Jumlah Paparan Halaman

Seawal Mana Sebuah Tawakkal..??

USAHA > DOA > TAWAKKAL, INSYALLAH PASTI BERJAYA.
Itulah antara slogan hikmah/motivasi yang sering dilekatkan di dinding-dinding bilik ataupun meja belajar. Ada juga yang sudah membumikan slogan itu dalam sanubari sendiri. Sehingga sudah ter'set' secara automatiknya ; perlu berusaha dulu, kemudian berdoa dan akhir sekali baru lah bertawakkal kepada Allah.

Kalau dilihat secara zahirnya, memang tak salah. Tetapi, apabila bercakap tentang tawakkal, apa sebenarnya konsep sebuah TAWAKKAL itu? Antara definasi yang pernah diungkapkan oleh beberapa ulamak terkemuka mengenai tawakkal ialah seperti:


1.)Ibnu Abbas r.a. berkata; Tawakal adalah yakin dan percaya kepada Allah.


2.)Imam Ahmad; Tawakal adalah memutuskan harapan dari sesama makhluk. Juga dia berkata Tawakal adalah menyerahkan suatu perkara kepada Allah serta yakin dan percaya kepadaNya.


3.)Al-Hasan ditanya tentang tawakal; maka ia menjawab Tawakal adalah redha kepada Allah.
 
Pendek kata, Tawakkal itu ialah apabila meletakkan sepenuh pengharapan dan keyakinan kepada Allah. Jadi, bilakah perlu kita bertawakkal? Adakah apabila kita sudah tidak mampu berbuat apa-apa baru kita bertawakkal? Ianya seolah-olah kita tidak ingatkan Allah ketika masih berdaya, dan apabila sudah tidak berdaya atau susah baru kita mencariNya. Bukankah kita disuruh mengingatiNya pada setiap detik dan keadaan?
 
 

 
 
Oleh itu, jika kita letak tawakkal di pengakhiran, seakan juga kita meletakkan Allah antara yang terakhir dalam senarai. USAHA-DOA-TAWAKKAL, sebenarnya adalah 3 perkara serangkai yang perlu dilakukan seiring dan sejalan secara serentak. Bukannya 3 langkah ( pertama,kedua, & ketiga).  Jadi, jangan tersalah konsep slogan USAHA > DOA > TAWAKKAL! Ketiga-tiganya adalah yang pertama dan terakhir.
 
Dalam kita berusaha, perlu juga doa dan tawakkal. Tawakkal itu bukan hanya ditutur di bibir mulut, bahkan juga perlu dipaku dengan kuat di dalam hati dan jiwa seorang Muslim yang mukmin. Adakah Allah tidak membenarkan hambanya merasai kenikmatan atas usahanya sendiri? Allah itu maha adil, siapa yang berusaha dia pasti akan dapat. Tetapi kadang-kala, tidak semua usaha akan mendapat hasil seperti yang diusahakan. Kerana pasti ada hikmah yang lebih baik di sebaliknya, kerana Allah sahaja yang tahu apa yang terbaik buat kita!
 
kita memijak pada tanah yang sama,
kita bernafas pada udara yang sama,
jika berbeza tetap ada yang sama,
kerana datang dan kembali pada yang sama.
 
(^_^) SENYUM SOKMO !
 

Oleh :
Sabtu, Februari 05, 2011. KATEGORI . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

3 komen for �Seawal Mana Sebuah Tawakkal..??�

  1. Assalamualaikum.
    tu lah, kadang2 bile kite ckp "tawakal kepada Allah"
    then org akn ckp " ko usaha x, nak tawakal2".
    :)
    Thanx for this post. Just finished read it.

  2. fiberboy extrim : haha,mcm kenal je slogan tu..
    n@d : welcome (^_~)

Leave comment

POST TERKINI

KOMEN TERKINI

MEDIA dan GALERI