
    tq suma!
    supergen > ayat apakah??
    lalala~

  6. Tanpa Nama

    supergen said :
    ala,ayat "Allah Maha Besar, Maha Suci Allah Yang Menciptakan Segala Yang Ada Di Langit Dan Di Bumi"..xpa2...sharing is caring..caring is loving..lalala ~~

  7. Tanpa Nama

    hahhaa....
    kembara yg myeronokkn..
    thanx for all ikramiez..lol:)

Leave comment

POST TERKINI

KOMEN TERKINI

MEDIA dan GALERI